Selasa, 18 Disember 2012

Cinta buta...

Assalamualaikum.
errmmm korang pernah tak mengalami keadaan bilamana kau dah suka dekat seseorang dan mamat/gurl tu dah mcm bagi hint yang dia pun suka korang, maksud aku hint nie korang rasa macam dia caring,dia tunjuk lah yang dia suka, alah korang pikir lah mcm mana hint tu..Tapi  bilamana perasaan suka kau tu dah bertukar perasaan jatuh cinta dan secara tiba-tiba sesuatu berlaku iaitu orang yang kau suka tu jatuh cinta dekat orang lain..PUNDAK X???? hahaha comfirm kau frust gila khinzir kan?lepastu bila mamat/gurl tu dah berjaya couple dengan orang yang dia jatuh cinta dan hubungan kau dengan dia sekadar kawan baik tapi kau ada perasaan yang lebih dari kawan ffuuhhhhh gila kan? bila tengok FB dia jiwa kacau,bila nampak diaorang dating rasa nak tampar partner dia tu..inilah namanya jeles tak bertempat..you want to move on from this shit situation but what you gonna tell them?you fall in love but in other side he/she just know you as her/his bestfriend not more then that.. this is the harders part..Tiba-tiba kau terfikir apa guna tunggu bunga/buah yang sudah di tangan orang? kau pun boleh cari buah/bunga yang lain dan kau pun mula mengorak langkah untuk mencari cinta walaupun hati kau tak merelakan kerana kau sudah jatuh cinta pada orang yang salah..
okay korang dah jumpa seseorang yang kononnya boleh menghilangkan perasaan gundah-gulana kau itu..
5 bulan berlalu tapi perasaan yang dulu masih tidak hilang dan perasaan kau pada gf/bf kau macam tak ada cuma ada perasaan serba salah sahaja kerana seperti membuat diorang macam pak/mak sanggup...
fuuhhhhh....
Kat sini aku nak bagi advice sikit sebab dulu aku pun pernah rasa situasi macam ni dan cara-cara nak hilangkan atau kurangkan perasaan korang tu..


1) Kurangkan berhubung.
Kat sini bukan salah siapa2 bukan salah kau bukan salah dia cuma perkara nie dah memang tertulis dan ia takdir kau..Memang bukan senang nak kurangkan berhubung tapi ini untuk kebaikan kau.Kalau dia selalu mesej atau call cakaplah mak tak bagi kau dengan dia berkawan..hahaha pandai2 cari alasan.


2) sibukkan diri

     Bila diri dah sibuk sedikit sebanyak kau akan lupa pasal cinta.Bukan setakat cinta makan pun boleh lupa cara ni mungkin boleh kurangkan rasa sakit hati,pegel dan segala yang tersirat dalam hati..



3)Bersosial

    Bersosial akan membuatkan kau tau yang ramai lagi manusia dalam dunia ni..oppsss bukan maksud aku sosial yang pergi clubbing dengar lagu dumpstep tu maksud sosial disini jumpa kawan-kawan,hang out,berpersatuan dan apa-apa saja asalkan ia sosial.



4)Doa
   
ini perkara yang paling penting kau mesti buat...



5) Jangan cari penganti ketika perasaan cinta pada orang lain masih kuat.
 wohooo...Jangan buat main benda ni aku serius.kau bukan selesaikan masalah tapi mendatangkan
masalah.kau fikir bila kau masih cintakan orang lain tapi kau rasa terdesak untuk cari orang lain tapi kau tau yang kau tak boleh cintakan orang tu.hissshh jangan cari pasal kau fikir macam mana perasaan orang tu?kesian dia..maksud aku kat sini bukanlah kau kena single sampai mati tapi tunggu sampai kau rasa ready untuk next chapter..
yeeaahhhh...just that enjoy reading...aku dah takde idea..kalau nak tips2 yang lebih baik pegi beli buku terfaktab..

Sabtu, 15 Disember 2012

rindu kawan

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan,ingat saya tak?Nama saya Justin bibierk pijol alah budak yang dulu selalu lari bogel tulis entry mengarut tu,haa ingat pun nie haa nk cakap haa aku sekarang dah besar tau dah 20 tahun hidup so jangan sesekali panggil aku BUDAK HENSEM panggil aku ABANG MACHO haha (perasan bodoh) . Okay now we going to the jalan cerita iaitu motif aku tulis entry nie..Hurrmm actually aku takde ape2 nak tulis or bagitau kt kau dan sebenarnya aku nak buat senaman jari je malam-malam macam ni.Apa aku bebel ni? korang masih baca ke? bosanlah takyah lah baca.Aku bermonolog je sorang-sorang macam uncle kassim yang disahkan sakit jiwa tu pagi2 bangun tidur bercakap sampai waktu lunch dah makan cakap lagi sorang2 kesian kan kat dia tu? korang kenal ke tak?aku rasa tak kenal kot sebab aku sendiri tak tau siapa uncle kassim tu dan tak tau dia wujud ke tak dalam dunia nie..okay aku nak cakap yang sebenarnya aku rindu kawan-kawan aku,such as syah,iwan,iwan,afif,mat jambu Hakip,ieka,dijah,along,seha</3toing,sape lagi ek? alah bodoh lh kawan sendiri pun lupa nama *dan lain-lain (ini escape untuk ketandusan idea boleh cuba untuk PMR,SPM &STPM,)  budak2 nie lah yang pada zaman form 5 ade yang stranger sgt2 x penah tgur tpi bila dh masuk form 6 dah plus2 boleh masuk kelapa ehh kepala jadilah kawan sumpah aku dianggap pengganas sekolah masa zaman kegemilangan yusoff Haslam iaitu masa zaman gerak khas dulu alah area tahun 2008-2009 haha and then when i'm reborn dah macam kapir pulak main lahir2 semula, maksud aku macam bad boy gone good boy lh konon2 nye (padahal jahat lagi) aku diterima balik masyarakat,eehh macam aku pernah rogol 99 gadis sunti pulak main diterima balik nie..hahaha
Aku dipercayai semula oleh cikgu2 yang pernah mengajar aku masa form 4-5 dulu contohnya haaa Puan Siti Hillmoon yang pernah memberi komentar beliau di belakang kertas jawapan peperiksaan BM (karangan) aku dulu sebab bawah signiture dalam karangan aku tu aku tak tulis nama tapi aku tulis "LU PIKIR LAH SENDIRI" agak kurang ajar bukan? hahaha aku pun dah lupa apa yang dia tulis tapi dia memang marah gila kat aku sebab aku perasan masa awal2 lower 6 time sejarah dia memang tak bercakap dengan aku sebab dia tau yang aku nie degil tahap gajah..ouh sorry aku tulis lupikir lah sendiri tu  time aku form 4,walaupun kena potong markah tapi masih lulus..hehehe..
Tapi kusangkakan panas sampai ke petang tapi mendung di tengahari kusangkakan hujan di kala petang rupanya pelangi menanti di petang hari kiranya malam pula kembali ribut rupanya bulan menyinari pengganti mentari..hahaha eecceehhhhh..walaupun aku tak dapat first intake untuk universiti dan permohonan rayuan untuk panggilan ke-2 pn ditolak aku tetap tak berputus asa bak kata pepatah biar mati anak jangan mati adat biar mati adat jangan hilang akidah..(xde kaitan) aku guna plan B iaitu try guna orang dalam dan ini masih menunggu jawapan nak tunggu orang kat dlam keluar ke tak amek aku kat kat luar..hehe.. okay sebenarnya aku nak cakap yang aku rindu member je tu jelah..hai kawan2 yang baca nie jangan muntah ea?? bye..assalamualaikum........

