Isnin, 31 Oktober 2011

TUTORIAL UNTUK MEMIKAT KEKASIH LAMA


amacam tajuk entry aku? TUTORIAL UNTUK MEMIKAT KEKASIH LAMA...
pertama sekali aku nak cakap bukan senang nk pikat blek kekasih lama kau tu dan mungkin diaorang ada sebab kenapa dia tinggalkan kau-kau dan kau yang tengah syok baca entry nie kau sekali x payah buat muka taik..
hahaha.. antara sebab kenapa kau ditinggalkan mungkin kerana:

1. Dia merasa tidak selesa dengan kau, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan kau.
2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (kau kalah di sini).

so? kau nak lagi kat dia?
kalau tak nk aku suggest lagu pesanan buat kekasih nie tuk kau... hahaha...

Sebenarnya aku pun pernah rasa..(tembak kena diri sendiri)

tapi aku nak cerita untuk kau yang nakkan dia kembali meh meh aku ajar tapi kalau tak jadi baik kau cari orang lain yang boleh ubati luka kat hati tu..Banyak lagi kat luar. dia orang ada sekeliling kau. kau tidak sedar kerana kau telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?


aku pun dah bebel jauh sangat nie... oke start start...

1)musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik kat telinga dan tergiang-giang kat dalam otak kau dulu. Kata-kata negatif yang boleh melemahkan semangat kau. Kata-kata rakan kau, kata-kata mak cik pakcik atuk nenek dan seluruh keluarga kau boleh melenyapkan impian kau untuk bersama dengan kekasih tercinta kau.bukan apa,diaorang cakap ada sebab..kau tau? sebab nak bagi kau semangat untuk terus hidup.
kau tau, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, kau pasti akan dapatkan kembali kekasih kau.  pasang niat.berdoa. gunakan prinsip tarikan.gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri kau.
Percayalah, kau boleh mendapatkan kembali kekasih kau. Tekadkan di hati kau. Tanamkan di jiwa bahawa PASTI kau mendapatkan dia kembali. Itu yang kau perlukan sekarang, tidak kira kau baru putus atau sudah berabad lamanya. kau kena PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.

Fikir dan bertindak
Tanyakan dulu macam mana kehidupan dia sekarang.. Adakah dia lebih bahagia bila kehilangan kau ataupun dah punya kekasih hati yang lain.. Jika kedua2 jawapan dia “tak” boleh la kau teruskan tindakan selanjutnya… Jika dua2 jawapan dia “ya”, kau tumbuk muka dia then blah!!

Jangan Menagih Simpati

Rileks.. Jangan gelabah.. Nanti dia ingat ko nie ngade2 n gediks pulak.. Buat seperti biasa.. Jangan terlalu tunjukkan kesian kat dia.. Dan jangan sesekali merayu kat dia.. Bila kau buat macam tu nanti dia ingat yang kau nie betul2 bersalah.. Biarlah dia pon ada fikir yang kesalahan dia pon wujud..

Ambil Perhatian

Tunjukkan yang kau sayangkan dia.. Ambil kisah dengan apa yang dia lakukan.. Tapi biarlah bersempadan.. Jangan lebih2 pulak.. Nanti dia ingat kau nie penyibuk pulak.. Makin jelik la dia ngan kau.. Nanti tak pasal2 kau kena maki pulak..

Adakan Temujanji

Ajak la dia keluar kemana2.. Pergi makan ke, tengok wayang ke.. Dan yang penting, tempat perjumpaan kau tu mestilah tempat yang selalu kau dan dia berdating.. Biar dia ingat kembali kisah lama..

Biarkan Dia Rindu

Macam mana? Aduii!! Fikirla yang kreatif sikit.. Lakukan perkara yang akan membuatkan dia rindu kembali kat kau.. Perkara yang akan buat dia sentiasa ingat kat kau… Jangan lebih2 dah la.. Ha.. Fikir kotor la tu..

Panggilan dan Pesanan Mesej Ringkas

Buat la panggilan pada dia.. Jangan la kedekut sangat dengan kredit tu.. Korban la sikit.. Kalau agak2 dah tak larat bercakap, hantar la SMS.. Kalau tak berbalas tak mengapa.. Itu dah menunjukkan kau masih belum lupakan dia lagi..

Bangkitkan Memori


Bila dah buat semua nie, kau ceritakan lah pulak cerita2 lama yang romantik.. Bagaimana kau atau dia mengorat sesama sendiri.. Peristiwa kau beli cold blog dgn dia or kau makan pizza sampai servis caj rm 20.00.. Ataupon peristiwa ditangkap basah.. Oppss!! Yang pasti, semua cerita kau tu akan mengenangkan kembali kemanisan saat kau bercinta dengan dia..

Berikan Janji


Berjanjilah kat dia yang kau tak akan lakukan lagi.. Kau menyesal jika kau yang buat salah.. Katakan pada dia yang kau betul2 sayangkan dia.. Taburkan semua janji kau pada dia.. Tapi!! Biarlah kau kotakan.. Jangan cakap jer derr..

Ambil Masa


Jika dia masih lagi tak de perasaan… Takper.. Ambil masa.. Bukan mudah mengubat luka yang dalam.. Bukan senang juga nak menyatukan kembali ikatan yang putus.. Berfikiran positif sikit.. Kau boleh lagi berkawan dengan si dia.. Jangan la biarkan ia putus..


pesanan penaja:
kalau kau tak berjaya dan dia tak nak lagi kat kau jangan bersedih,dan jangan sampai nak bunuh diri..errkkk...kau kena tunjukkan kau boleh hidup tanpa dia walaupun sebenarnya amat sukar untuk kau tempuh..back to Islam.. jangan lupa....
Allah ada dengan hambanya yang sedang kecewa tapi kau kena ingat kt Dia dulu..

Sabtu, 29 Oktober 2011

ayatul kursi


Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
 ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. 

Jumaat, 28 Oktober 2011

apsal aku malas gila nk buat homework nie?? mak suruh buat aku tinggalkan net book masuk bilik bukak lap top lak....adoii..luar pkai brodband dalam bilik pakai wifi.. = ='

Khamis, 27 Oktober 2011

cerita yang sedih..(aku copy)


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu jew. Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuahmotorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .




Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun
tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah
dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua
manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan
...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....
"sebabnya .........saya.. saya....
saya...."
*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.
Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa macam nk tumbuk je orang yg mula2 forward kt gua
forward kat gua


P/S :
Amacam rasa..... Takkan gua nak jadi korban sorang2 je kan

Rabu, 26 Oktober 2011

ikram 5

Jam casio data bank milik ikram Sudah menunjukkan  pukul 3.14 pagi iatu saat majoriti manusia sedang lena diulit mimpi indah dan berkhayal dengan impian masing-masing.Ikram duduk menghadap lap topnya dan jari jemarinya rancak menari di papan kekunci megikut rentak alunan minda yang inginkan sebuah cerita tentang kehidupan remajanya.walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa hari lagi ikram  seperti tidak menujukkan wajah gusarnya kerana bagi ikram jika sampai masa kertas soalan berada di depan mata masa itulah dia perlu gusar untuk menjawab.
Mata ikram tidak menunjukkan reaksi megantuk kerana otak ikram sedang memainkan video-video ulang tayang kehidupannya bersama yani sewaktu bunga-bunga kebahagiaan sedang mula mekar di hati ikram..peristiwa-peristiwa manis yang dialami seperti baru semalam  kejadian itu berlaku.
peristiwa dimana yani ingin membeli cold blog pada petang khamis sangat mencuit hati ikram sehingga menyebabkan ikram tertawa kecil keseorang..ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dan yani menghantar mesej kepada ikram untuk pergi ke rumahnya dengan kadar segera..ikram mula cemas kerana cara yani menunjukkan seperti dia dalam keadaan cemas.sepantas motorsikal ikram sudah berada di belakang rumah yani.
“sayang beli cold blog jom”  yani berkata selepas ikram sampai di muka pintu  dapur yani.ikram terdiam dan terus ketawa.. “ha? Hahaha…jom helmet ada? “ kerana mahu bergegas ikram lupa untuk memakai helmet yang menjadi pelindung kepala agar otak tidak terjejas jika berlaku kemalangan..
“tak payah pkai lah..carefour ja kn? “  yani merungut dengan manja..
“kepala hotak awak.. xde2 pergi rumah kawan awak lh..pinjam dia orang..”
yani terus melompat menaiki motorsikal ex5 milik rakan ikram untuk menuju ke rumah rakan yani untuk meminjam helmet..
Di dalam perjalanan menuju ke carefour mereka asyik tertawa dengan penuh gembira..
sampai sahaja di carefour ikram mematikan enjin motosikalnya dan ikram membuka helmet tetapi yani enggan..” awak tak payah lh bukak helmet kejap je kan?” sambil membuat muka manjanya..
“jangan meghada-ghada,bukak..” ikram terus menarik helmet yani agar dia membuka helmetnya..
“yew lah!! Sya buka”

mereka menuju ke gerai cold blog yang berhadapan dengan pintu masuk utama carefour Batu Pahat.. pada mulanya ikram tidak mahu membeli tetapi terliur pula dia melihat menu-menu ice blended yang ada di gerai itu..
Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 malam sudah lewat..
ikram tertawa bila terkenang kembali peristiwa yang mencuit hati ketika dia dan yani sudah mendekati kawasan perumahan yani..
“awak! Kereta kancil belakang nie macam kereta abang saya. Cepat-cepat!!  uhh mampos lh nie”
jantung ikram mula berdegup kencang pabila yani megatakan sebegitu..

ikram menambah kelajuan motornya dan terus membelok dengan laju sehingga hamper terbabas ke semak..
sampai di kawasan rumah yani ikram terus memberhentikan yani dan tanpa disedari dia telah memberhentikan yani di belakang rumah india jiran yani bukan di belakang rumah yani..
ikram terus keluar dari kawasan itu dan melihat bahawa kereta kancil itu bukan abangnya..ikram terus ketawa..sehingga burger yang sepatutnya dia beli untuk kawannya dia lupa..
sampai sahaja di rumah ikram melihat sesuatu di dalam bakulnya iaitu cermin mata yani..
“memang tak Nampak lah sayang aku malam nie”ikram membebel seorang diri..
Ikram tersentak apabila suara pak ciknya kedegaran..
“aik?? Memigau rupanya.”
astaufirlahalazim,aku belum lagi solat isyak dah pukul 4 pagi nie…yani yani kau betul-betul mencuri hati aku sehingga kau sudah berpunya pun aku masih mengharapkan kau…”
suara ikram semakin tengelam megikut rentak kesunyian hening pagi..ikram megambil wudhuk dan terus solat isyak di hujung waktu..selesai solat ikram berdoa..
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
Selesai berdoa ikram terus merebahkan badannya dan mengharapkan mimpi yang indah agar segala luka yang dirasai hilang buat sementara…..

Selasa, 25 Oktober 2011

aku tegar dengan blog nie...

ni adalah blog blogger yang aku akan bukak setiap hari...kalau ada entry baru aku akan baca.. antara faktor yang menyebabkan aku buka blog dy orng adalah kerana:

1) teknik penulisan yang menarik 
2)blogger yang cute
3)ada lagu yang best
4)kawan aku
5)x berat untuk loading
6) sebab aku suka

tempat pertama
zone syuhadah dia nie 1st mmber blogger aku...memang best kawan dengan dia...entry dia kadang2 sedih bila aku baca.. yeeaahhh....
tempat kedua
orang tua UNGU ...ungu say so... pelek...kadang2 bnyk entry yg gila2 dan ada jugak yang berunsur keagamaan...akak ungu aku pnggil..x rugi kalau follow..
tempat ketiga
amirah karim ....yg nie aku tak nafikan dia comel..hahaha... ada cerpen kt blog dy nie...sangat best...kalah cerita ikram aku..hahaha...menyentuh hati...lagi satu blog nie juga aku akan bukak time nk buat entry sebab lagu dia pn aku dah hafal..

tempat ke empat
Aiman sengeh ...budak nie...apa aku nk cakap ek?? dia nie mmbr aku..haha...entry dia msti akan ditamatkan dengan "ILOVEYOUMR'S Y...ROMANTIK KONON..

