"Yani" nama yang selalu diingati di pemikiranya selepas nama ibunya.yani ialah gadis yang ikram cintai sepenuh jiwanya.nama sebenar yani ialah “sazyani maisara."
“ abang mandi!!!" suara ibunya mematikan lamunan."yo,udah bangkit!"..ikram melangkah loglai menuju ke toilet..Selang beberapa minit dia keluar dari toilet dengan wajah yang segar..selepas selesai bersiap dan selesai solat subuh ikram terus menuju ke ibunya untuk megambil duit poket dan dia menuju ke motosikal kapcai nya..."chorrooppp chooppp vrooomm vrrooomm" bunyi enjin usang motornya...
Sampai saja di sekolah wajah mak guard yang berlagak begis dan gemok seperti gorila sudah menanti pelajar yang datang lewat..." matikan moto! tolak!" kata mak guard itu...
ikram pun menurut perintah sang gorila itu...
pada hari jumaat itu di sekolahnya megadakan sambutan maulidur rasul bagi pelajar Islam dan sambutan tahun baru cina bagi pelajar yang beragama buddha..
ikram pun menuju ke dewan tempat majlis maulidur rasul diadakan...matanya melilau mencari rakan rakan untuk duduk bersama.....
"zek!" ikram memanggil rakannya yang kebetulan lalu di sebelah.."mai ur duduk kat dalam.ilmu masuk lebih" katanya memujuk.."yok" jawab zek...
Setelah ikram dan zek masuk ke dalam dewan dia telah nampak gadis idamannya duduk tidak jauh dari tempatnya. ikram menghulurkan senyuman yang paling manis walaupun ikram jarang tersenyum...
Setelah beberapa jam berlalu dan ikram saling membalas senyuman kepada buah hatinya tibalah waktu jamuan yang dinanti nanti olehnya dan majoriti pelajar yang hadir ke majlis itu...
Pelajar tingkatan 7 ditugaskan untuk mengagihkan makanan kepada pelajar pelajar sekolah yang kelihatan sangat lapar dan menunjukkan muka rakus mereka...Setelah selesai mengagihkan makanan tibalah waktu untuk ikram dan rakan rakannya makan.ikram megambil dua dulang makanan untuk memuaskan nafsu makannya...tidak jauh dari tempat melantaknya,kelihatan yani bersama rakan rakannya makan dengan sopan santun seperti gadis magribi ke tujuh.
Hari berlalu seperti biasa,kambing kambing berlari mencari mangsa dan kicauan burung gagak memecah kesunyian tempat pembuangan sampah..(tiada kaitan)
lonceng 12 tengah hari pun sudah berdering menandakan waktu pulang..ikram berjalan bersama sama rakannya menuju ke tempat parkir motosikal dengan gelak ketawa.setelah sampai ke tempat parkir motosikal ikram terus menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke sekolah.
di atas motosikalnya ikram teringat yani lagi memang tidak sempurna harinya jika tidak mengigati yani.
setelah sampai di rumah,ikram terus baring di atas kerusi panjang.."kreng krengzreng" lagu anna molly nyanyian incubus berkumandang menandakan ada panggilan dari yani.(ikram dah set lagu khas untuk yani)..
"Assalamualaikum b" yani berkata.."waalaikumsalam huny" dan perbualan mereka berpanjangan sehingga 1 pm.. ikram perlu bangkit untuk menunaikan solat jumaat...
ikram sentiasa tersenyum bila mendengar suara kasih sayangnya.suara yani yang serak basah membuatkan dia tergiang-giang akan suara itu sentiasa.
Setelah pulang dari menunaikan solat jumaat ikram bersiap untuk pergi ke cc untuk meghabiskan masanya...
"ikram!!! kemas bilik kau! bersepah macam kandang **** !!!"ikram dimarahi oleh ibunya kerana tidak megemaskan biliknya..ibunya mula membebel berpanjangan.. setelah selesai megemas biliknya ala kadar dan terus meghilangkan diri menuju ke cc..