Khamis, 15 November 2012

pudar kehitaman bab 3

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi ketika aku terjaga selepas bermimpi aneh seluruh bulu di tubuhku mencanak meremang.Mimpi yang sangat aneh dan agak seram.Aku seorang yang sukar untuk bermimpi dan bila aku bermimpi pasti mimpi itu akan aku ingat  seharian dan akan membuatkan aku berfikir seharian. Malam ini aku bermimpi yang  aku hendak berjimak dengan Syidah ketika malam pertama perkahwinanku,sedang aku mencium lehernya dan mencuba membuka zip baju pegantinnya tiba-tiba Syidah bertukar menjadi pontianak dan mengilai.Syidah bertukar menjadi sang pontianak yang sangat hodoh bukan seperti Maya Karin yang menjadi pontianak cantik kalau seperti maya karin makin bernafsu aku dibuatnya.ketika itu Syidah melompat di hujung katil dan berkata "kau bodoh sayang kat aku! hahahahaha." dia terus terbang kearahku dan serta merta menampar mukaku dan terus aku terjaga."Astaufirlahalazim! haram jadah punya mimpi".terasa seperti benar-benar ditampar pipiku.Mungkin itu sekadar mainan Syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak adam yang  hensem sepertiku.
aku cuba tidur semula tetapi tidak mungkin berjaya kerana sekali terjaga memang tidak mungkin mampu tidur kembali itulah Afif.Aku megambil telifon iphone ku dan melihat satu persatu gambar Syidah,ada yang diambil sendiri oleh Syidah ketika pertama kali memegang  handfone ku ini jakun seperti anak orang asli di hutan amazon ketika pertama kali memegang  talifon nokia 3310 habis dibelek-beleknya.sikit-sikit ambil gambar itulah perempuan tunjuk gigilah nasib tak buat mulut itik macam nur fateeha yang popular dengan video sore eyes 5 days mc tu.Aku lihat satu persatu gambarnya dengan teliti dan benda pertama yang aku perasan ialah boleh tahan besar dada Syidah ni haishh bodoh otak kotor setan setan! tapi melihat kecomelannya memang comel dan Syidah pernah bercerita kepadaku yang ramai ingin memikatnya di universiti tak cukup dengan pelajar junior dan senior sahaja kakitangan universiti juga ada yang cuba memikatnya dengan sering membelanja Syidah dengan kawan-kawannya makan di kafe dengan cara membayarkan bil makanannya dan bila Syidah hendak membayar pekerja disitu akan megatakan bilnya sudah dibayar dan orang itu memberi namecard nya kepada Syidah dan orang itu ialah Pensyarah muda di jabatan teknologi maklumat alangkah terkejutnya Syidah tapi dia sekadar megambil namecard itu dan hanya meyimpanya sahaja dan hanya itu saja yang diberitahu kepadaku.Baiknya Syidah kepadaku setianya aku balas dengan kesetiaanku yang tak berbelah bahagi.
Azan subuh telah berkumandang tapi aku buat-buat seperti tidak dengar rasa malas ingin bersolat telah meguasai diri setan menang pagi ini dan aku pun terlena diselimuti kulit babi....
"Some nights, I stay up cashing in my bad luck
Some nights, I call it a draw
Some nights, I wish that my lips could build a castle
Some nights, I wish they'd just fall off"

lagu somenight dari band fun mula berdering dan mengejutkan aku dari tidur dan kulihat Hani sudah terpacak di depan keretaku sambil tangannya memegang handset murahnya di telinga dan kulihat Hani yang menalifonku dan kulihat jam sudah pukul 12 tengahari dan aku mengangkat panggilan itu "wei tak payahlah angkat buka jelah pintu kereta" suara Hani yang agak manja dan sedap memarahiku "hahaha yelah-yelah"aku mentertawakan si gadis comel ini.Hani memasuki kereta dan mengomel yang dia tak boleh tidur dalam bilik hotel ni sebab takut tidur sorang-sorang dan aku menjawab "apsal tak ajak aku tidur dengan kau malam tadi? hahaha"  Hani dengan muka agak merah membentak "gatal kan kau? aku cakap dengan Syidah bila dia dah sihat nanti! "Hani mengugutku dengan ugutan yang langsung tak kutakuti."trett treeett trrrreeett trreett" henset nokia lampu picit Hani berbunyi dan begitu juga hensetku dan ku lihat mesej itu dari Mak cik Zahara yang berbunyi
"Afif,Hani Ida dah sedar,syukur Alhamdulillah,dia takde ape2
keputusan x ray pun positif..nanti waktu melawat datanglah kowang tidur asing kan malam tadi?"hehehe

Alhamdulillah!! Syidah dah sedar perasaan gembira yang tersangat hebat mula menerpa keseluruh badanku seperti ingin menari tarian oppa gangnum style pun ada juga aku hidupkan kereta dan menuju ke stesen minyak yang terdekat untuk mandi dan membuang segala yang patut dibuang kerana aku dapat rasakan coklat manusiaku sudah berada di pintu gerbang dan hanya tinggal terkeluar sahaja.Sampai sahaja di Stesen minyak petronas cepat-cepat aku keluar dan meninggalkan Hani di dalam kereta.
"Awak pun ada sekali?" itu sahaja yang dikatakan oleh Syidah saat aku sampai ke wadnya mungkin kerana dia masih lemah kerana baru sedar dari koma.sedikit kecewa melanda diri saat Syidah berkata begitu kepadaku. uhh tak mengapa soalnya Syidah okay itu yang paling penting.
Aku memerhatikan Syidah yang langsung tak ingin bercakap denganku dan dia juga tidak memandangku langsung tetapi dia agak senang bebual dengan Hani.Apa salah aku? apa aku buat?
Lantak lah!

Rabu, 14 November 2012

Pudar Kehitaman bab 2

kami melangkah gagah menuju wad icu, membontotkan cik Teratai nama nurse ini yang menunjukkan jalan ke wad dimana terletaknya syidah,Cik Teratai memperkenalkan kami dengan seorang doktor,Hitam manis orangnya dan aku jangka mungkin keturunan jawa sepertiku. "doktor,ni keluarga nurasyidah,mangsa kemalangan ngeri yang dalam pemantauan kita tu"kata-kata Cik Teratai memperkenalkan kami kepada Doktor ini.'' ouh,keluarga syidah,mari ikut saya ke wadnya.kecederaan kepala dia agak teruk tapi kami masih menunggu keputusan xray untuk memastikan tiada pendarahan dalaman,selain itu dia mengalami patah tangan serta luka-luka kecil"jelas doktor Supri serba sedikit tentang keadaan Syidah.. Dah ku agak doktor ini jawa,cara cakap dan nama sudah dapatku tahu.
Sekujur tubuh yang terbaring dan tangan yang berbalut kerana patah tulang serta wayar dicucuk ke leher seperti manusia cyborg yang sedang dicaj tenaga kerana selepas pulang bertarung menentang alien dan juga alat bantuan pernafasan setia melekat menutupi hidung serta mulutnya."Syidah,kau kena kuat,kau kena hidup aku nak kawin dengan kau!aku nak didik anak kita dengan kau dan aku nak hidup dengan kau! airmataku tak dapat ditahan lagi saat melihat kekasih hati yang sangat dicintai terbaring tak bergerak dan seperti orang bodoh yang tak reti bernafas sendiri.Hani dan mak cik zahara tidak berhenti menangis dari tadi, teresak-esak mendengar suara mak cik zahara ketika dia berkata-kata kepada Syidah.
"mak cik,ikut saya sekejap" doktor Supri memanggil mak cik Zahara,mungkin untuk memberitahu keadaan Syidah. loghat jawanya masih kedengaran walaupun sudah menjadi doktor,itu membuatkan aku tersenyum sedikit walaupun dalam keadaan  yang mungkin senyuman itu tidak patut hadir bersama.
Melihat kepada keadaan Syidah aku dapat merasakan bahawa dia mengalami pengalaman yang sangat dasyat ketika kemalangan bas itu.tangan kanannya patah dan dimasukkan besi kerana tulangnya yang patah tersembul keluar dari kulit itu dapat dilihat pada balutan yang ku sangkakan disimen tetapi dibalut kerana luka.
teruknya sayang kecederaan kau...

