Isnin, 8 Julai 2013

maaf

Maaf

Maaf kalau aku kasar
maaf kalau aku bodoh
maaf kalau aku tak reti menyejuk
maaf kalau aku selalu kejung kaku tak bergerak tiada reaksi

aku Cuma manusia bodoh yang selalu mencuba
menyangkal dakwaan aku tak mampu
walaupun hakikat aku bodoh kejur
aku akan terus berjalan tanpa henti
selagi masih belum daun aku gugur terlentang reput

aku bukan macam mereka
aku bukan putera idaman syurga
aku bukan lelaki penghuni mimpi sekalian gadis
aku tak sempurna

bila aku megerling pasti semua berpaling
menyampah dengan kesumbingan kejadian
tapi aku ada harga
takkan menurun walau sering digelak
tapi aku ada jiwa
aku juga ingin dicinta
tapi aku ingin juga rasa dunia
walau dimomok aku tetap ingin merasa
duduk bersila di tepi sekalian lelaki
memerhati dari hujung sudut
diam tak ada suara




Selasa, 11 Jun 2013

Ubahlah Melayu Bumiputera


Assalmualaikum


Okay

     Mentaliti manusia,sesuatu perkara yang sangat sukar untuk diubah,seperti ayam Bandar yang sudah selesa dalam reban disuruh hidup bebas di hutan.Macam itu juga bila kita suruh orang Melayu yang sudah selesa dalam kesenangan untuk bangkit bersaing antara bangsa lain.Kita orang melayu terlalu dimanjakan dengan anugerah BUMIPUTERA kita dan dengan “anugerah” ini juga menjadikan kita semakin enak lena tidur dalam lingkaran api kehancuran.
Enak bukan makan bersuap? Tapi sampai bila tangan yang menyuap itu akan terus menghulurkan makanan? Jangan sampai satu hari nanti makanan yang disuap menjadi racun pembunuh saraf tunjang bangsa.Kenapa kita tak boleh menjadi seperti bangsa lain sedangkan kita sudah dididik dalam Islam iaitu setiap orang Islam itu bersaudara.Kenapa perlu bertelagah antara satu sama lain atas pemahaman yang berbeza?Kenapa perlu fanatik keatas sesuatu yang tak nyata sampai dipulaukan manusia sesama bangsa? 
     Kenapa kita takut untuk bersaing antara bangsa lain sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai sepasang kaki juga mata yang sama? 
   KENAPA?

Cuba kita lupakan sebentar keistimewaan Bumiputera yang diberi,cuba kita selami bangsa kita sendiri,cuba kita cermin diri kita sendiri,mana silapnya?mana bocornya,mana bengkaknya dan mana rosaknya bangsa kita.

Adakah sukar untuk memahami bumi ini bukan milik satu bangsa dan terjadinya pelbagai kaum di dunia ini adalah untuk dimegerti dan difahami satu sama lain dan bukan untuk dicaci dan dibenci.

Okay,berbalik pada BUMIPUTERA. Bukan aku menidakkan keistimewaan ini tapi berpadalah berpegang padanya sebab zaman sekarang bukan zaman 60-70-an dulu dimana sikap racist atau kepentingan kaum itu masih wujud malahan bukan sahaja di Malaysia tetapi di barat juga sama dimana bangsa kulit hitam dinafikan hak mereka.Tapi itu dulu di barat sekarang mereka boleh menerima kenyataan bumi ini bukan untuk satu bangsa.
lagi sekali aku tegaskan aku bukan menidakkan keistimewaan bumiputera tapi aku nak kita sama-sama memikirkan nasib bangsa kita di zaman globalisasi dimana dunia sekarang tak memandang apa bangsa kamu,apa agama kau dan siapa kamu tapi zaman sekarang siapa cepat dan bijak dia pemenang.
"Kalau bukan Melayu tolong Melayu siapa lagi nak tolong." ungkapan yang biasa kita dengar bukan? faham tak makna tolong itu?tolong,bantu dari kesusahan atau meringankan beban.Kenapa suka sangat  minta bantuan? kenapa tidak usaha sendiri?kalau sikap ini berterusan pasti akan berlaku kemusnahan sebab kita terlalu suka DITOLONG! sampai masa tiada MELAYU lagi untuk tolong kita MATI.
kita Sedia maklum dimana anak muda melayu ramai yang rosak dan sakit dari segi akhlak dan aku tau ada usaha untuk membaik pulih mereka tapi kenapa mesti diterapkan dengan
konsert dangdut,konsert artis perempuan,motor,dan sesuatu yang boleh merosakkan akhlak.

jap kenapa aku tak masukkan gig? bagi aku remaja yang berjoget di konsert dan melompat di gig memiliki banyak perbezaan kebanyakan dari remaja yang menari di konsert dangdut merupakan remaja yang kurang pendidikan dan tidak mengendahkan tentang jatuh bangun negara dan hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri berbanding remaja yang melompat di gig kebanyakkan dari mereka adalah golongan pelajar dan mempunyai pemikiran yang kritis serta mempunyai jati diri yang tinggi untuk hidup dalam persaingan global.
ini realiti.
okay fenomena yang berlaku semasa pilihan raya ke-13 lepas teknik satu parti ini yang mengunakan konsert jelajah untuk meraih undi anak muda.teknik ini aku benci dan aku hina sebanyaknya.diisi dengan fitnah sesama bangsa dan muzik yang entah apa-apa membuatkan mereka dibenci para pemuda.kenapa sudah tahu anak melayu sakit lagi diberi racun pembunuh. bodoh!
kenapa tidak dengan majlis ilmu ataupun forum isu semasa? itu yang generasi sekarang dahagakan.generasi sekarang dahaga ilmu!ILMU!
memanglah demi kuasa sanggup bunuh saudara.
marilah kita muhasabah diri kita,basuh fikiran kita,cuci hati kita agar senang untuk bangun sama-sama lari mengejar cita-cita kita yang dulu hanya angan-angan, sebab kalau kita hanya tengok kejayaan orang kita akan ada sikap dengki tapi kalau kita sama-sama kejar kejayaan pasti kita rasa sama tinggi bila berdiri.
jadikan kritik sebagai satu api pembakar semangat jangan jadikan kritikan sebagai pisau pembunuh semangat.

Khamis, 25 April 2013

Hati bengkok hampir patah

mungkin kau rasa perkara biasa
mungkin juga kau sekadar mencuba
tapi tidakkah kau tahu ia mencipta luka
luka yang akan meninggalkan parut selamanya
tapi tidak mengapa

selama ini aku juga mencuba
mencuba untuk memperbaiki segalanya
dan tidak pernah pula aku berputus asa
tapi kenapa kau anggap ia mudah saja
ouh mungkin ini bukan yang kau harapkan

aku ingin kau tahu bahawa ini pertama kali aku rasa jatuh
bukan jatuh sekadar terlentang
tapi aku jatuh sehingga takut untuk bangun
aku selesa di lantaian
aku selesa dalam siksaan

aku gantungkan harapan
aku coretkan angan-angan
mati hati aku
mati terkubur dalam keranda sayang
sayang ciptaan aku seorang

satu tahun aku cuba ikut roda putaran kau
terkadang aku jatuh tertatih tatih
tapi tidak pernah aku adukan
tidak mengapa luka akan pulih semula
biar masa yang menyembuhkannya

tiada rasa dendam
tiada rasa geram
cuma aku menanti
dan terus menanti....

ingat daku dalam doamu..hehe

Sabtu, 20 April 2013

penghijrahan 360 degree

Bismillah

Assalamualaikum

apa macam ada sihat kah? rindu tak nak baca fasal cinta cintun? haaa tak kan? mesti mual bila baca aku punya entry aku pedulik apa. haha sekarang nie aaku tak nak cerita fasal cinta tapi aku nak cerita fasal UNISEL..
 haaaaa tau kan UNISEL? UNIVERSITI SELANGOR  satu2nya Universiti IPTS yang bawah kerajaan negeri Selangor..okay bukan politik disini tapi aku nak bagi tau yang sekarang aku study kat sini aku amek komunikasi korporat Degree..Okay first impresion bila aku sampai je kt UNISEL time nk daftar aku tiba-tiba terfikir betul ke apa yang aku buat nie?


Okay perasaan itu akhirnya aku dapat bendung biasalah lama kot tak belajar tiba-tiba muncul hidayah Allah buka hati nak sambung belajar Allah boleh bagi hidayah pada sesiapa pun yang Dia kehendaki Allahurabbi.



Hari Orentasi.

Satu pengalaman yang agak mengilakan aku sebab kena bangun awal pagi gila dan bermacam-macam aktiviti kekanakkan yang mengilakan lagi sekali sape pernah pergi orentasi tau lah apa yang perlu dilakukan
paling faktab taklimat yang super duper bosan nak mati sampai tidur bangun tidur balik atas kerusi nampak tak tahap bosan dia tu? Lagi satu ramai budak yang amek diploma dari budak degree so mostly ramai jugak budak lelaki yang pasif dan talk active yang sangat annoying (tak matang) okay itu dapat handle..


Haa apa yang aku respect gila bila para fasiliotator menekankan solat berjemaah setiap kali masuk waktu dan ini sangat-sangat bagus..wallahualam bila ada ipt lain buat macam kat unisel..
menjadi kebiasaan bila dah sambung belajar nie dapat member baru so aku pun carilah member2 yang boleh masuk kepala dan jumpalah beberapa makhluk sesama spesis yang agak boleh masuk kepala dan aku jumpalah dengan Meng aka naim okay lah budak nie boleh masuk kepala kadang2 otak berair jugak (umum megetahui sebagai masuk air) budak nie pakai Dr martens jugak tapi low cut lh x macam aku high cut..haha


Rumah (dorm)

okay bila masuk rumah je aku tengok kecik,tapi fasiliti banyak contoh peti ais,dpur gas,toilet dua okaylah bolehlah..
roam mate aku ada budak sarawak,pineng,pahang,,melakau,selangor paling dekat..Alhamdullilah diorang okay.roam mate aku takde perempuan harap maklum.


okay mungkin ini saja yang aku nak cakap tiada lagi kata mampu terucap dan aku nak cakap aku tak ramai member perempuan kat U nie sebab aku pemalu sangat dan muka aku terlalu "hensem" untuk menjadi buah mulut gadis2 Universiti..hahaha

sekarang aku sedang pakai kain pelikat dan berbaju melayu di Mcd depan hostel..hensem bukan?