Sampai saja di cc ikram memilih computer yang paling hampir dengan kuanter kerana di kawasan itu kurang gangguan bunyi bising hasil daripada pemeluwapan game..ikram dengan pantas terus membuka laman sosial yang terkenal iaitu facebook....ikram terus menuju ke wall yani dan dia tengok dengan teliti dengan emosi yang kurang stabil dia CEMBURU.... ikram melihat terlalu banyak wall to wall yani dengan lelaki lelaki yang lebih vogue dari dia....ikram tanpa berfikir panjang meghantar mesej facebook kepada yani dengan megatakan "yani maisara, awak lebih selesa dengan orang lain dari saya kan?janji lepas ni saya takkan kacau awak lagi."Ikram sudah terlepas kata.dia telah telalu megikut emosi.habislah...
kini ikram telah meyesal atas perbuatannya.yani telah megatakan yang dia akan melaksanakan permintaan ikram.
Ikram termenung di jendela sambil menghembus asap rokok winston tanpa memikirkan kenikmatannya.di dalam kotak fikirannya hanyalah yani yang telah pergi meninggalkannya.Ikram masih tidak dapat berhenti daripada menghantar mesej kepada yani dengan megatakan bahawa dia masih cintakan yani."aku tau aku salah,aku buat semua ni sebab aku cintakan kau,aku jeles sebab aku tak mampu menahan perasaan aku bila aku tengok kau wall to wall dengan lelaki lain walaupun hanya berbicara tentang perkara biasa..Apa yang aku buat hanya untuk membuat kau gembira.. dengan meninggalkan aku maka aku akan berpura-pura dapat menerima walaupun kenyataannya aku sakit yani".Ikram menelaah kembali mesej-mesej itu walaupun tidak dibalas sepatah kata pun.
"IKRAM!"ibunya memanggil dengan nada yang agak tinggi sehingga ikram terjaga daripada lamunan yang memainkan yani sebagai watak utama dalam fikiran.jam telah menunjukkan pukul 9.35 p.m tetapi ikram masih belum menunaikan solat isyak.Dia melangkah loglai menuju ke bilik air untuk megambil wudhuk dan terus menuju ke bilik tanpa membalas sepatah pun bebelan ibunya.
Selepas menunaikan solat isyak ikram terus merebahkan badannya di atas tilam yang empuk dan secara tiba-tiba otaknya memainkan lagu micheal learn to rock yang berjudul that why you go away.Ikram semakin sebak walaupun yani telah meninggalkannya selama 1 bulan dan dia sudah beriktiar pelbagai cara untuk melupakan tetapi, ia hanya berjaya untuk tempoh 1 hingga 2 minit sahaja.Tiada kesempatan di dalam kotak pemikiran ikram untuk melupakan yani yang telah memperkenalkan istilah "cinta" ,"sayang" dan ambil berat terhadap gadis kepadanya.
Sebelum ini ikram tidak pernah memikirkan tentang soal cinta, yang ada hanyalah kepuasan jiwa dan megiisi zaman remajanya dengan pelbagai perkara selain cinta.Tetapi,selepas yani tiba-tiba muncul dalam hidupnya dia merasakan bahawa adakah ini perasaan mencintai?adakah ini yang digembar-gemburkan dan diagong-agongkan perasaan ini didalam karya-karya sastera Aminurasyid,william shakepeare dan beratus-ratus sasterawan dan novelis-novelis sehingga dihuraikan cinta itu boleh megubah dunia,mampu membuat seseorang itu berkhayal 24 jam sehari sehingga lupa dunia,cinta itu mampu membuat seseorang gembira sepanjang hayat dan cinta itu mampu membuat seseorang itu meyesal dan bersedih kerana cinta malahan mampu membunuh.
Ikram sudah megerti makna cinta,walaupun singkat perkenalan mereka tetapi ia amat bermakna dalam hidup Ikram.Yani telah membuka dan menunjukkan sifatnya yang sebenar dan satu perasaan baru yang tidak pernah dirasai olehnya iaitu perasaan cinta,cemburu dan takut kehilangan cinta.tetapi,akhirnya segala perancangannya hilang dan tidak tahu apakah ia akan muncul semula didalam hidupnya.....
Ikram membaca satu persatu antologi mesej-mesej yang dihantar kepada yani dengan penuh perasaan hiba.Dia memadam mesej-mesej itu dan berharap dia dapat megurangkan kesengsaraan meghadapi kehidupan tanpa Yani.Ikram juga memikirkan bagaimana jika tiada peganti yani didalam hidupnya kerana ikram tidak pandai megatakan cinta kepada wanita apatah lagi menegur wanita yang tidak dikenali.Ikram bukan seorang yang mampu meluahkan kata-kata cinta kepada wanita dan menerima dengan mudah seseorang didalam hidupnya tetapi,jika dia sudah dapat menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya dia sanggup melakukan apa saja untuk mengembirakan cinta hatinya malangnya ikram tidak berjaya,dia sudah terlalu sayang kepada yani sehingga mungkin yani terasa dikongkong
Yani dan ikram mempunyai cara kehidupan dan latar belakang keluarga yang berbeza cara pemikiran mereka selalu bercangah tiada yang sama tentang mereka dan membawa mereka kembali bersama. Walaupun yani pernah berkata kepada ikram bahawa dia belum dapat menjadi yang terbaik untuk ikram tetapi sebenarnya ikram yang tidak dapat menjadi yang terbaik dan membahagiakan yani.Ikram hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan..
Ikram berharap akan ada cinta yang tiba untuk mewarnai kehijauan jiwanya yang sentiasa berada dalam cahaya yang suram dan hitam putih.
ikram tidak dapat menahan kekuyuan matanya yang penat dan memaksa untuk lelap.Ikram berharap agar semua ini hanyalah sekadar mimpi dan bila dia terlelap biarlah mimpinya disulami dengan kehadiran kasih sayang seorang gadis yang bernama sazyani maisara....
Ikram kini telah berubah sikap dari seorang yang periang menjadi seorang yang pendiam..Segala apa yang berlaku di sekolahnya tidak dipedulikan.Aktiviti yang dianjurkan sekolah untuk tingkatan 7 dia abaikan.jiwa Ikram hanya dapat ditenangkan dengan asap rokok winston,surya dan manchester.tiada apa yang dapat membantunya dalam meneruskan
perjalanan yang mendatang."ikram,kau tak pergi camping minggu ni?"ikram diajukan soalan oleh aziz tentang perkhemahan yang akan diadakan pada hujung minggu di ulu bendul negeri sembilan.."aku rasa aku tak pergi kot.sebab aku ada benda lain yang nak dibuat." ikram menjawab sambil meghembuskan asap rokoknya dan 3 orang rakannya menunggu giliran untuk menghisap asap ketenangan itu."kenapa kau tak pergi?bosan banggang kalau kau tak de" aziz myampaikan hasratnya kepada kawan karib yang sudah berubah sikap itu."suka hati aku lah nak pergi ke tak nak..kau sapa nak halang aku?aku nak hisap rokok pun tak tenang."ikram membentak kata-kata aziz yang mungkin membuatkan ikram terasa."apa kau ni kram? sjak kau dah tak kawan dengan yani trus berubah.aku harap kau takkan buat perkara bodoh.please lupakan je dia sekarang kau patut teruskan hidup kau"Aziz memberikan nasihat di dalam bilik air yang busuk."Kau tak perlu azankan aku.siapa kau nak nasihatkan aku?nah rokok habiskan hilang selera aku"..ikram terus berlalu pergi dari kancah peghisapan rokok di bilik air itu.ikram sempat menjeling kepada pengawas gemuk yang asyik memerhati gerak-gerinya."nasib baik kau tak tanya apa kat aku,kalau kau tanya memang penumbuk sebagai jawapan."ikram bermonolog di dalam hati. Ketika ikram berjalan untuk menuju ke kelasnya dia berselisih dengan yani,berdegup jantung ikram seperti kenderaan perang yang menunggu giliran untuk dihantar ke medan pertempuran dan pegaliran darahnya menjadi laju dengan serta merta implikasi dari degupan jantungnya yang berdegup kencang.Ikram tidak memandang wajah yani kerana bila ikram terpandang wajah yani dia akan berasa serba salah dan perasaan sayangnya yang susah untuk hilang .Ikram pernah berjanji kepada yani yang dia akan mencintai yani sampai bila-bila,bukan sekadar berjanji malahan dia pernah bersumpah tidak akan hilang perasaan sayangnya kepada yani.kini ikram sendiri tidak dapat mengharugi perjalanannya.Yani sempat melemparkan senyuman kepada ikram dan terus berlalu dan ikram tidak sempat membalas senyuman yani."adakah senyuman itu bermakna?atau sekadar senyuman kosong yang sering diberi kepada berates orang yang megenalinya."
Ikram melajukan langkahnya.sampai saja di kelas dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang keras sambil fikirannya terus melayang berterbangan di perbatasan masa yang ditinggalkan dan yang bakal menjelma.Pelbagai perolahan cerita yang dikhayalkannya seperti wayang pacak menunggu patah menanti rebah.permainan cerita di kotak pemikirannya telah membuatkan ikram semakin jauh megelamun.
Tiba-tiba kata-kata Aziz bermain di fikirannya "aku harap kau tak buat perkara bodoh" ikram telah berfikir sesuatu yang kotor."yaaa....perkara bodoh! itu yang patut aku lakukan.daripada aku tersiksa lebih baik mati saja.tak perlu perjalanan yang meyakitkan biar tamat dari pegakhiran yang membosankan" ikram telah berfikir untuk menamatkan hidupnya.kerana hasutan syaitan dan kerunsingan yang selalu memuncak telah meyebabkan dia hilang akal pemikiran yang waras.
Bunuh diri adalah perbuatan menghentikan hidup sendiri yang dilakukan oleh individu itu sendiri atau atas permintaannya.
Betapa pun kebudayaan dan pola pmikiran ikram, memberikan berbagai alasan yang berbeza-beza tentang keinginan bunuh diri. Namun, tetap saja pada intinya adalah ikram sudah "putus-asa".ikram kini berada pada paras kritikal, dia sudah tidak dapat membuat pertimbangan yang baik tentang kehidupan. bagi dia segalanya sudah tamat dan apa yang ada di hadapannya hanyalah putus asa yang perlu ditamatkan dengan kematian.
loceng 1.50 p.m sudah berdering dan menandakan waktu tamat persekolahan tapi bagi ikram loceng itu bukan sahaja menandakan waktu tamat persekolahan malahan waktu tamatkan nyawanya. segala yang ada dalam pemikiran ikram sudah tiada lagi, hanya hasutan syaitan yang semakin memuncak dan fokusnya hanya kepada penamat hidup.
Ikram tanpa berfikir panjang terus berlari menuju ke kawasan yang membolehkan dia melakukan terjunan bebas tanpa payung keselamatan.Kelas ikram terletak di tingkat 4 dan di situ terdapat satu kawasan yang membolehkan dia berdiri untuk seketika yang jauh dari kaki lima sekolah bagi megelakkan dia dihalang oleh rakan-rakannya.Aziz telah terpandang perlakuan sahabatnya, dia sangat terkejut dengan tindakan ikram yang mahu membunuh diri.
"woi ikram!! kau dah gila ke? jangan buat macam tu tak masuk syurga kau tau!megucap kram! Allah
ada pada hambanya yang sedang bersedih,tapi kau kena dekatkan diri kau padaNya.."
aziz cuba menghalang perbuatan ikram itu,dia telah megarahkan pada labaikai untuk memanggil cikgu serta menalifon bomba,jpam,ambulan,polis dan usop welcha bagi membantu menghalang ikram meneruskan hasratnya untuk membunuh diri.
Ikram tidak berkata walau sepatah pun.dia hanya mendiamkan diri dan termenung di hujung bumbung.guru-guru berserta pelajar sudah memenuhi kawasan blok h di sekolah smkrprz..bomba dan polis sudah tiba hanya menanti usop welcha saja yang belum hadir. polis sudah bersiap sedia bagi meghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi.pihak bomba sudah bersedia untuk mendekati ikram. "abang bomba patut ke saya buat macam ni?saya rasa sudah tiada harapan dalam hidup saya."
ikram tiba-tiba megajukan soalan kepada bomba yang sedang mendekatinya. "adik,jangan buat macam tu,hidup adik jauh lagi.adik ada mak ?" ikram membalas "ada"
bomba itu mengunakan teknik pycologi kepada ikram.. "kalau macam tu apa perasaan mak adik kalau adik bunuh diri?"ikram mula berasa meyesal."tentulah sedih bodoh!" abang bomba menerima satu bodoh percuma. "dah tu turun lah.."
Ikram terus turun daripada tempat dia duduk itu..dan di tahan oleh bomba...ikram sebenarnya berbelah bagi hatinya untuk menamatkan hidupnya.ketika ikram turun dia telah dikeremuni oleh guru-guru dan pelajar.malangnya yani tidak kelihatan.ikram tidak mempedulikan segala cemuhan yang dilemparkan kepadanya dia megerti bahawa memang dia yang salah memillih jalan yang salah.Sekarang yang ada di fikirannya hanyalah wajah ibunya...dia akan memohon seribu kemaafan pada ibunya..ikram dibawa ke balai polis dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya....
semasa di hospital , dengan ala-ala hindustan , ibunya berlari mendapatkan ikram, terkejut ikram dibuatnya, 'siapa pula yang main psikik dengan mak aku ni ?bila pula mak aku datang? macam mana dia tahu aku kat sini ' ikram bermonolog, tapi sesaat kemudian dia tersedar, dan itu yang membuatkan dia insaf atas perkara yang terjadi semasa di sekolah tadi, dia menangis meminta keampunan kepada ibunya..Semasa ikram memeluk ibunya , dengan tidak semena-mena, ibunya menampar ikram sambil bekata 'kau ni dah gila ke haa ?? kau ingat yani tu mak kau ke?? sampai kau nak bunuh diri sebab tak terima kau??,terus terang ibunya membalas kat ikram, ikram berasa bodoh dengan tindakannya, tiada kata yang mampu terucap, yang lepas biarkan..kisah antara ikram dan yani sudah tiada, dia masih berusaha untuk melupakan yani , walaupun hanya untuk 5 minit sahaja tapi masih lebih 1-2 minit ,
Ikram terjelupuk dari katil didalam biliknya,walaupun tidak empuk, tapi mampu membuatkan ikram tertidur dengan nyenyak kerana letih memainkan aksi di sekolah, kemudian di hospital sekarang di rumah ,ikram terbaring sambil mendengar lagu selamat malam yang dinyanyikan oleh faizal tahir lagu kenangan, dalam sedar tak sedar , dia tertidur, dalam tidurnya dia bemimpi , melihat lembaga seorang wanita , yang bertudung litup ,membelakanginya, dia yakin itu adalah yani, kerana dia ternampak lembaga itu menoleh sebentar ke belakang memandangnya dan dia megecam muka yani wajah yang sentiasa menjadi permainan mindanya perasaannya pada yani masih ada ,tapi melihat dalam mimpinya lembaga yani itu melangkah pergi, pergi meninggalkan ikram yang sentiasa kesepian, tanpa belas kasihan walau sedikit pun yani melangkah pergi semakin jauh dari ikram , ikram menjadi lemah ,tidak berdaya untuk bangun,dia hendak menangis tetapi teringat apa yang ibunya kata semasa di hospital , iaitu ketika di dunia nyata dia mahu melupakan yani , kerana yani hanyalah kisah lamanya sahaja , tiada untung jika difikirkan , walaupun sudah memecahkan ruyung tapi sagunya dicuri oleh semut,dari situ dia mendapat semangat kembali untuk bangun ,kemudian berpaling dari yani dan melangkah pergi,tanpa ikram sedari ,yani berhenti seketika untuk memandang ikram sekali lagi , umpama mengharap ikram pergi mendapatkan yani ,ikram berfikir, buat apa menaruh kicap pada nasi kalau kuahnya suda ada ,tak semena mena ada juram di hadapan ikram dia terjatuh , kerana melangkah dengan kaki kiri diikuti ego lelaki tambahan pula dia sudah dapat semangat baru, iaitu meneruskan kehidupan barunya ,tanpa yani , ya , tanpa yani , azam baru ikram ,
GEDEBUKKK!!!!!
sEdap bunyinya , seperti nangka busuk yang jatuh meyembah bumi, fikir ikram setelah terjatoh dan tesedar.. menatap di seluruh biliknya , di luar jendela yang berlangsirkan kain dari jenis siffon,ikram besyukur kerana ada pegajaran dari perkara baru yang dia dapat , nasib baik tiada orang didalam bliknya,kalau tidak,segan tahap kambing , tetapi dia berasa takjub kerana masihl boleh bermain dengan fikiran dia sebelum terjatuh dan di hantar ke dunia nyatanya kembali ,dalam syok nak fikir ketakjubnya , ikram berasa pelik kerana di lihat pada luar tingkapnya, kenapa nampak macam sudah pagi ?? apabila melihat pada jam bukan locengnya , sudah hampir waktu maghrib, balik dari hospital tadi sudah asar, tanpa befikir panjang ,ikram terus mandi , mensucikan badannya daripada kekotoran..
kehidupan ikram kembali normal tanpa kehadiran yani lagi ,walaupun tidak senormal ketika dia bersama yani , tapi sekurang-kurangnya dia sudah tenang ,di sekolah dia hanya buat tak kenal saja dengan yani , kerana azam dan semangat barunya itu ,dia menjadi kuat..
kini ikram sudah biasa dengan kehidupan barunya..walaupun ada ketika dia teringat kepada kisah lamanya dia menganggap hanya lintasan permainan minda....HIDUP IKRAM!!!