Mak cik Zahara datang kembali dengan wajah agak tersenyum tetapi mata yang masih berkaca,,"Hani,Afif mak cik tidur sini, korang sewalah hotel kat bandar Kuantan ni.Pasal bayaran jangan risau mak cik bayarkan tapi sewa dua bilik satu Hani satu Afif jangan sewa satu tak memasal Afif kawin dengan Hani pulak nanti Syidah nak kawin dengan siapa?" orang tua ni sempat lagi bergurau masa sedih-sedih,aku yang tengah sedih dah ketawa-ketawa malu, yaaa memang malu saat dia cakap Syidah nak kawin dengan siapa tu."eehh tak payahlah,saya tidur dalam kereta je Hani biar tidur dalam wad kanak-kanak dia kan pandai jaga budak". selorohku yang memanjangkan gurauan "kau jangan ngade-ngade lah fif! aku tidur hotel kau hantar aku lepastu kau tidur kat parking lot hotel bolehkan? aku tau kat bandar kuantan ada hotel bajet".Hani mencelah untuk tidak dipaksa olehku untuk tidur di wad kanak-kanak."hahaha..kau kalau hotel tau je kan Hani?" aku menahan gelak yang agak kuat. "BODOH!" Hani megeluarkan bodoh yang pekat lagi diboldkan bunyinya.."Dah lah kamu bedua ni begurau pulak kat hospital.nah rm 200.00,cukupkan? lagipun Afif nak tidur dalam kereta kan? okaylah bye mak cik nak pergi toilet,hati-hati tau dah pukul 12.30 malam ni"
"okay thanks mak cik,ada apa-apa call Hani".sukalah budak ni dapat duit,hotel baru 100 lebih atau kurang dari tu..yelah hotel bajet.

Jalan raya agak lengang ketika aku menyusuri bandar kuantan, hanya segelintir mat-mat rempit berpeleseran di sekitar bandar dan mereka agak megerling melihat keretaku yang agak bising sistem ekzoznya serta bunyi pancitan turbo setiap kali ek9 ku bergerak dari traficlight yang tidak banyak kenderaan lalu..
 "Kau rasa Syidah okay tak?" aku megajukan soalan yang mungkin sudah aku jangka jawapanya kepada Hani yang leka mendengar lagu coldplay koleksi dalam pendriveku yang dipasang ke radio pioneer kereta honda civic ek9 ku ini.sistem bunyi yang dikuasakan dengan radio kenwood,equalisers pun pakai kenwood.Itu yang membuatkan tune bass aku sedap, tapi paling penting emplifire aku 4 way jadi memang kuatlah speaker-speaker yang kat dalam kereta aku ni, tapi apatah bangkai kalau semua benda ada tapi speaker standard, aku guna speaker kenwood kfc-m6945A.
"Aku rasa Syidah akan okay diakan kuat,kalau tak kuat takkan kau dengan dia boleh couple sampai 3 tahun.perangai kau kan macam monyet hahaha". uh sial si Hani ni kenakan aku pulak nasib kawan kalau tak kenal dah lama aku tinggalkan dia kat tempat mat rempit tadi. "kau sial kan? hahaha aku bagi kau kat mat rempit tadi biar diorang jadikan kau cikaro,baru padan muka kau! kau nak tidur kat hotel nie ea?"aku memberhentikan kereta tanpa mematikan enjin di sebuah hotel bajet, signiture hotel namanya.."a'ah,ni lah hotelnya,aku pernah tidur sini dulu dengan kawan aku masa bercuti kat sini" jelas hani sambil megambil barang-barangnya yang diletakkan di kerusi belakang kerana tak muat untuk diletakkan di dalam bonet yang kecil kerana dimuatkan speaker.
"ye yo'o je kau pergi dengan kawan ntah-ntah boyfriend,bukan ex-boyfriend kau orang Pahang ke?"aku cuba menyakat Hani yang kelihatan agak megantuk."bodoh lah kau ni! mana ada.dah lah bye-bye betul tanak tidur dengan aku?hahaha".Hani memberi pelawaan yang agak berbahaya kepadaku "boleh! kalau kau bagi"pantas aku terima pelawaan yang mungkin gurauan "aahh bodohlah kau, tidur dalam kereta! tak nak aku tidur dengan kau,dinasour! dah bye doakan Syidah" seperti terkena kejutan elektrik malu kerana Hani memang bergurau dan menyebut nama Syidah sebagai penyedarku..bodohnya aku! malu sey..
Malam ini tiada panggilan dari Syidah gadis genit yang comel dan bermata besar tapi sedikit berjerawat itu.Nurasyidah nama yang diberikan oleh bapanya kerana bersempena nama akak kepada arwah ayahnya Nurasyidoh. Dialah yang menjaga ayah Syidah selepas kematian ibu-bapa mereka semenjak umur ayahnya 2 tahun..
Aku menurunkan kerusi kereta agar lebih selesa untuk memaksa mata yang  mungkin takkan tidur ini.Tingkap aku buka sedikit agar aku tak mati lemas sebab enjin aku matikan dan malam inipun seju jadi tak perlu aku buka aircond..
Teringat kembali saat pertama kali aku bergaduh dengan Syidah, yaa pertama kali walaupun sudah 3 tahun aku couple tapi itulah pertama kali aku dengan Syidah bergaduh hanya kerana buku,ketika itu aku nak beli buku yang berkisar tentang politik yang bertajuk "PRU 13,UMNO akan tumbang?" tapi Syidah tidak membenarkan kerana dia menyangka yang  aku terlalu muda untuk membaca cerita politik Malaysia lalu dia mencadangkan agar aku membeli koleksi lawak kampus! tidak mungkin aku akan membeli koleksi lawak kampus yang tebal seperti kamus dewan bahasa edisi ke-4 itu."kau kenapa?suka hati aku lah nak beli buku apa".suara aku agak meninggi ketika itu dan ku lihat wajah Syidah mula berubah bukan berubah untuk menangis tapi untuk melawan aku"yang kau pehal nak tengking-tengking aku?kau ingat kau suami aku?kau beli buku macam tu bukan kau baca,membazir tahu?". egoku agak tercabar,orang sekelilingku sudah megalihkan perhatian daripada buku kepada drama yang berlaku antara Syidah dengan aku.
"lepastu kau nak suruh aku beli lawak kampus lawak bodoh tu? mana ada orang melawak dalam kampus macam tu sekali?" aku membantah syidah kelihatan makin menyetan "lantak kau lah! bodoh lama-lama gaduh dengan kau.!" tak ku sangka Syidah marahkan aku sampai begitu sekali tapi aku takkan mengalah ketika itu aku menolak Syidah tapi tidaklah sekuat mana walaupun tolakkan aku itu terkena tepat pada dadanya dan aku agak terkejut dan begitu juga Syidah."Bodoh!" satu makian berserta tamparan tepat mengena dipipiku dan Syidah berlari keluar dari POPULAR..Keliling mall aku mencari Syidah tapi tak kelihatan cubaan panggilan ku pun tak dijawab dan akhir sekali hanya wanita mesin yang menjawab "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi" memang terasa sial pada hari itu.aku pergi ke tempat parking kereta dan kelihatan Syidah berada dalam kereta serta merta aku check kocekku dan baru aku teringat yang kunci,dompet serta handsetku satu lagi berada dalam beg Syidah.ketika aku ingin memasuki kereta rupanya keretaku di lock dan Syidah megejekku dari dalam segala marah,benggang dan malu hilang begitu saja saat melihat Syidah mengejekku dengan mukanya yang  comel itu."awak buka pintulah",sambil aku mendekatkan muka merapati cermin kereta seperti muka orang yang melekat di cermin..Syidah menurunkan tingkap kereta di pintu bahagian pemandu."awak kena masuk dari tingkap sebab awak tolak saya tadi.tolak kat dada pulak tu gatal nak mampos!".kata-katanya yang memberikan arahan itu aku turuti walaupun tolakkan aku tadi tidak sengaja tapi memberi impak yang besar pada Syidah.."okay saya masuk,aauummm aauummm"lagakku yang masuk ke dalam kereta seperti harimau itu membuatkan Syidah ketawa dan ketika badanku sudah masuk ke dalam kereta dan hanya kaki sahaja yang tinggal Syidah keluar dari kereta dan membuka pintu dan aku pun tergantung pada pintu dan membuatkan aku merasa senak di bahagian mahkota kelakian."woi rosak pintu lah sengal! senak kau tau!." cepat-cepat aku turun dari tergantung di pintu,,"sengal sey dia ni."Syidah tak berhenti ketawa dan dia ketawa sampai menangis! "tulah buat jahat lagi kat orang,kan dah kena.beli jelah lawak kampus tu bukan suruh dia baca orang yang nak tau kedekut taik idung pahit!" Syidah buat muka kononnya dia sedang bersedih."hahaha lain kali cakaplah sayang sayang nak buku tu"aku membalas dengan gelak serta mencubit dagunya.."eee geli je macam tu gedik tau tak macam awak gedik."sememangnya Syidah benci pada kegedikkan aku masih ingat lagi  ketika mana aku bersama Syidah serta kawannya yang berpasangan pergi ke majlis reunion kawan-kawan kelasnya ketika darjah 6 dan ketika itu dia melihat kawan-kawannya yang dulu comot kini sudah cantik,yang lelaki dulunya nakal sudah bijak berkata-kata dan aten yang dulunya pengawas dan pantang sekali jika pelajar bising dia pasti tampil ke hadapan dan menulis nama pelajar yang bising di papan hitam tapi kini si aten sudah pandai berkepit dengan teman lelakinya yang juga kawan sekolah menengahku.sikap aten yang tergedik-gedik ini yang membuatkan Syidah sedikit tidak suka berada dalam majlis itu yang diadakan di sebuah restoran yang sudah ditempah khas oleh kawan Syidah, Haidi namanya dialah yang bertanggungjawab memastikan majlis itu berjalan lancar.aku dengan Syidah duduk di satu meja bulat yang mampu memuatkan 6 orang dalam satu meja jadi mungkin sudah dirancang meja ini meja couple jadi ada tiga pasangan couple di meja ini aku dengan Syidah,emma dengan entah siapa nama pakwe dia tu serta Hairi dengan si gedik aten,dari situlah aku dapat tahu yang Syidah tidak suka perempuan gedik dan Syidah memang tidak pernah gedik denganku hanya manja.
"okay lah saya gedik dengan awak je kalau saya gedik dengan aten kang haaa," saja aku sebut nama si aten itu bagi mengingatkan kegedikkan kawan sekolah rendahnya itu."ee bodoh sey hahaha..dah lah jom hantar saya balik rumah mak, tanak duduk dengan awak..hahaha"sememangnya aku akan hantar Syidah balik rumahnya kerana memang itulah rumahnya aku belum berkahwin dengan dia itu sekadar gurauan manjanya..
Mataku sudah berat,badanku agak penat kerana perjalanan dari Batu Pahat ke Kuantan Pahang bukannya dekat.aku pun melelapkan mata dengan harapan hari esok Nurasyidah binti Zulkarnain akan sedar dan kembali pulih amin..............................................................