Assalamualaikum

Ahad, 7 April 2013

krisis pertengahan REMAJA

Bismillah 
Assalamualaikum

Biasa kita dengar krisis pertengahan umur yang mempersoalkan fasal orang yang akan mengakhiri zaman dewasa dan akan mula menjengah alam senior citizen okay aku bukan nak cerita fasal ni aku nk cerita fasal krisis pertengahan remaja nie haa tak pernah  dengar kan perkara ni berlaku pada golongan yang berumur 19-24 tahun tapi benda nie aku yang fikir sendiri..simptom-simptom penghidap krisis pertengahan remaja ini adalah

1) sering tukar baju banyak kali kalau nak pergi keluar rumah.

2)mula rasa nak dump GF/BF sebab rasa bosan

3)selalu berangan nak kahwin walaupun tau diri tu takut nak bercinta

4)selalu tengok cermin dan cakap "aku dah gemok!"

5)selalu fikir "boleh ke aku terus hidup kat dunia nie?" "boleh ke aku habiskan diploma/degree nie?" "aku      kerja apa nanti?" "macamana rupa bini/laki aku" dan banyak lagi..

6)mula mencari pandangan politik

7)semakin kenal diri dan lebih matang dalam membuat keputusan


okay sebenarnya banyak lagi simptom2 penyakit nie hahaha suka kentut pun simptom nie jugak kot..
Bagi aku perkara nie adalah sesuatu yang penting sangat walaupun kita jarang mempersoalkannya.
Dalam umur sekitar 19-24 tahun nie adalah umur peralihan usia remaja ke dewasa dan akan memulakan hidup sebagai warganegara produktif yang akan menyumbangkan sesuatu kepada negara tidak kira dari apa sektor sekalipun.Okay ayat aku skema.
Aku sendiri sedang mengalami perkara nie aku selalu fikir apa aku akan buat kalau tanpa pelajaran,apakah aku akan jadi bila umur aku 30 tahun nanti adakah aku masih hidup?Pelbagai cereka cerita bermain dalam kepala otak aku, sangat menghantui.
Aku mungkin belum bersedia untuk beralih dari zon selesa remaja yang kurang masalah,tenaga masih banyak,dan aku rasa tak sanggup nak hidup dalam dunia dewasa yang memerlukan diri aku secara total dari semua cara maksudnya aku kena terus hidup seratus peratus dalam diri dewasa dari segi hubungan antara manusia,dalam pekerjaan,tnggungjawab,dan pastinya kehidupan remaja akan ditinggalkan secara total jugak.
Nak buat macamana dah lumrah alam..
sebab tu orang tua cakap zaman remaja zaman gemilang.
Tapi pada masa umur macam ni lah aku mula tahu kenyataan hidup,fungsi kewujudan,dan semakin kenal siapa aku yang sebenarnya walaupun masih kabur tapi masih mampu mendorong aku mencari kejayaan.
Pada masa inilah kita akan menyesal perbuatan yang telah lepas seperti malas belajar masa tingkatan 5 dulu,terlanjur perbuatan, dan kebodohan diri sendiri yang memalukan okay tapi bagi aku perbuatan yang lepas bukanlah penghalang mencari kejayaan untuk masa depan itu semua persetankan saja benda yang dah lepas hanya untuk kenangan dan menjadi pedoman bukan untuk dijadikan alasan,yang penting ubah diri untuk hidup 100 tahun lagi dan menjadi seorang dewasa yang berjaya.



Apa aku nak cakap lagi ialah kita kena mulai sedar bahawa zaman remaja kita dah nak tamat tempoh enjin kehidupan sebenar dah boleh start dah tapi nikmatilah zaman remaja nie sepuasnya dahulu hahaha
cari apa  yang kita perlukan,bekalkan pengetahuan untuk hidup dalam alam dewasa kumpul cukup-cukup.
dan bersedia untuk megundi..
Ubahlah untuk masa depan lebih cerah beranikan diri untuk bersuara UNDILAH PARTI TWITTER untuk anak cucu anda..


p/s: Entry kali nie agak serabut sikit sebab aku tulis masa perut tengah kenyang sangat so idea tu susah nak masuk tapi aku pedulik apa janji siap..lalalala 

Ahad, 31 Mac 2013

kahwin?

Bissmillah
Assalamualaikum

Kahwin semua orang tahu apa itu kahwin..Lelaki dengan perempuan nikah lepastu naik atas pelamin ada makan nasi minyak lepastu dah jadi suami isteri duduk satu rumah bersetubuh dan dapat anak besarkan anak dah itu je,Ini pandangan gonjol namanya..hahaha

Firman Allah dalam surah AnNur :32 
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu,dan orang-orang yang layak (berkahwin)dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.Dan Allah maha luas(pemberianNya)lagi maha megetahui.

Okay dari ayat ini kita dah dapat nampak yang kahwin itu bukan sesuatu yang merugikan, Allah bagi rezeki pada mereka yang berkahwin, itu janji Allah kepada hambaNya.Apa yang kita takutkan sekarang adalah perkara ini hidup selepas berkahwin, "biasa hidup sorang  pun terkontang kanting inikan pula nak bela anak orang."haaa kalau dah habis belajar,dah berkerja tetap,ada calon haa itu sudah boleh..apa tunggu lagi rezeki dengan pahala berlipat kali ganda sedang menunggu jangan terus dibelenggu dosa yang nyata..

Okay aku akan buat perbandingan antara couple dengan kahwin biar senang sikit hadam, kalau ayat panjang-panjang bukan nak baca orang Malaysia ramai yang malas membaca..hehe

COUPLE
Belikan awek jam casio original dengan harapan awek dia akan bertambah sayang.
-Jam casio baby G RM 500.00
-niat nak bagi awek bertambah sayang

Okay duit nak beli jam boleh tapi cakap fasal kahwin kata tak mampu,tak sedia bagai tahilah RM 500.00 tu boleh buat nikah ape?
Niat tak menghalalkan cara..segala perkara yang kita niat berdasarkan maksiat kemungkinan besar akan membuahkan dosa begitu juga rezeki yang dibelanjakan untuk si dia berkemungkinan akan menjadi dosa disebabkan kita membelanjakan pada perkara yang tak sepatutnya.

BERKAHWIN 
Belikan air 100 plus untuk isteri kerana isteri mengatakan haus.
-Air 100 plus RM 1.60
-niat bagi isteri hilang haus
Okay betapa diberkatinya perkahwinan ini sampai perkara yang kecil pun membuahkan pahala yela kita bagi air 100 plus pun dapat pahala tau sebab segala apa yang kita lakukan atas dasar kasih sayang membuahkan pahala.Begitu juga duit yang dibelanjakan kepada isteri menjadi pahala sebab kita melunaskan nafkah yang diwajibkan oleh Allah..Tidakkah itu menyeronokkan? Sayang sikit pahala buat sikit pahala..kalaulah pahala tu nampak mesti orang baligh takde bujang..hahaha

Okay aku nak cerita sikit pengalaman aku akak aku nie dia kahwin umur dia 24 tahun tak silap sebelum dia kahwin tu biasa-biasa jelah kereta pun baru beli sebab baru habis belajar hutang macam-macam hutang dan bila dia berkahwin pada awalnya memang susah rumah pun sewa kat flat takde perabut sangat lantai pun simen tapi dengan KEBERKATAN perkahwinan itu dia suami isteri sekarang dah senang dalam masa 2-3 tahun je..Serius memang nampak sangat keberkatan perkahwinan itu sangat jelas..Memang Allah tak bagi cash tapi secara beransur-ansur apa yang penting ialah usaha,tawakkal,dan doa..Jangan pulak aku cakap kahwin tu berkat dan membuka pintu rezeki korang lepas kahwin tak kerja tunggu depan pintu je memang makan kaki bapak mentua..

Alangkah seronoknya berkahwin bila pegang tangan pahala,cakap I love you baby muah muah pahala,jeling2 kenyit mata pahala,aduhh segala yang berdasarkan rasa kasih sayang sesama pasangan itu membuahkan pahala Allah hurabbi..

Okay tutup
sekarang pulak Alasan belum cukup ilmu
memang perkahwinan ini memerlukan ilmu yan mencukupi dan sebagai suami/isteri nak layarkan bahtera perlu ilmu takut tenggelam bila belayar atau sesat tak berarah tujuan.Memang tidak boleh membuta tuli saja bila ingin berkahwin pastikan anda ada asasnya,cukup bila ada asas tak perlulah sampai menuntut 2-3 tahun dekat madrasah hanya untuk berkahwin jika sudah berkemampuan.Apa yang penting bila berkahwin nanti kamu sama-sama mencari keredhaan Allah..Alangkah seronoknya selepas kahwin belajar agama bersama-sama..
Okay apa lagi aku nak cakap perkahwinan itu mudah kita yang susahkan,mungkin kita terlalu dimomokkan dengan persekitaran dan pandangan orang. Mungkin?
Tapi kalau memang rasa belum sedia macam aku ni maksud aku masih belajar tak payah menggatal nak kahwin,sabar siapa taknak kahwin? entry nie untuk panduan sahaja bukan memaksa untuk kahwin pun.

sama-sama mencari redha ilahi
sama-sama melengkapi diri
sama-sama menyemai kasih suci
semoga hidup diberkati
Insyaa Allah

Assalamualaikum

Sabtu, 16 Mac 2013

Cinta dan Cita-cita

Bismillah..

Assalamualaikum..

Bunyi hampir sama tapi punyai maksud yang berbeza tapi sering kali ia datang berdua dan membuatkan kita kadang-kadang tersalah pilih mana dulu perlu diberi laluan dahulu..Okay apa yang aku nak ketengahkan disini adalah cinta masa belajar tak kiralah di ipt,sekolah menengah mahupun sekolah rendah...Aku ada buat sedikit kutipan suara kat facebook dengan whatsapp jadi ini dia pandangan dari respondan responden..


Nur Hamizzah a.k.a Izzah
                               
                                    " Okay je,Yang penting both of them serious dan ada matlamat                                                         ke arah perkahwinan.aku tak menentang orang nak couple time study".
           


                                                                                                                       Feeza Rahman


"cinta sekolah rendah cinta tanpa logikal,perasaan ingin mencuba.
cinta sekolah menengah,cinta monyet,masih tak berpijak pada realiti..
dan berharap sangat cinta itu akan kekal selamanya.
cinta di IPT cinta realiti yang mula mematangkan,tak berharap sepenuhnya
tapi berusaha untuk megukuhkan hubungan sampai ke alam perkahwinan
seiring dengan kejayaan.
Cinta selepas belajar berharap cinta itulah jodoh yang ditentukan jika hilang,
separuh hati akan mati".






Aisah Yusoff

"Muhamad Hafizul Suwito,cinta sekolah rendah ke,menengah ke,ataupun IPT akan sampai ke 
destinasinya tapi kena beri laluan cita-cita dan masa depan.kalau dah berjaya barulah cinta jadi kenyataan.Kalau dok makan cinta je memang separuh jalanlah nampaknya..Ingat tu nak nyara anak orang tau..ni nasihat mak mentua tau...he...he...".


Seperti yang kita sedia maklum cinta itu besar definisinya dan ia tidak terhad tapi aku kecilkan skopnya kepada cinta antara lelaki dan perempuan,cinta antara siswa dan siswi cinta anak perempuan dan anak lelaki..hahaha garang tak?Cita-cita adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju ke hadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Seringkali saat kita sedang mengejar cita-cita datang pula cinta menambah lagi bab dalam perjalanan kehidupan seorang pelajar.


cinta+cita-cita=choki-choki


Bagi aku tak kira bila cinta itu datang ketika kita nak kejar cita-cita,ketika kita sedang kumpul overtime untuk beli honda e.k ataupun ketika nak selesaikan calculus dan algebra apa yang perlu kita ada adalah ilmu tentang cinta..haaa jangan main-main bercinta dengan ilmu ini membuatkan kau dapat kawal nafsu dan kau akan dapat membahagikan antara cinta dan cita..

"Acano nak dapek ilmu cinto jang?"


Haaa,ilmu cinta bukan sekadar bergantung pada pengalaman,tapi ia juga perlukan pertanyaan.(betul ke ayat aku?) kau kenalah tanya pada yang dah bercinta dan berjaya mengekalkan cinta mereka,apa petua..sekarang nie buku fasal cinta pun ada macam TERFAKTAB..beli je..RM 25.00..
Okay balik pada tajuk..
Kalaulah ada antara kalian sedang mengalami situasi bilamana kau dah binggung nak kejar cinta atau cita-cita.Maksud aku partner kau tu tak sabar nak kawin ataupun tak suka kau study sebab jarang jumpa dan ketidak percayaan bila kau akan berhijrah ke tempat lain kau akan bertukar hati..
Biasa benda ni berlaku pada budak-budak lepas SPM hahaha..Nak sambung study tapi pakwe/makwe tak bagi haisshh serba salah..okay aku bagi advice untuk kau..

1) pakwe/makwe kau ke bela kau dari kecik? sampai tak bagi further study?kalau dapat partner macam nie dump je settle tak guna orang macam ni.Couple untuk senangkan diri bukan susahkan diri nak menghadap benda bodoh macam nie..

tu je yang mampu aku bagi kalau pakwe kau tak terima apa yang kau putuskan call aku..hahaha


Alangkah indahnya kalau kau dapat membahagikan antara cinta dan cita dan kau dapat kedua-duanya.Saat kau dapat degree dan partner kau pun sama-sama graduate fuhh pastu kahwin bahagia sampai tua kaya..bapak ehh seronoknyeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So jika saat kau kejar cita-cita datangnya cinta teruslah kejar cita-cita dan peluklah cinta bersama.
pastikan yang kau kejar dapat ditangkap dan yang kau peluk terus erat dalam dakapan.

Bagi aku cinta masa belajar bukan penghalang bagi mengapai cita-cita,kita yang mengolahkan cinta kita dan sepatutnya kita juga mampu mengawalnya.Jangan bagi alasan kau gagal spm/final exam sebab cinta tu salah kau bukan salah cinta tau..kesian dia tak memasal kena salahkan kalau kau rasa kau belum ready silakan untuk tak bercinta,silakan tolak cinta untuk sementara tiada masalahlah kan? haaaa hehe
okay selamat bercinta dan semoga dapat mencapai cita-cita..

p/s: pastikan partner kau tu berlainan jantina,original dan bukannya unknown gender..

Assalamualaikum


"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."




"Insan tanpa cita-cita, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya."

Khamis, 14 Mac 2013

Paranoid Cinta

Bismillah

Assalamualaikum..apo khabo? okay aku tak nak tulis intro yang terlalu panjang cukup setakat ini sahaja.
Pernah dengar tak fasal paranoid cinta?aku mendefinisikan perkara ini kepada seseorang yang single kerana terlalu trauma dengan orang sesekeliling yang bercinta yang dihujamkan dengan pelbagai masalah dalam percintaan,biasalah kalau bercinta takde masalah itu bukan manusia alien namanya tapi takkan lah alien takde masalah kalau bercinta? apa petua? hahaha..Orang yang paranoid bercinta ini akan takut untuk memulakan langkah pertama dalam menjerumuskan diri untuk bercinta kerana tidak berani untuk mengalami rasa cemburu,masalah bodoh yang membebankan kepala otak dan dia lebih suka bercinta dengan alam dia sendiri.Ini pendapat aku je..seseorang yang paranoid cinta ni selalunya akan prefer untuk memiliki ramai kawan bagi megurangkan rasa sunyi(sunyi ke?) dan dia juga akan menjadi tempat mengadu bagi kawan-kawan dia yang memegang status in relationship dan dia juga akan memberikan advice yang boleh pakai sebab dia ada ramai kawan dan mungkin ramai kawan yang menjadikan dia sebagai tempat mengadu so dia kumpul semua masalah dan mencipta satu ideologi baru dan mnyebarkan kepada kawan-kawan dia yang mempunyai masalah dalam percintaan,jangan tanya aku apa ideologi si paranoid bercinta ini hahaha..(aku agak je)