Ahad, 23 Oktober 2011

pembentangann kolokium negeri Johor..kami juara

PASUKAN PEMBENTANG
dari kanan cikgu pajariah,ieka,cikgu Sabariah,cikgu Zaini,Rizuan,dan aku Hafizul.

kali nie entry aku berkisar tentang pembentangan kolokium peringkat negeri Johor yang diadakan selama tiga hari di JPNJ (jabatan pelajaran negeri johor)..Alhamdullilah segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar tanpa ada insiden tidak diingini berlaku..(mcm ak yg wt program tu)
oke2 terus kepada topik utama..pasukan aku telah dapat memenangi plat pendeta iaitu plat juara..huhu rezeki anak2..nie pn berkat mak,bapak kami dan juga guru2 dan tak lupa kepada pembaca blog aku yang telah membaca doa yang aku tulis(scroll bwah skit)

hasil usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang berlipat kali ganda..


bersama cikgu2 yang banyak mendorong aku dan teman  mencapai kejayaan dalam
pertandingan ini..

senyuman kepuasan

bersama sahabat karib tercinta syahmizufaraiman...
(pnjng x nma dy?)

jejaka yang tidak asing lagi di plenet bumi

Alhamdullilah segala puji bagi Allah S.W.T pencipta segala isi dunia yang telah memberikan rezeki kepada kami dan puji-pujian kepada kekasihnya Rasullulah S.A.W ...Tidak lupa juga pada guru2 (pensyarah) tingkatan 6 SMKTP yg telah bnyak memberi dorongan,bimbingan dari segi mental dan fizikal kami untuk menyiapkan kerja-kerja kolokium ini..cikgu kami telah berjaya...selepas ini fokus kepada STPM yg bakal menjelma tidak lama lagi..Ya Allah berkatilah perjuangan kami untuk menimba ilmu mu Ya Allah ...terangi hatiku Ya Allah...kau yang maha megetahui segala isi bumi dan isi hati kami dan hanya kepadamu ku meminta dan tiada tempat lain bagiku untuk meminta melainkan kepada mu jua...




p/s: enty kali ini bersifat formal..

Khamis, 20 Oktober 2011

salah kah lelaki menangis?




nk bace entry nie kne bkk lagu kt atas tu baru felling...



aku tak nak jadi manusia hipokrit...apa aku rasa,apa aku cakap,apa aku bagi tau itulah cara aku..
aku juga seorang yang tak reti nak berkongsi tapi dengan adanya blog nie aku tulis apa yang aku pernah lalui..
adakah salah jika lelaki menangis?? setiap manusia akan pernah ditimpa masalah pasti akan ditimpa musibah dan musibah itu tidak megira jantina..aku tidak lari daripada ditimpa musibah. aku juga pernah meraung..aku juga salah seorang hamba Allah yang pernah dibri ujian...
mungkin kalau tengok nama blog aku nie ganas,pegotor dan mnunjukkan yang aku nie seprti mnusia yang kurang betul haha..tpi,aku tetap manusia dan bukan alien...


ok,


aku nak cerita kenapa lelaki sukar menangis..
lelaki sukar menangis kerana dia mempunyai sifat ego yg tinggi dan semua tau lelaki adalah insan yang kuat..tp sedarkah bahaya lelaki juga selalu menangis? tapi bukan di hadapan kekasih bkn di hdapan kwn dan bukan di hadapan ibu bapa mreka tp lelaki selalu menangis seorang diri...melepaskan kesedihan tanpa teman air mata yang megalir sangat deras tanpa nada yang kedengaran..
jangan terti[pu dengan wajah ganas dan macho mereka kerana di dlam setiap hati seorng lelaki ada perasaan sedih juga..dan janganlah sakiti kaum lelaki dengan itu lelaki tidak akan mnyakiti lelaki..tp klau ada lelaki yg suka menyakiti prempuan dia itu bukan lelaki tpi orang gila..haha



p/s : ak x tau kenapa aku tulis perkara nie...tbe2 nk ngis gak..haha

Rabu, 19 Oktober 2011

doakan aku

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Ya Allah terangkanlah hati Muhamad Hafizul bin Suwito dan rakan-rakannya untuk menghadapi peperiksaan STPM dan hilangkan rasa gementar,gemuruh dan berikanlah idea-idea yang bernas dalam pertandingan pembentangkan kolokium peringkat negeri Johor nanti.. lapangkan dada mereka,mudahkan pekerjaan mereka(urusan mereka) dan lancarkan lidah mereka agar pendengar memahami perbicaraan mereka..
ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...
HANYA KEPADAMU KU MEMINTA DAN TIADA YANG LAIN SELAIN BAGIKU MEMINTA SELAIN KEPADAMU JUA YA ALLAH..