Selasa, 13 November 2012

Pudar Kehitaman bab 1

    "kita mungkin tak akan berjumpa lagi, awak jaga diri tau sayang" kata-kata Syidah yang ketika itu hendak menaiki bas menuju tempatnya menyambung pelajaran selepas puas bercuti semester. "Awak jangan cakap macam ni Johor dengan Pulau Pinang taklah jauh mana masih dalam Malaysia lainlah kalau awak belajar kat Australia memanglah susah nak jumpa hehehe"seloroh ku yang membuatkan Syidah tersenyum kosong lalu melambai tangan dan terus menaiki bas yang sudah siap sedia bertolak.Asap bas yang baru bertolak itu menusuk ke lobang hidungku dan seperti menghalau aku pergi dari stesen bas Batu Pahat itu..aku terus pergi ke keretaku dan memandu pulang kerana banyak lagi assignment yang belum siap dan final project ku masih lagi terbengkalai.

Takala aku sedang sibuk menyiapkan final project semester akhir, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah bas di lebuh raya utara selatan yang menuju ke Pulau Pinang dan dengan serta merta aku teringat Syidah yang mungkin salah seorang penumpang  di dalam bas yang kecelakaan itu.
Jam menunjukkan pukul 5.50 petang saat aku menerima berita bahawa Syidah terlibat dalam kemalangan bas yang mengorbankan 20 orang penumpang itu dari salah seorang kawan baik Syidah sendiri ."Afif,aku ni Farhani kawan Syidah kau tengok berita tak yang bas excident dekat pahang tu? Syidah ada kat dalam bas tu sekali!"nadanya sangat serius dan membuatkan aku terkejut dan hampir terlepas iphone 4s yang  baru dibeli 3 minggu lepas. "aku tau yang ada excident, mana kau tau yang awek aku ada dalam bas tu sekali?" kegelabahanku tak dapat dibendung lagi hampir tercabut nyawa mendengar kata-kata hani iaitu kawan Syidah sejak sekolah tadika lagi dan sama-sama menyambung pelajaran di universiti yang sama tapi dalam kos yang berbeza, Syidah mengambil perundangan dan hani dalam pendidikan awal kanak-kanak.Sebenarnya Hani yang aku ingin pikat dahulu ketika mereka bekerja di sebuah pasaraya tapi entah macam mana aku jatuh cinta pula pada Syidah yang berperwatakkan agak ganas tapi manja sebenarnya.
 terasa darahku membeku dan tangan mulai mengigil mendengar berita yang disampaikan Hani.
''mak dia yang cakap,sekarang mak dia nak  pergi hospital besar Pahang dia ajak aku sekali. aku dah siap dah tunggu mak dia ambil je ni".pantas aku membalas"aku follow sekali,cakap dengan mak dia tunggu kejap". Hani yang tak banyak bersoal terus mengiyakan permintaanku "okay aku cakap dengan mak cik Zahara bye,cepat sikit tau". aku terus mematikan panggilan itu.Mak cik Zahara ialah ibu Syidah, beliau seorang guru di sebuah sekolah menengah di bandar Batu Pahat.Seorang yang tegas tetapi penyayang dan disenangi oleh semua anak murid dan serta kakitangan sekolah tempat beliau mengajar.Segala tentang mak cik Zahara diceritakan Syidah kepadaku, daripada susah payah beliau mula mengajar sehingga bagaimana  ibu Syidah bertungkus-lumus membesarkan Syidah seorang diri selepas kematian Ayah Syidah akibat sakit misteri selepas mereka pulang dari bercuti di Indonesia ketika Syidah berumur 5 tahun.Ayahnya menderita selama 2 tahun dan ketika penderitaan itu seluruh badan ayah syidah terasa bagai dibakar dan kadang-kadang dia akan meracau dan berkata-kata dalam bahasa yang sukar difahami.Puas sudah berubat bukan sekadar rawatan moden dan tradional segala cara sudah dicuba,dengar sahaja ada bomoh atau doktor pakar yang mampu mengubati pelbagai penyakit disitu mereka sekeluarga akan pergi,tapi mungkin Allah lebih sayangkan Ayah Syidah,dia menghembuskan nafas ketika ketika Syidah berumur 7 tahun dan ketika itu ayah Syidah genap 40 tahun dan selepas kematian ayah syidah mak cik Zahara membesarkan Syidah seorang diri dialah mak dialah ayah...
"Hani aku kat depan rumah kau ni,mana kau?" aku menalifon Hani dan tidak pula kelihatan kereta mak cik Zahara.."haa,jap" balas hani dan terus mematikan panggilan dan ketika itu sebuah kereta myvi merah jambu kelihatan berhenti di belakang kereta honda civic ku dan sudah pasti itu mak cik zahara."Afif,ikut sekali?" suara sugul wanita separuh abad itu bertanya kepadaku selepas dia keluar dari kereta yang agak kewanitaan."a'ah mak cik ikut sekali,macam mana mak cik tau yang Syidah terlibat dalam kemalangan tu?" aku menyoal ibu Syidah bagi megetahui kesahihan berita ini. "tadi polis telifon mak cik,polis tu cakap yang Syidah cedera parah dia dapat nombor telifon mak cik dalam dompet Syidah, polis tu suruh datang hospital besar pahang,tapi mak cik tak tau pun hospital besar pahang tu kat mana."mak cik zahara membalas dengan suara yang sebak."ouh saya tahu,dulu pernah pergi melawat sedara kat situ,kalau tak silap nama hospital tu
hospital Tengku Ampuan Afzan" jawabku dengan penuh keyakinan. "baguslah kalau afif tau senang sikit kita nak kesana, eh jomlah kita gerak Hani pun dah datang"mak cik zahara mematikan perbualan dan serta merta aku masuk kedalam kereta dan memulakan perjalanan,aku memandu dihadapan dan mak cik zahara mengikut di belakang kerana dia tidak tahu jalan menuju ke Pahang.

