korang tengok blog aku nie dah x mcam blog aku yang lame kn? blog kentut berdarah..hahaha...malas pulak aku nak teruskan legasi blog aku dengan nama kentut berdarah walaupun aku memang suka kentut..it normal everybody fart ok.. kali nie aku nak cerita pasal solat jemaah pulok...kongsi kongsi meyy....x salah kan kan???
ok antara hadis hadis yang membuat aku tertarik untuk megopi nya ialah...
Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit." - Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban.
Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." - Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.
Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Tirmizi.
Abdullah bin Umar RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian."
ok(ok lagi) sekarang kita tengok pula kedudukan saf antara lelaki perempuan dan juga khunza(sumber gambar dari syahirul.com)
dua orang makmum lelaki berada di kiri kanan imam
seorang makmum lelaki di sblah knan imam dan seorang
makmum perempuan di belakang makmum lelaki
seorang makmum dan seorang imam
seorang makmum lelaki di sblah imam dan seorang khunsa di belakang imam
manakala seorang makmum perempuan di belakang makmum khunsa
dua orang makmum lelaki brada di belakang imam kiri dan kanan
manakala seorang makmum perempuan di belakang makmum lelaki
makmum lelaki di belakang imam
makmum kanak2 lelaki di belakang makmum lelaki dewasa
khunsa di blakang makmum kanak2 lelaki
dan perempuan di blakang makmum khunsa manakala kanak2 perempuan
di belakang makmum perempuan dewasa
seorang makmum wanita berada di belakang
imam
keterangan tentang kepentingan menjaga saf ketika solat berjemaah pula:
(Hadith Riwayat Muslim)
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
1. Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadith berikut:
2. Meluruskan telapak kaki dengan telapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
3. Menutup celahan di antara saf
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
4. Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang betul.
Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata,
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
Merapat dan meluruskan saf kelihatan seolah-olah perkara kecil dan remeh walhal ia merupakan suruhan Rasulullah. Kita tanyakan kepada diri kita, perkara yang sekecil ini kita remehkan bagaimana pula perkara yang lebih besar. Adakah ini tandanya kita menyintai kekasih Allah yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w?
Rasulullah bersabda:
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya”. ( Surah Al Hasyr: ayat 7)
Anas berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.
Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:
Carilah ilmu tentang Al Quran dan hadith yang sahih dan jangan menjadi orang yang mengikut-ngikut perbuatan orang lain kerana kita hanya akan selamat dunia dan akhirat dengan berpegang teguh pada keduanya. Tanda kita menyintai Rasulullah ialah mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangannya. Cara ibadah, muamalat dan sebagainya dalam kehidupan sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah hanya dapat diketahui melalui Al Quran dan hadith yang sahih. Tinggalkanlah segala bentuk larangan Rasulullah walaupun masyarakat banyak melakukannya kerana jaminan ke syurga idaman adalah mengikut ajaran yang dibawakan Rasul yang mulia.seringkali kita berangapan bahawa perkara-perkara yang kecil itu tidak penting kerana kita tidak berani untuk mndalaminya tetapi jangan dilupa perkara yang kecil itu memberi impak kepada perkara yang besar...
Waulahua’lam.
P/s: walaupun kita tidak dapat menjadi sempurna tetapi biarlah sempurna perkara yang kita lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan