Ahad, 31 Mac 2013

kahwin?

Bissmillah
Assalamualaikum

Kahwin semua orang tahu apa itu kahwin..Lelaki dengan perempuan nikah lepastu naik atas pelamin ada makan nasi minyak lepastu dah jadi suami isteri duduk satu rumah bersetubuh dan dapat anak besarkan anak dah itu je,Ini pandangan gonjol namanya..hahaha

Firman Allah dalam surah AnNur :32 
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu,dan orang-orang yang layak (berkahwin)dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.Dan Allah maha luas(pemberianNya)lagi maha megetahui.

Okay dari ayat ini kita dah dapat nampak yang kahwin itu bukan sesuatu yang merugikan, Allah bagi rezeki pada mereka yang berkahwin, itu janji Allah kepada hambaNya.Apa yang kita takutkan sekarang adalah perkara ini hidup selepas berkahwin, "biasa hidup sorang  pun terkontang kanting inikan pula nak bela anak orang."haaa kalau dah habis belajar,dah berkerja tetap,ada calon haa itu sudah boleh..apa tunggu lagi rezeki dengan pahala berlipat kali ganda sedang menunggu jangan terus dibelenggu dosa yang nyata..

Okay aku akan buat perbandingan antara couple dengan kahwin biar senang sikit hadam, kalau ayat panjang-panjang bukan nak baca orang Malaysia ramai yang malas membaca..hehe

COUPLE
Belikan awek jam casio original dengan harapan awek dia akan bertambah sayang.
-Jam casio baby G RM 500.00
-niat nak bagi awek bertambah sayang

Okay duit nak beli jam boleh tapi cakap fasal kahwin kata tak mampu,tak sedia bagai tahilah RM 500.00 tu boleh buat nikah ape?
Niat tak menghalalkan cara..segala perkara yang kita niat berdasarkan maksiat kemungkinan besar akan membuahkan dosa begitu juga rezeki yang dibelanjakan untuk si dia berkemungkinan akan menjadi dosa disebabkan kita membelanjakan pada perkara yang tak sepatutnya.

BERKAHWIN 
Belikan air 100 plus untuk isteri kerana isteri mengatakan haus.
-Air 100 plus RM 1.60
-niat bagi isteri hilang haus
Okay betapa diberkatinya perkahwinan ini sampai perkara yang kecil pun membuahkan pahala yela kita bagi air 100 plus pun dapat pahala tau sebab segala apa yang kita lakukan atas dasar kasih sayang membuahkan pahala.Begitu juga duit yang dibelanjakan kepada isteri menjadi pahala sebab kita melunaskan nafkah yang diwajibkan oleh Allah..Tidakkah itu menyeronokkan? Sayang sikit pahala buat sikit pahala..kalaulah pahala tu nampak mesti orang baligh takde bujang..hahaha

Okay aku nak cerita sikit pengalaman aku akak aku nie dia kahwin umur dia 24 tahun tak silap sebelum dia kahwin tu biasa-biasa jelah kereta pun baru beli sebab baru habis belajar hutang macam-macam hutang dan bila dia berkahwin pada awalnya memang susah rumah pun sewa kat flat takde perabut sangat lantai pun simen tapi dengan KEBERKATAN perkahwinan itu dia suami isteri sekarang dah senang dalam masa 2-3 tahun je..Serius memang nampak sangat keberkatan perkahwinan itu sangat jelas..Memang Allah tak bagi cash tapi secara beransur-ansur apa yang penting ialah usaha,tawakkal,dan doa..Jangan pulak aku cakap kahwin tu berkat dan membuka pintu rezeki korang lepas kahwin tak kerja tunggu depan pintu je memang makan kaki bapak mentua..

Alangkah seronoknya berkahwin bila pegang tangan pahala,cakap I love you baby muah muah pahala,jeling2 kenyit mata pahala,aduhh segala yang berdasarkan rasa kasih sayang sesama pasangan itu membuahkan pahala Allah hurabbi..

Okay tutup
sekarang pulak Alasan belum cukup ilmu
memang perkahwinan ini memerlukan ilmu yan mencukupi dan sebagai suami/isteri nak layarkan bahtera perlu ilmu takut tenggelam bila belayar atau sesat tak berarah tujuan.Memang tidak boleh membuta tuli saja bila ingin berkahwin pastikan anda ada asasnya,cukup bila ada asas tak perlulah sampai menuntut 2-3 tahun dekat madrasah hanya untuk berkahwin jika sudah berkemampuan.Apa yang penting bila berkahwin nanti kamu sama-sama mencari keredhaan Allah..Alangkah seronoknya selepas kahwin belajar agama bersama-sama..
Okay apa lagi aku nak cakap perkahwinan itu mudah kita yang susahkan,mungkin kita terlalu dimomokkan dengan persekitaran dan pandangan orang. Mungkin?
Tapi kalau memang rasa belum sedia macam aku ni maksud aku masih belajar tak payah menggatal nak kahwin,sabar siapa taknak kahwin? entry nie untuk panduan sahaja bukan memaksa untuk kahwin pun.

sama-sama mencari redha ilahi
sama-sama melengkapi diri
sama-sama menyemai kasih suci
semoga hidup diberkati
Insyaa Allah

Assalamualaikum

1 ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...