Jadi secara tidak langsung si paranoid bercinta ini akan bertambah trauma untuk bercinta dan melebelkan lelaki tidak boleh dipercayai sangat.kalau si paranoid bercinta ini perempuan lah kalau lelaki sama je perempuan pulak tak boleh dipercayai sangat..
Haa jangan fikir takde lelaki yang paranoid bercinta..Aku pernah merasa menjadi si paranoid bercinta ini..
Masa budak-budak sekolah menengah sebok nk cari awek/pakwe aku pulak sedang takut dengan perkara ini bukan sebab aku tak hensem aku good looking ape? hahaha Pada masa tu aku merasakan perkara ini buang masa,buang duit dan aku menyampah dengan perempuan yang sedang sebok nk pasang scndle lah pakwe hot lah dan korang yang pernah bersekolah pasti tau perkara yang aku hujahkan nie.
Jadi masa tu aku jadi tempat member lelaki dan perempuan menceritakan masalah diorang dan aku yang takde pengalaman menjadi tempat pertanyaan perkara yang aku sendiri tak pernah alami.
Apa ini?
Aku pun membuat satu konklusi mudah yang mengatakan bercinta itu menyusahkan..
Tapi langit tidak selalunya mendung,masa aku tingkatan 6 seseorang hadir mnyusahkan aku ehh tak susah suka suka tapi langit tidak selalunya cerah hujan tiba-tiba turun saat hati sedang bergembira..Orang yang aku cinta tidak memantulkan kembali sayangnya..hahaha Tapi aku tidak mengalah aku tidak lagi jadi si paranoid aku jadi si playar eh player haaaa jangan main-main,dan masa aku dah stop menjadi playar aku buat ideologi baru.."Cinta itu mudah kalau kau mudahkan,cinta itu sakit kalau kau sakitkan,cinta itu hebat kalau kau hebatkan,cinta itu susah kalau kau susahkan dan segalanya bergantung pada diri sendiri."
Kalau kau nk tunggu cinta yang perfect mati dulu pastu mati balik pastu mati balik pun kau tak jumpa sebab
mana nk dapat benda yang sempurna secara total? tapi apa yang kau perlu adalah benda yang cukup untuk kau haa ini baru betul.
Apa ini melalut? tapi macam ada kaitan...hahaha
Bagi aku kalau kau nak tackle si paranoid cinta nie kau kena tunjukkan yang kau mmg total nak nakkan dia dan kau tunjukkan memang kau nak kahwin dengan dia..Tunjukkan kau terer gila vabi tapi janganlah over penerajang makan dia karang..
Tapi apa yang paling penting dalam bercinta adalah kau kalau nak bercinta kau kena cinta yang berlandaskan cinta akan Allah dan Rasulullah baru cinta till Jannah..ini paling penting dari sejuta perkara lain..
(nasihat untuk diri sendiri juga)
okay aku rasa aku tak kupas secara mendalam fasal paranoid cinta nie..kalau karangan dapat c+ je nie..hahaha dulik..
Assalamualaikum w.b.t




  Prefer to be a heartbreaker rather than experience itself the heartbreak 

Khamis, 14 Februari 2013

Bismillah




Bismillah,

setiap manusia mempunyai cerita yang berbeza.ia berbeza dari latarnya,sikapnya,tubuhnya dan segalanya berbeza.begitu juga pemahaman aku tentang manusia yang sering mengelilingi aku.mereka mempunyai pelbagai cerita yang mungkin memberikan kesan dalam kehidupannya sehingga ada yang sesat terlalu jauh meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Kehidupan keluarga yang tidak berkemampuan di tengah kota raya besar sehingga anak terabai mencari erti kasih sayang dalam lumpur kekotoran dan juga ketaatan ibu bapa kepada keduniaan sehingga menaruh kepercayaan kepada harta untuk menjaga anak mereka..Allahurabbi..
bila aku jumpa dua kelompok yang berbeza ini barulah aku sedar yang aku lahir dalam zon selamat,membesar dalam zon selamat dan sifat ingin tahu itu menghasut aku untuk mengintai sebentar dunia pendosa..Alhamdullilah segala puji bagi Allah kerana memberikan aku peluang untuk kembali kepada zon selamat itu..
di tengah kota raya metropolitan yang penuh dengan pelbagai pilihan ini membuatkan sesetengah daripada manusia yang tinggal ini tersalah pilih jalan hidup.mentaliti mereka telah diracun dengan racun berbahaya yang dicipta oleh pemahaman manusia sendiri..perkara yang salah dianggap betul dan perkara yang betul dicerca pula..
mungkin itu yang dianggap moden..Arak itu dianggap tinggi nilainya,seks itu adalah bukti cinta manusia,dadah adalah pembuka kebebasan minda,muzik adalah suara hati dan penenang jiwa..Aku rasa dunia betul betul sudah berada pada kadar bahaya..dunia akhir zaman sudah mula menunjukkan aksinya..
aku tak takut akan kehilangan bangsa tapi aku takut agama Islam dicemar atas nama bangsa…