Langit yang sebelum ini terang kita telah gelap menandakan hari sudah malam dan kami hanya berhenti di Segamat untuk solat maghrib dan mengisi minyak, hanya aku dan mak cik zahara sahaja bersolat dan Hani tidak kerana dia mengatakan yang dia datang bulan entah betul entah tidak lantaklah bukan masalah aku.kami meneruskan perjalan dalam keadaan penuh kerisauan dan bukan gembira seperti percutian keluarga tetapi gundah gulana meguasai diri."Syidah sayang,aku berjanji jika kau selamat aku akan masuk meminang dan aku berjanji akan menjaga kau selagi nyawa dikandung badan dan selagi kudratku ada,aku janji Nurasyidah binti zulkarnain" dan tanpa aku sedari air mataku sudah membasahi pipi,segala kenangan bersama Syidah bermain di minda seperti wayang MBO memainkan filem-filem mainsterm saat aku dan dia bercuti di pulau pangkor bersama rakan-rakannya,tidur di mcd bukit bintang serta nyanyian sebelum tidur yang menunjukkan kemanjaannya membuatkan aku ketawa dalam tangisan..

jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam, perjalanan yang megambil masa 6 jam dan berjaya membuatkan pinggangku terasa mahu tercabut dari sendi-sendinya,tapi itu aku tak peduli yang penting kini aku dihadapan hospital besar Kuantan Pahang dimana Syidah ada didalam.cepat-cepat aku mengajak mak cik Zahara masuk kedalam hospital itu,mak cik zahara yang kelihatan kepenatan kembali segar apabila aku  menegurnya yang masih berdiri tercegat seperti orang-orang di bendang.
mataku ligat mencari kuanter pertanyaan  dan apabila sampai ke kuanter pertanyaan aku memberitahu yang aku mencari Nurasyidah binti zulkarnain dan mengatakan yang aku hadir bersama ibunya
"ouh ni mangsa kemalangan bas petang tadi,mak cik,adik sila ikut saya, mangsa ni dalam wad icu harap bersabar dia sedang kritikal"jawab nurse yang menjaga kuanter pertanyaan itu lihat pada caranya seperti sudah bekerja selama 2 -3 tahun.kata-kata nurse itu membuatkan mak cik zahara hampir pitam Hani terus menangis dan aku tidak menangis tapi tak bermakna aku tak terkejut tapi perkara ini sudah kujangka sebuah kemalangan yang mengorbankan 20 nyawa dan selebihnya pasti cedera parah kalau cedera ringan mungkin itu superhuman tapi bukan tidak mustahil untuk tidak cedera,itu semua kerja Allah bukan?

Isnin, 12 November 2012

bangla,indon dan myammar.


assalamualaikum..

diskriminasi antara manusia selalu wujud di dalam masyarakat dan kita selalu lupa yang kita ni sama saja MANUSIA yang dihidupkan untuk menjadi khalifah di bumi Allah ni.

      okay kalau dah baca tajuk tu mesti korang akan faham ape yang  aku nak cakap nie mesti pasal pendatang asing kan? yeahh betul tu ..bila korang nampak bangla korang akan cakap "bapak busuk sial!" yeah bangla memang busuk  tapi busuk2 diorang tu busuk lagi kita yg hina dia cari rezeki dan korang patut tahu yang negara asal diorang tu agak mundur sebab tu diorang datang Malaysia nak cari rezeki dan korang patut tahu jugak bahwasanya dekat bangla tu diorang tanggung family diorang yang bergantung hidup pada diorang..(kiralh bpe banyak diorang aku cakap) tapi macam tak kena je ape yang aku cakap nie dari bangla busuk ke bangla cari rezeki...=='
cuba bila kita dah masuk alam pekerjaan mesti akan membabitkan pekerja warga asing yang memegang jawatan sebagai cleaner dan pegawal keselamatan.cuba tengok cara diorang kerja, suruh je ape benda nk buat semua dioorang buat tak macam kita orang tempatan kerja sikit mengeluh memanjang tak long lasting pun..haishhh
  sama-sama niat nak cari rezeki tapi diberi extrajob itulah malang warga asing yang bekerja di Malaysia kesian jugak aku tengok walaupun yang suruh buat extrajob tu aku eehhh tapi aku biasa bagi extra upah jugak untuk diorang tau..
  begitu jugak dengan myammar tapi myammar nie kepala batu sikit kadang-kadang nak belasah jugak..
hahaha
tapi kalau Indon aku agak baik hati sikit sebab aku pun ade keturunan dari sana jugak kira aku nie mix sebab tu aku pandai..:) kalau indon tu baik dengan aku aku layan dia mcm dia warga Malaysia xde diskriminasi..

cuba bayangkan jika kita di tempat mereka? Malaysia sebuah negara yang miskin dan kita terpaksa merempat ke Indonesia yang lebih maju untuk mencari rezeki..fikirkan sejenak kita juga akan digelar pendatang asing!! jadi bersyukurlah dengan nikmat yang ada nie tapi nie semua bukan aku suruh undi UMNO tau..

sebenarnya aku sendiri masih tertanya-tanya apakah motif entry aku kali ini mungkin kerana aku tidak bekerja hari ini dan mungkin juga disebabkan kebosanan.Okaylah aku rasa kita sudah cukup matang untuk membezakan Manusia dengan binatang jadi layanlah manusia disekeliling kita dengan baik tidak kira pondan,bojan,pelacur,artis,menteri,dato,bangla myammar mahupun nigeria..tapi biarlahh berpada-pada dan ikut waktu dan masa serta ketika..










Khamis, 4 Oktober 2012

merepek

kau dan aku ibarat isi dan kuku
setiap tangisan kau kesatkan
setiap gelak kau sahutkan
setiap senyuman kau maniskan
kau utara aku selatan

tiada jarak membunuh perhubungan
tiada masa mencemburui gerakkan
kau yang terhebat
memahat nama di batu bersurat jiwa
menyulam ukiran di kotak pemikiran

ku berharap nafas kita seiringan
menjadi irama dondang sayang
menari di lantai tarian kasih sayang
melangkah sehingga senyap irama
tak bersuara dunia

manusia sia

Rancang sepuluh ribu
tapi kosong yang berlaku
cakap berbuku-buku
tapi isi kering tak laku
cakap orang bodoh
tapi diri sendiri baca pun tak tahu

mimpi saja kau menang
juara di setiap perlumbaan
realiti kau kalah di belakang
makan habuk berulam tanah

kau tiada guna
kewujudan kau buang masa


HS

Isnin, 1 Oktober 2012

cerita pasal hari ibu yang aku curi dari blog orang.. sebab sedih..


Aku ada cerita tentang Hari Ibu. Ada sorang kawan aku nih, nama dia biarlah aku rahsiakan. Apa kata aku namakan dia Si A. Masa sekolah menengah tingkatan 4, si A yang bersekolah di asrama, nampak kawan dia yang diberi nama si B (dirahsiakan juga…ehehe) sedang membuat kad. Kad itu nampaknya sangat kreatif, penuh warna warni. Oleh kerana teruja melihatnya, si A bertanya kepada si B.

“Kau buat pe nih?”
Si B pula menjawab. “Ooh, aku buat kad. Nak bagi mak aku.”
Si A tanya lagi, “Mak kau? Besday dia ke?”
Tanpa menoleh ke arah si A, si B nih jawab, “Eh, taklah, esokkan Hari Ibu.”
Si A yang mencuri2 baca ayat di dalam kad itu pun mengangguk angguk paham. Tertera dalam kad tuh,

“Emak, selamat Hari Ibu, Along sayangggg sangat kat mak. Terima kasih sebab jaga Along selama nih, doakan kejayaan along.”

Entah kenapa, bila si A terbaca ayat tulus tuh, hati si A tersentuh.
Si B lihat si A sedang membaca kad yang ditulisnya, lalu si B bertanya pada si A. “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke? Aku ada banyak kertas warna warni. Nak ambik a,” sambil si B juihkan mulutnya ke arah kertas-kertas di sebelahnya.
Si A hanya geleng kepala. “Tak pelah. Thanks.”

Lalu, si A berlalu ke bilik prep yang lagi satu. Duduk di tempat belajarnya, dan meletakkan kedua-dua tangan ke atas buku, lalu kepalanya dijatuhkan. Si A tersentuh. Hatinya bagai ada seswatuh yang tak kena. Selama nih, tak pernah dia ambil kisah akan Hari Ibu. Tak pernah tahu pun akan tarikh itu. Tapi, bila ada seorang yang bertanya padanya, “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke?” Serasa dia mahu meminjam alat masa Doraemon untuk kembali pada 2 tahun yang lampau.