Jam casio data bank milik ikram Sudah menunjukkan pukul 3.14 pagi iatu saat majoriti manusia sedang lena diulit mimpi indah dan berkhayal dengan impian masing-masing.Ikram duduk menghadap lap topnya dan jari jemarinya rancak menari di papan kekunci megikut rentak alunan minda yang inginkan sebuah cerita tentang kehidupan remajanya.walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa hari lagi ikram seperti tidak menujukkan wajah gusarnya kerana bagi ikram jika sampai masa kertas soalan berada di depan mata masa itulah dia perlu gusar untuk menjawab.
Mata ikram tidak menunjukkan reaksi megantuk kerana otak ikram sedang memainkan video-video ulang tayang kehidupannya bersama yani sewaktu bunga-bunga kebahagiaan sedang mula mekar di hati ikram..peristiwa-peristiwa manis yang dialami seperti baru semalam kejadian itu berlaku.
peristiwa dimana yani ingin membeli cold blog pada petang khamis sangat mencuit hati ikram sehingga menyebabkan ikram tertawa kecil keseorang..ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan yani menghantar mesej kepada ikram untuk pergi ke rumahnya dengan kadar segera..ikram mula cemas kerana cara yani menunjukkan seperti dia dalam keadaan cemas.sepantas motorsikal ikram sudah berada di belakang rumah yani.
“sayang beli cold blog jom” yani berkata selepas ikram sampai di muka pintu dapur yani.ikram terdiam dan terus ketawa.. “ha? Hahaha…jom helmet ada? “ kerana mahu bergegas ikram lupa untuk memakai helmet yang menjadi pelindung kepala agar otak tidak terjejas jika berlaku kemalangan..
“tak payah pkai lah..carefour ja kn? “ yani merungut dengan manja..
“kepala hotak awak.. xde2 pergi rumah kawan awak lh..pinjam dia orang..”
yani terus melompat menaiki motorsikal ex5 milik rakan ikram untuk menuju ke rumah rakan yani untuk meminjam helmet..
Di dalam perjalanan menuju ke carefour mereka asyik tertawa dengan penuh gembira..
sampai sahaja di carefour ikram mematikan enjin motosikalnya dan ikram membuka helmet tetapi yani enggan..” awak tak payah lh bukak helmet kejap je kan?” sambil membuat muka manjanya..
“jangan meghada-ghada,bukak..” ikram terus menarik helmet yani agar dia membuka helmetnya..
“yew lah!! Sya buka”
mereka menuju ke gerai cold blog yang berhadapan dengan pintu masuk utama carefour Batu Pahat.. pada mulanya ikram tidak mahu membeli tetapi terliur pula dia melihat menu-menu ice blended yang ada di gerai itu..
Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 malam sudah lewat..
ikram tertawa bila terkenang kembali peristiwa yang mencuit hati ketika dia dan yani sudah mendekati kawasan perumahan yani..
“awak! Kereta kancil belakang nie macam kereta abang saya. Cepat-cepat!! uhh mampos lh nie”
jantung ikram mula berdegup kencang pabila yani megatakan sebegitu..
ikram menambah kelajuan motornya dan terus membelok dengan laju sehingga hamper terbabas ke semak..
sampai di kawasan rumah yani ikram terus memberhentikan yani dan tanpa disedari dia telah memberhentikan yani di belakang rumah india jiran yani bukan di belakang rumah yani..
ikram terus keluar dari kawasan itu dan melihat bahawa kereta kancil itu bukan abangnya..ikram terus ketawa..sehingga burger yang sepatutnya dia beli untuk kawannya dia lupa..
sampai sahaja di rumah ikram melihat sesuatu di dalam bakulnya iaitu cermin mata yani..
“memang tak Nampak lah sayang aku malam nie”ikram membebel seorang diri..