Ya Allah kau selamatkanlah mereka2 yang tidak menjumpai jalan menuju Mu YA ALLAH..kau detikkanlah keinsafan kepada mereka yang kau kehendaki Ya Allah…sesungguhnya hati mereka telah dibutakan oleh dunia Ya Allah..ada diantara mereka tidak mengenal mu kerana tidak dididik dengan Islam Ya Allah..Ya Allah kasihanilah mereka Ya Allah..sesungguhnya kami manusia yang lalai Ya Allah..Ya Allah jangan biarkan kami hidup dalam kemurkaanmu Ya Allah dan jangan kau matikan kami dalam kehinaan Ya Allah..hanya kepadaMu ku meminta dan tiada tempat lain melainkan kepada Mu jua..

Jumaat, 8 Februari 2013

Kerja Kerja Kerja

Assalamualaikum , okay aku sekarang ada Kerja baru,bukan bartender tapi Kerja Buat air lah jugak cuma bezanya kalau bartender nie Buat air special lah mean macam special coffee,mocktail DLL tapi kerja aku sekarang ni Buat air biasa macam Kat warung..mula2 tu blur jugak lah tapi sekarang alhamdullilah dah biasakan diri..actually aku dapat Kerja ni pun bukan aku yg apply tapi akak aku yang suruh Kerja situ sebab boss dia mintak nak tambah menu baru.. tempat aku nie kat uptown damansara jalan teknologi..Kat kompleks muhibbah.lagi satu akak aku pun Kerja Kat situ jugak..dia Kat office aku Kat tempat air..hahaha aku jugak ade cerita sedih iaitu rayuan aku untuk mendapat tempat Di uitm untuk sesi 2 punya gagal..:( Hahaha bukan rezeki..tak pe ada peluang lagi ke ipts pulak..insyaa Allah...okay kalau korang rasa nk kurangkan bajet dalam bershopping,nak makan burger bakar kaw kaw,nasi kukus bujal,kuew tiaw,Dan mcm2 makanan lagi yang dijamin puas hati moh datang ke uptown Damansara,kompleks muhibbah Jalan teknologi kota damansara..dijamin puas hati..konsep dia pun lain dari yang lain..barang2 Kat sini memang rare Gila..seriously..makanan sedap,environment selesa,tak sesesak uptown lain yang menyempitkan dan merimaskan..
Okay itu sahaja datang tau jumpa aku Kat situ..hehehe assalamualaikum

Khamis, 31 Januari 2013

barisan Nasional pencipta Malaysia

Bismillah
nie aku copy dekat facebook..sila baca dan faham>>

"Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku merenung ke siling. kulihat lampu yang menyala, kulihat kipas yang berpusing. aku sungguh terharu. lalu ku berlari keluar rumah. sambil menitiskan air mata, aku tersenyum melihat lampu jalan yang nyalaannya macam hidup segan mati tak mahu. lalu aku panjatkan kesyukuran ke atas kerajaan Barisan Nasional kerana telah melimpahkan kurnia tenaga elektrik pada bumi yang tercinta ini.

sesudah penat mendongak ke lampu, aku pun tunduk. kulihat jalan yang kelabu. aku melutut dan tekapkan tapak tanganku ke atas jalan. aku geselkan pipiku ke atas jalan tar yang kasar itu. sambil menangis aku berkata. aku bersyukur dengan kehadiran jalan ini. tanpa jalan buatan kerajaan Barisan Nasional, hidup aku mungkin punah dimamah tanah merah.

setelah ditegur oleh jiranku seorang pembangkang, "woi orang gila. kau tonggeng tengah jalan dah kenapa?" aku pun masuk ke dalam untuk menjenguk ibuku yang berada di dapur. ku lihat tong gas! dengan rasa kesyukuran aku memeluk tong gas itu seerat-eratnya. tiada barisan nasional, tiadalah tong gas. ibuku kehairanan. dia menyuruhku masuk ke bilik sebelum perkara yang lebih tak senonoh akan berlaku.

lalu aku ke ruang tamu. ku buka TV untuk melihat rancangan kegemaranku. Buletin Utama. aku menangis keriangan. tak dapat aku halang air mata kesyukuran ini bila melihat wajah Perdana Menteri kesayanganku Dato' Seri Rosmah Mansor di kaca TV. rasa syukurku kepadanya membuak buak. tanpa beliau mungkin kita semua akan dibunuh komunis. dengan menggunakan smartphone yang ditebus dengan RM200, aku merakam setiap bicaranya.

aku sungguh bersyukur kerana mempunyai pemimpin sebegini. dia telah bina hospital, sekolah, jalan raya, traffic light dan papan tanda menggunakan duitnya sendiri. dia juga telah melimpah kurniakan BR1M yang tak terhingga nilainya. aku rasa diri aku begitu hina jika tidak dapat membalas budi beliau. aku tak layak digelar manusia!

sedarlah saudara saudari sekalian. tanpa Barisan Nasional, mungkin negara kita akan menjadi padang jarak padang tekukur. kosong kosong kosong. kita semua akan jadi seperti masyarakat primitif. berbogel sahaja. jadi marilah kita sama-sama membalas budi mereka."