2 tahun yang lampau, walaupun emak si A masih sakit, tapi sekurang-kurangnya, emak si A mampu membaca kad yang dibuat oleh nya. Si A rasa sangat menyesal waktu tuh, sebab tak pernah ambil berat akan hal sekecik itu. Kalau si A buat kad tuh sekarang, pada siapa perlu diberi? Sampai ke tak kad tuh kalau dipos pada posmen? ... Yang pasti, si A bagitau aku, si A pasti sangat bahawa doa, dan Al-fatihah tetap sampai pada emaknya walaupun tanpa posmen, tanpa kad pada Hari Ibu. Tiap-tiap masa dan ketika, boleh sedekah Al-Fatihah. Cuma si A terkilan, tak pernah buat kad untuk si ibu.

Jadi, kesimpulan cerita si A nih, kalau kita masih ada emak dan ayah, tak kisahla hal kecik macam mana pun, tetap kena ambik berat. Walaupun cuma bagi kad, yang penting, hati tuh ikhlas. Setelah mendengar cerita si A, aku yakin dan pasti emak rakannya, si B, sejuk perut bila dapat kad si B.

Si A cerita lagi, keesokan harinya, hari Ahad, bila ada announcement panggil nama si B, “...perhatian kepada pelajar asrama bernama ....(dalam cerita nih, Si B)...sila datang ke pejabat pentadbiran asrama kerana ibu anda ingin berjumpa. Sekian.” Si A yang ketika itu sedang membaca majalah, dapat lihat Si B yang terkocoh-kocoh menyarung tudungnya, mencapai kad yang sudah bersampul dan sekeping coklat Cadbury. Hati si A tersentuh lagi. Sejam selepas itu, si A lihat si B naik ke dorm dengan membawa nasi ayam yang sangat sedap baunya. Nasi itu sangat banyak, malah cukup untuk disajikan kepada 22 ahli dorm itu. “Eh, korang. Marilah makan. Emak aku masak nih.” Terus berkerumun semua ahli dorm duduk mengelilingi nasi itu. “Air sirap pun ada nih.” Disuakan pula dua botol besar air berwarna merah.

...

Tutup cerita si A. Pendek kata, terus lah hargai jasa ibu dan ayah kita. Hilangnya tak berganti, patahnya tak tumbuh lagi. Selagi ada, terus lah ekspresikan kasih kita pada mak dan ayah kita. Jangan bila dah takde, baru sibuk nak menyesal. Tak payah tunggu hari Ibu atau Bapa, tak kisahla hari apa, jangan lupa doa ibu bapa. Yang sudah tiada, sentiasa sedekahkan Al-Fatihah....Sekian....tazkirah untuk hari ini...ehehe ;)

lawak 2


Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

lawak!!


Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

KENAPA BERZINA?


Assalamualaikum...
okay entry nie aku sudah lama tulis tetapi aku publish kat facebook..note facebook tapi sekarang aku dah jarang berfacebook tapi tadi tiba2 aku rasa nak belek2 balik facebok aku tu so jumpalah note2 yang aku karang dulu tu...banyak lah jugak.hahaha kelakar pun ada jugak..okay sila baca...


Bagaimana seseorang remaja itu boleh terlanjur? soalan yang sering bermain di fikiran aku.kenapa? ada dikalangan mereka yang faham tentang agama,mereka bukan tidak tahu tentang dosa pahala
tapi,mereka megikut kehendak nafsu.mereka kalah sebenarnya.aku telah buat  pemerhatian kepada kisah-kisah mereka.
ada diantara mereka yang bermula daripada cinta dan ada yang sekadar mempunyai ramai kawan lelaki.setelah itu mereka mulakan langkah jahanam mereka dengan memulakan aktiviti sosial.@ SO SIAL!
bukan tidak boleh berkawan tetapi binalah sempadan dalam pergaulan tembok yang tidak boleh dipecahkan.
Pengaruh kawan-kawan yang liar boleh mendorongkan seseorang gadis terlibat dalam hubungan seks haram di luar pernikahan, tegasnya terlibat dalam perzinaan yang terkutuk itu.

Bahan-bahan lucah dan filem-filem porno yang boleh diperolehi dengan mudah di pasaran dan juga di dalam internet boleh mendorongkan muda-mudi kita terlibat dalam perzinaan. Hari ini bahan-bahan biadab itu hanya terletak di hujung jari sahaja.

Pernah keluar iklan-iklan yang mendakwa perbuatan membiarkan diri mereka dikucup dan dicium oleh lelaki itu boleh menyebabkan anak-anak gadis kelihatan lebih cun, dan cantik berseri dan lebih seksi.
  kenapa berzina?? mungkin remaja sekarang telah terpengaruh dengan fahaman barat yang terpesong bahawa mereka tidak perlu lagi mempertahankan kesucian diri dan dara mereka sebagai seorang gadis hingga sampai ke malam pengantin yang dianggap telah jumud dan tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang.

Mungkin ada gadis yang berfikiran bahawa permainan seks adalah merupakan sebahagian ciri-ciri penting dalam setiap persahabatan, perkasihan, pertemuan, percintaan dan pertunangan, justeru itu mereka dengan kerelaan hati sendiri melibatkan diri dalam perzinaan.

Bertambah banyak dan mudahnya diperolehi alat-alat cegah mengandung menyebabkan bertambah ramainya gadis-gadis yang terlibat dalam perzinaan, justeru dengan itu bertambah ramailah anak-anak haram yang dilahirkan ke dunia.





aku mahu menekankan disini bahawa bukan satu pihak yang sepatutnya disalahkan,apa yang kita nampak perempuannya saja kenapa? mentaliti masyarakat yang suka menuding jari ini akan memburukkan lagi keadaan.
kenapa perempuan yang megandung saja dihantar ke pusat pemulihan?dimana pusat pemulihan bagi lelaki yang megeluarkan mani kepada wanita itu? sepatutnya kedua-duanya diberikan pemulihan maka dapatlah diseimbangkan...pastikan DNA lelaki itu..janganlah malu untuk berubah kerana di atas ada yang lbih besar untuk kita malu..
sedikit rangkap bagi memenuhi pegisian aku ini.kenapa perkataan "zina" tidak digunakan tetapi perkataan "terlanjur" yang lebih digahkan..sepatutnya perkatan zina itu yang perlu dinaikkan kerana lebih buruk pendengarnya..

Rabu, 15 Ogos 2012

puasa lh ehh dah raayyyaaa!!!

Assalamualaikum! what supp? okay aku memang dah lama gila tak update blog nie kan? bukan sekadar bersawang tapi binatang2 liar pun dah boleh buat habitat..okay aku tipu..masalah nie.. hehe aku tak tau apa yang aku nk tulis tapi aku tetap nk update sebab aku bosan so korang nk baca baca lh ea? tinggal bape hari lagi nak raya dan sinonim dgn raya adalah meminta maaf atau bahasa yang cantik sikit adalah memohon kemaafan.. sebenarnya konsep minta maaf pada pagi raya atau hari raya adalah konsep yg diolah oleh bangsa kita nie haa Melayu so berkurun lamanya dah jadi kebiasaan dan seakan akan wajib..sepatutnya minta maaf nie bila buat salah terus minta maaf betul tak? okay lah,tapi perkara nie pun suatu yg positif jadi aku pun ikut lh sekali tapi jangan lh buat mcm nie pulak

Eyka:wei minta maaf lh dah langgar aku smpai kaki aku patah nie!