Ikram tersentak apabila suara pak ciknya kedegaran..
“aik?? Memigau rupanya.”
astaufirlahalazim,aku belum lagi solat isyak dah pukul 4 pagi nie…yani yani kau betul-betul mencuri hati aku sehingga kau sudah berpunya pun aku masih mengharapkan kau…”
suara ikram semakin tengelam megikut rentak kesunyian hening pagi..ikram megambil wudhuk dan terus solat isyak di hujung waktu..selesai solat ikram berdoa..
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Mata ikram tidak menunjukkan reaksi megantuk kerana otak ikram sedang memainkan video-video ulang tayang kehidupannya bersama yani sewaktu bunga-bunga kebahagiaan sedang mula mekar di hati ikram..peristiwa-peristiwa manis yang dialami seperti baru semalam kejadian itu berlaku.
peristiwa dimana yani ingin membeli cold blog pada petang khamis sangat mencuit hati ikram sehingga menyebabkan ikram tertawa kecil keseorang..ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan yani menghantar mesej kepada ikram untuk pergi ke rumahnya dengan kadar segera..ikram mula cemas kerana cara yani menunjukkan seperti dia dalam keadaan cemas.sepantas motorsikal ikram sudah berada di belakang rumah yani.
“sayang beli cold blog jom” yani berkata selepas ikram sampai di muka pintu dapur yani.ikram terdiam dan terus ketawa.. “ha? Hahaha…jom helmet ada? “ kerana mahu bergegas ikram lupa untuk memakai helmet yang menjadi pelindung kepala agar otak tidak terjejas jika berlaku kemalangan..
“tak payah pkai lah..carefour ja kn? “ yani merungut dengan manja..
“kepala hotak awak.. xde2 pergi rumah kawan awak lh..pinjam dia orang..”
yani terus melompat menaiki motorsikal ex5 milik rakan ikram untuk menuju ke rumah rakan yani untuk meminjam helmet..
Di dalam perjalanan menuju ke carefour mereka asyik tertawa dengan penuh gembira..
sampai sahaja di carefour ikram mematikan enjin motosikalnya dan ikram membuka helmet tetapi yani enggan..” awak tak payah lh bukak helmet kejap je kan?” sambil membuat muka manjanya..
“jangan meghada-ghada,bukak..” ikram terus menarik helmet yani agar dia membuka helmetnya..
“yew lah!! Sya buka”
mereka menuju ke gerai cold blog yang berhadapan dengan pintu masuk utama carefour Batu Pahat.. pada mulanya ikram tidak mahu membeli tetapi terliur pula dia melihat menu-menu ice blended yang ada di gerai itu..
Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 malam sudah lewat..
ikram tertawa bila terkenang kembali peristiwa yang mencuit hati ketika dia dan yani sudah mendekati kawasan perumahan yani..
“awak! Kereta kancil belakang nie macam kereta abang saya. Cepat-cepat!! uhh mampos lh nie”
jantung ikram mula berdegup kencang pabila yani megatakan sebegitu..
ikram menambah kelajuan motornya dan terus membelok dengan laju sehingga hamper terbabas ke semak..
sampai di kawasan rumah yani ikram terus memberhentikan yani dan tanpa disedari dia telah memberhentikan yani di belakang rumah india jiran yani bukan di belakang rumah yani..
ikram terus keluar dari kawasan itu dan melihat bahawa kereta kancil itu bukan abangnya..ikram terus ketawa..sehingga burger yang sepatutnya dia beli untuk kawannya dia lupa..
sampai sahaja di rumah ikram melihat sesuatu di dalam bakulnya iaitu cermin mata yani..
“memang tak Nampak lah sayang aku malam nie”ikram membebel seorang diri..
Ikram tersentak apabila suara pak ciknya kedegaran..
“aik?? Memigau rupanya.”
astaufirlahalazim,aku belum lagi solat isyak dah pukul 4 pagi nie…yani yani kau betul-betul mencuri hati aku sehingga kau sudah berpunya pun aku masih mengharapkan kau…”
suara ikram semakin tengelam megikut rentak kesunyian hening pagi..ikram megambil wudhuk dan terus solat isyak di hujung waktu..selesai solat ikram berdoa..
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
Selesai berdoa ikram terus merebahkan badannya dan mengharapkan mimpi yang indah agar segala luka yang dirasai hilang buat sementara…..