Rabu, 30 Januari 2013

Cinta #2

Bismillah Assalamualaikum

tiada definisi yang tetap pada cinta,pada setiap orang tiada yang sama. tapi yang paling biasa cinta antara lelaki dan perempuan..ini formal,biasa sangat dan di bawahnya terbahagi bermacam-macam tafsiran lagi.cinta kekasih,cinta abang angkat,cinta kawan baik(bestie) dan ade jugak scandle2 ..
okay apa aku nak cakap nie pun aku tak tau sebenarnnya tapi mungkin pasal cintalah kan? aku tulis nie pun dah pukul 4 pagi so mungkin akan mengarut lh sikit..tengok jelah..
contohlah kau dah terlanjur maksud aku macam 2 keterlanjuran bukan setakat berzina terlanjur cinta jugak boleh diketegorikan terlanjur apa?  pada tahap terlanjur cinta dan cinta yang kau harapkan sampai mati ini tak menjadi dan berhenti di tengah jalan ,mungkin kau akan salahkan takdir,salahkan cinta dan bila kau salahkan dua benda ini  kau dikira salahkan TUHAN..sebenarnya itu semua kesilapan kau sendiri kau memberi pada yang salah,mestilah setiap benda yang kita buat mahukan hasil..betul tak?? so sekarang kau berikan pada yang salah kini tiada hasil dan merugikan pada kau..
bagi aku lah pandangan peribadi dan berdasarkan pengalaman sendiri bila kita dah terlalu mengharap dan konon macam kita nie dah tau yang dia nie memang masa depan kita dan bila pada tahap cinta mati ni semua benda pasal dia semua baik,cantik,dan dialah yang paling bagus dalam dunia dan bila dia dah pergi tak kiralah putus ke,mati or whatever lah pasti kita macam putus harapan kan? huh bahaya...okay nasihat sikit jelah sebenarnya selagi belum ada ikatan perkahwinan selagi itu dia bukan hak kita dan tidak seharusnya  kita memberi 100% perasaan cinta kita padanya dan itu juga berdosa..nauzubbillah..aku pun pernah jugak mengalaminya dan sekarang jugak aku masih bercinta tetapi kini mungkin aku sudah belajar apa itu cinta dari seorang yang mungkin tidak reti bercinta tetapi sebenarnya dia pencinta yang sebenar...Kau cuba fikirkan yang sebenarnya pasangan kau yang belum bernikah nie  set dalam kepala hotak kita yang sebenarnya kita hanyalah kawan baik yang saling mencintai..macam mana tu? okay cinta terlalu berdefinisi..
okay pasal bercinta selepas kahwin nanti2 lah aku buat...

besok

mungkin besok aku tiada
mungkin besok aku hidup
mungkin besok aku kaya
mungkin besok aku miskin

semua takut semua bimbang
cakap mulut tapi tak faham
konon risau tapi macam hidup
tak bertuhan

cakap kosong

Rabu, 9 Januari 2013

Cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana Baginda sangat mencintai kita.


Bismillah.
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W .Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik Maka,kubur terbelah dua.Pada seruan yang ke-2 pula,kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ke-3,ketika Rasulullah S.A.W  berdiri,baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W .
Baginda  S.A.W  melihat kanan dan kirinya.Baginda S.A.W  dapati tiada lagi bangunan.
Baginda S.A.W menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda S.A.W bersabda:”kekasihku Jibril! Gembirakan aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda S.A.W bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda S.A.W bersabda:” bukan itu maksud pertanyaanku”
Baginda S.A.W bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimana perjanjian mereka?”
Baginda S.A.W  bersabda:”Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku”
Jibril as menyeru:”Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan  oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat,baginda S.A.W akan bertanya:Dimana umatku?
Jibril as berkata :Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang,Jibril as menyeru:’Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad S.A.W berkata:”mengapa kamu berdua menangis?”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu,Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya:”Dimana umatku?”
Jibril as berkata:”Mereka semua telah datang ,Mereka bejalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar serita demikian Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril!Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W.”
Nabi Muhammad S.A.W  bertemu umatnya yang berdosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:”Wahai Muhammad!”
 Nabi Muhammad S.A.W bersabda:”Wahai umatku.” Mereka berkumpul disisinya.Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:” Di mana umat Muhammad S.A.W?”
Jibril as berkata:”Mereka  adalah sebaik umat.”Allah Taala berfirman:”wahai Jibril !Katakanlah kepada Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata:’Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala!”
Nabi Muhammad SAW berpaling kea rah umatnya lalu berkata:”sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah berfirman:”Hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini,Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku,dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-Ku.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.Nabi Muhammad SAW  menyeru:”Tuhanku..Penguasaku,Penghuluku….! Aku tidak meminta untuk diriku.Sesungguhnya aku meminta untuk Umatku dari-Mu.”
ketika itu juga,neraka jahanam berseru:”siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku…Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali,baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.Mereka berkata:Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya.
Fatimah ra.bertanya:”Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti,wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab:”kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat  Mariam,Asiah,Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad SAW.Mereka telah sesat dari nabi mereka.”Suara Mariam telah didengari oleh  Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku,wahai umatku!
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya..Ketika di atas sirat Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas sirat.setiap kali baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat,baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan di kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...