Najwa letop:
tunggu raya nanti aku mintak maaf ea?

 haaa situasi nie sangat lh banggang lagi bodoh kan?? tak tau lh ade ke manusia yg mcm nie klau aku jumpa aku terajang dia msuk dlm longkang lepastu mintak maaf..hehehe

okaylah pasal maaf kemaafan nie korang pun dah pandaikan so aku tak nak merepek lagi banyak aku nak cakap pasal raya aku tahun nie pulak eehhh sebelum cerita pasal raya aku nak cerita pasal bulan puasa aku tahun nie.. tahun nie aku berpuasa di kuala lumpur rumah kakak aku  dan mungkin aku akan terus tinggal disana buat sementara waktu sebelum sambung belajar..(kalau permohonan aku diterima) mungkin aku akan berkerja disana juga..haaiiihh okay back to atas tu puasa kt sana sangat lh awesome bosan aku duduk rumah ,tgok tv,movie,dan petang pegi bazaar nk jalan2 hampeh kne tunggu abg aku rjin bru boleh jalan ..nie lh nasib org yg x reti drive kereta..haha sshhutttt*
tapi okaylah hasutan untuk tidak berpuasa tu kurang sikit bila duduk jauh dari kampung...
raya aku tahun nie aku rasa mcm best sbb sibling aku semua dapat balik...dah itu je...
cukup...

Okay nie ikhlas dari aku untuk semua kawan kawan aku..


Isnin, 18 Jun 2012

coffee..art of coffee


assalamualaikum
 yo what suupp????? memang..memang aku dah lama gila tak up date blog ni dan aku pun lama tak date dgn awek aku..serba sedikit perkembangan aku sekarang ni adalah aku dah dapat result STPM,boleh bla lh result aku tu kalau bernasib baik dapatlh universiti itu pun kalau orang yg nk ambik student baru tu ingat aku nie anak aurby suwito..
okeeyyy okayy
sekarang aku nak cerita pasal coffee..
BUKAN KOPI TAIK MUSANG OKAY!  walaupun kopi tu mahal tapi aku tak nak cerita pasal kopi tu dan kopi tu aku dengar dah diharamkan betul ke?? kopi tu dari indonesia tak silap aku...ehhh korang tau ke pasal kopi tu?? eehhh aku tak nak cerita pasal kopi tu..kopi tu mahal tau..

OKAY!~

STOP!~

FUUUUHHHH~~ --'


kenapa aku nak cerita pasal kopi? sebenarnya aku sekarang bekerja di sebuah rumah kopi ataupun coffee house yeahhh aku tak nak cerita pasal tempat kerja aku tapi aku nak cerita pasal apa kerja aku dekat tempat kerja aku  tu...kedudukan aku dalam rumah kopi tu adalah bartender ataupun crew bar ataupun pembancuh air..
HAHA
yeaahh 100% non alcohol brew..
banyak2 air yg aku suka buat adalah air cappuchino,latte dan espresso machiato..kenapa air itu kenapa bukan air coke ataupun sprite mahupun air masak ?? kenapa?? yeaahhhh itulah pertanyaan yang sering berlegar legar di kotak pemikiran para peminat setia aku yang menanti wajah ku di muka depan urtv dan surat khabar utusan walaupun memang tidak akan muncul di situ..hahak! sebenarnya jenis2 air yang aku nyatakan di atas tu kecuali air coke dan sprite serta air masak mempunyai nilai seni yg memerlukan masa untuk belajar...air2 tu memang asasnya kopi dgn susu tp cara tuangan yg berseni akan menjadikan sesuatu yg cantik sehinggakan ada custemer yg tak nak minum..haha
okay seni gilaa!




korang tengoklah gambar2 yg aku sediakan nie..
aku baru beberapa yg dah reti.












INI KOPI!






nie dari youtube

amacam ?? berminat??
tempat aku banyak kerja kosong nie perlukan pekerja..
haha
meh apply

Sabtu, 31 Mac 2012

SEJARAH APRIL FOOL

Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

***********************************************
p/s: namun ada juga yg mengatakan cerita diatas adalah palsu, tiada kesahihan dalam sejarah. Tolak sahaja April Fool kerana ia lagha dan tiada kena mengena dengan budaya Islam.

Isnin, 26 Mac 2012

ayam penyet

bismillah..hampir sebulan dah aku berada di KL. nak tau ape aku buat di sini? haa tgok gambar nie 


so korang dapat faham makna tersirat dalam gambar tu?
oke lambat!

aku sekarang menjual NASI KUKUS AYAM PENYET  di cafe DAUN di plaza Damas seri Hartamas
perniagaan nie abang aku punya kiteorang sewa stall je kt cafe nie sesiapa yang rasa nak mencuba merasa ayam penyet special recipe from our family datanglah comfirm tak menyesal *yakin gila.
waktu berniaga dari pukul 12 tengahari sehingga 11 malam
rasa2 tak tau nak makan apa makanlah ayam penyet

hahahaha
inilah kehidupan aku sekarang sebelum melangkah ke dunia baru.
tata

Sabtu, 3 Mac 2012

CURANG dari sudut pandangan manusia

bismillah.


 rajin x aku update blog? nampaknye aku semakin maju selangkah iaitu update 3 hari sekali ini pun sebab aku tak de keje kalau keje comfirm mmg x de masa nak update bagai nie..


 oke sekarang aku nak story lorry pasal |
|
|
\/






nie adelah penyataan yang dinyatakan oleh salah seorang dari jutaan peminat aku di laman facebook beliau
nama nya ialah Cik Hamizzah *tekan untuk ke blog beliau.


bagi lelaki yang hensem hensem macam aku Aaron Aziz pasti terasa hati kan?

oke lah bagi aku memang kenyataan semua manusia yang berpasangan mampu dan mempunyai potensi untuk curang tak kiralah cantik/x cantik atau hensem/x hensem mereka semua mampu untuk melakukan kecurangan..


dalam kehidupan berpasangan,apabila terjadinya kecurangan yang dilakukan oleh pasangan adalah satu penghinaan dan caci maki harus dilemparkan sebagai jalan penyelesaian..kalau korang ikut nasihat yang aku bagi nie memang bodoh tak membantu..

aku bukan nak cerita pasal jalan penyelesai tapi aku nak cerita macam mana perkara nie boleh berlaku
sebelum korang baca macam mana perkara nie boleh berlaku korang kena paham bahawa segala yang aku bagi nie adelah pandangan dari sisi sudut tengah aku sendiri tiada pengaruh dari rakan sebaya atau rakan sebelah rumah..


* Pasangan yang tidak sehaluan-perkara nie berlaku akibat dari ketidaksefahaman pasangan yang megamalkan sikap kutub utara dan kutub selatan masing-masing nak ikut kepala sendiri perkataan yang sesuai untuk mereka yang megamalakan sikap ini adelah kutub utara dan kutub selatan *dah cakap kan?


*tidak bercukur eehh bersyukur
maksud aku nie pasangan nie tak mensyukuri apa yang dyorang dapat tak kiralah kalau pasangan dyorang nie huduh ke bebal,atau bangang tahap ultraman sepatutnya dyorang kena bersyukur sebab itulah yang paling terbaik untuknya bukan Nora Danish...
sesungguhnya jodoh telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Allah maha megetahui apa yang terbaik super super terbaik untuk kita...


oke aku tak tau nak cakap ape lagi jadi aku dah putus idea sebab aku rasa sangat terganggu bila cerita pasal curang nie jadi korang kenalah pikir2 sendiri punca dan penyelesainya...

sebelum tu aku nak paste satu statment yang ade dalam comment status member aku tu.


 lelaki hensem percent nak curang tinggi
lelaki tak hensem percent nak curang sikit , sebab dia twice think kod sebab kalau dia curang sape lagi orang nak kat dia . ahakk ;p
same jee ngan gegurls ;p




dan aku punya statment

hahahaha...
hensem/cantik xhensem/xcantik CURANG TETAP CURANG!!
YEEAAHHH HIDUP CURANG

cara x???
hehehehe
ASSALAMUALAIKUM

Jumaat, 2 Mac 2012

budak budak shopping mall

bismillah..
 semasa aku menaip entry nie aku berada di Bpmall sape orang batu pahat mesti tau punya bpmall tu mende.
kalau orang bp *shortfoam bagi Batu Pahat tak tau hukuman buang daerah boleh dikenakan lebih teruk dari buang daerah ialah hukuman pancung sampai leher terkehel kot.


tapi kan kenapa aku nak cerita pasal bpmall sedangkan bpmall bukan bapak atau pak cik aku yang punya tapi apek-apek tua yang sedang megaut keuntungan di atas kebejatan moral masyarakat berbilang bangsa di Batu Pahat. cuba korang yang sedang lapar pergi ke bp mall pada hari sabtu aku jamin korang akan rasa mual dengan gelagat pasangan kekasih muda berpegangan tangan megikat janji berpadu kasih pembohongan dunia yang dirancang startegi oleh syaitan laknatullah.
amek kau aku dah bermadah!!


majoriti golongan yang aku tengok macam tu adalah kaum aku sendiri iaitu MELAYU dan minoritinya adalah bangsa lain spt cina,india, dan orang asli tapi tapi yang mengelikan hati aku budak2 yang baru tingkatan 1 dah pandai berdating yang lelaki pakai spec oakley yang perempuan aww pakai shawl pasmina dan hana tajima men peluk2 pingang konon caring gila dengan awek dia yang baru akil baligh..rasa geli hati aku bertukar menjadi rasa simpati pulak sebab kalau kecik2 da pandai buat macam tu kalau dah form 5 apa yang dia berani buat kn??
  satu pertanyaan mula menerpa otakku..SERAAMMM!


budak2 nie bila kita tengok nak tunjuk gempak jerit2 dlm mall cm warik (warik bermaksud beruk dalam bahasa banjar) tapi bila orang besar2 tegur,sound,cubit,lempang,terajang,pukul pasti air mata berlinang (orang2 besar dalam konteks ayat bermaksud orang yg lbih tua,tauke kedai,taiko kongsi gelap/terang dll..
walaupun mereka cerita pasal pekid*,mera*, 3 lin*, dan 360 (ehh tu cm tv3...)


nie aku amek skop yang kecil iaitu bpmall di kawasan aku belum lagi pavilion,jusco sekitar Malaysia,KB mall dan segala shopping2 mall yang ada di Malaysia nie.. aku rasa lebih kurang sama je kot dengan keadaan di tempat aku nie...
nak kongsi? meh sini..comment........
.

jadi adik adik,abang abang akak akak dan diri saya sendiri janganlah tunjukkan kebodohan dan keaiban diri anda sebab orang lain meluat bila melihat tingkah kita yang mungkin tidak layak dipanggil MANUSIA...

Rabu, 29 Februari 2012

kebaikan senyum dan ketawa *enjoy your life








B
ismillah,
 
     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

          Haaa....aku kembali lagi yoo what up * senyum manis gila * :D nampakkan kerajinan aku untuk menaip sekarang? tapi aku sekarang dah malas nak cerita megarut dan merapu aku nak buat benda yang bermafaat dan perkongsian je lh kot..oke kali nie aku nak cerita pasal senyuman dan ketawa. semua orang tau pasal senyuman itu adalah sedekah dan senyuman itu berjangkit betapa hebatnya kuasa senyum dengan senyum dapat tambah pahala korang kn kn?  selain itu, senyum jugak banyak mafaat kepada tubuh badan kita..nak tau nah!


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 
10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 


 12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 
13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 



14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.  




Ahad, 26 Februari 2012

aku sihat

bismillah,


korang tau kan aku memang dah lama lama lama gila tak update blog kan? ala korang bukan tau pun ntah2 tak tau pn yang blog aku nie wujud. ade jugak niat nak tutup terus blog nie tapi ntah hidayah apa yang membuatkan aku kembali nak menaip aku pun tak tau. lepas abis STPM  aku dah jarang berbloging *jarang? lebih dari jarang lh tahap jerang or jering pn boleh... 

ok...


sekarang kan aku dah selalu bersenam atau dalam bahasa saskrit guardingong...(jgn cye) dan aku sekarang sedang mencuba untuk quit smoking dan mulakan gaya hidup sihat.. yeaahhh 

ade lah beberapa gambar sebab pagi tadi aku jogging dengan member2 tapi biasa aku sorang jeee...
 aku pun dah tak tau nk bebel apa sebab nampak sangat cara aku nak berblogging dah tumpul otak stuck dengan bende lain selain blogging PENUH!!! haaa.. oke.. (knapa aku nk ckap oke je nie!!)

 tengok lh gambr2 kt bawah nie aku tak hensem pun...

membebel

berkuangkongkang

ntah

ntah

comel kn? along

tengok gambar lucah dalam metro

satu apa tu? tapi yang pasti bukan 1 Malaysia tapi 1 ABU  1 kawan..haha
>_<



harimaujan

dah habis kan? dah lh..
tata.. muaahh..!!

Sabtu, 25 Februari 2012

bercinta sebelum nikah..






sekarang nie ramai yg memperkatakann tentang cinta selepas kahwin tapi bape ketul je yg buat? semua orang cakap indah yaa cinta selepas kahwin itu memang indah tersangat indah sangat kurang risiko zina.ok sekarang kita lihat pula tetang CINTA SEBELUM NIKAH...aku ada beli buku solusi yg paling latest nie edisi yg ke 41 didalam majalah nie di ruangan remaja ada tajuk yang menarik perhatian aku iaitu cinta sebelum nikah yang ditulis oleh Fatimah Syarha seorang pensyarah dan di sini ada beberapa buah fikirnya aku nyatakan kalau nk tau lebih lanjut beli lah sendiri ea? ok back to title..Ada yg kata bercinta itu boleh ada yg kata tak boleh mana satu nie??  ada yg kata bercinta dengan niat ingin menikahi itu boleh betul ke? dlm pandangan masyarakat bercinta tu sbagai komitmen sepasang manusia untuk:


*berbalas sms dengan pasangan walaupun tiada tujuan.
*selalu bergayut di telifon walaupun tiada urusan
*selalu megatur dating walaupun bukan mahram
*berpegang tangan
*membonceng motosikalatau menaiki kereta berduaan tapi teksi bertigaan dan bila bas berpuluhan
*keluar menonton wayang cerita Ombak rindu berdua-duaan.
*pergi karaoke bersama.. (hobi aku tapi dengan member!)



bercinta memang fitrah manusia tapi boleh menjadi fitnah jika tak diuruskan dengan panduan WAHYU.hakikat masyarakat meguruskan cinta mereka secara umumnya lebih menghampiri fitnah.

Islam ialah agama yg memahami fitrah.Islam menolak sistem yg cuba menghapuskan fitrah cinta seperti rahib.Islam juga megutuk fitrah cinta yang disalurkan dengan menghampiri ZINA.ini yg selalu diajar oleh media! Islam lebih-lebih lagi megutuk fitrah cinta yg diumbar dgn nafsu syahwat seperti mana yg berlaku di barat.
Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Bercinta selepas bernikah sangat gila-gila seronok! usung ke hulu ke hilir tak de sapa nak marah..

   prof.Dr syeikh Yusuf al-Qaradawi menerangkan manhaj beliau
 "menjadi kewajipan atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yg dibawa oleh Muhammad s.a.w,para khulafa 'al rashidin serta para sahabat baginda yang memperoleh hidayah,yg telah diarahkan oleh baginda s.a.w agar megikut sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh jauh dari cara timur yang ketat dan cara barat yang terlalu bebas."


  dalam buku beliau yg bertajuk ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang BUKAN MAHRAM.


 *tidak bercampur dengan lelaki/perempuan asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan mendesak,kemaslahatan yang dibenarkan dan dengan kadar yang mencukupi.contohnya solat di masjid,menuntut ilmu,dan bantu membantu atas dasar kebajikan,kebaikandan ketakwaan......

*Wanita tidak dihalang daripada berkhidmat kepada masyarakatnya.di samping itu,wanita tersebut juga tidak boleh megabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

*merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian.(beliau memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak memandang terlalu lama.)

*berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan,tetapi tidak dalam yang meyukarkan,

*tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut,leher,tengkuk,kedua-dua belah lengan,dan betis kecuali kepada suaminya dan mahram sahaja.

*berhati-hati ketika megatur langkah dan pertuturan.

*menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang syawat.

*megelakkan diri dari berkhalwat.


Batasan pergaulan yang Islam gariskan tiada keburukan ia hanyalah kebaikan sahaja ia bukan sahaja memelihara kehormatan,bahkan turut melindungi rumah tangga yang dibina daripada punca-punca keruntuhan ,keretakkan dan kebimbangan..lebih jauh daripada itu  batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan... :D



P/S: Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum bernikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada dari segi perbuatan,percakapan, atau nawaitu.Apatah lagi apabila dilakukan cara kesunyian didalangi oleh hawa nafsu ditambah oleh godaan syaitan.. astaufirlahalzim

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...