Selasa, 18 Oktober 2011

tiada kata...(word less) 2#









hari ini aku tak sekolah sebab nfone masuk bawah katil dan keselesaan katil megatasi segalanya..


p/s: katil memang suka buat aku macam tuu...eee benci benci (smbil tumbuk2 dinding)

tempe kenapa tempe?

Tempe kenapa tempe? makanan yang sinonim dengan masyarakat jawa..(aku jawa) kenapa aku suka makan tempe? kenapa!!!! haha.. tempe nie kalau korang nak tau makan dengan nasi memang sedap woookkk...tadi masa aku tengah goreng tempe tiba-tiba aku terfikir kenapa aku makan makanan yang berkulat? erkk..tp orang cakap makan tempe nie bgos tuk kecerdasan otak (syuhadah cakap) betul kah atau sekadar mitos masyarakat agar memakan makanan tradisional jawa untuk menjimatkan duit? haha...
aku dulu semasa zaman persekolah tingkatan 4 pernah buat tempe sebab aku amek MPV ataau lebih dikenali sebagai mata pelajaran vokasional aliran pemprosesan makanan..(sekarang  tingkatan 6, lari jauh gila!)
semasa aku buat memang tak jadi! tempe yang aku buat seperti hutan rimba malar hijau..
lebih kurang macam nie lah tempe yang aku buat dulu..heee




tempe nie kalau korang nak tau diperbuat daripada kacang soya  dan ragi.kacang soya tu dibasuh dan  dikupas kulitnya.selepas tu kacang soya tu akan dikeringkan mengunakan hair dryer.(tipu!)
setelah kering kacang-kacang yang telah terbogel itu akan digaul bersama ragi..
dibungkus dengan hemat dan cermat ..setelah 7 hari baru boleh digoreng tempe tuuuu...
haa..amacam? faham??



tempe yang diidamkan anak dara..

tempe nie jugak dikaitkan dengan awet muda..tu jangan tanya aku memang aku tak tau. tapi berdasarkan tinjauan kepada 1 responden iaitu aku sendiri perkara itu adalah tidak benar sebab wajah aku tak muda-muda pun..errkk...haha


korang pernah makan tempe goreng sambal? sedapp oooooo




p/s aku dapat idea selepas mengoreng tempe

Ahad, 16 Oktober 2011


Sejak kau ada,segalanya jadi huru hara 
sejak kau ada,segalanya jadi tak keruan sejak kau ada,segalanya jadi perhitungan sejak kau ade,segalanya jadi satu keraguan sejak kau ada,segalanya jadi tunggang langgang sejak kau ada,segalanya boleh jadi lawak sejak kau ada,segalanya boleh jadi amarah sejak kau ada,segalanya bersoal tanpa jawapan dan sejak bila, aku   menghiraukannya?

Doa Dan Dzikir Terbesar Di Dunia Bersama AlHabib Umar bin Hafidh







kalaulah majlis ini diadakan di malaysia ya Allah berkatnya kepimpinan dan bangsaku.. dari berhabis duit menjulang penyanyi yang open-open segala baik menyambut kelahiran kekasih Allah dan idola masyarakat Islam.. tontonlah...

hari kantin hari-hari kantin kantin hari-hari

hari ini aku jadi pak cik kantin yang suka menjerit-jerit memanggil pelanggan untuk menikmati sajian yang telah disediakan oleh aku,syah, dan iwan...(amekau satu nafas)

menu yang aku jual:nugget ayam    : rm 1.00

cutterfish ball   : rm 1.00
prawn ball     : rm 1.00

frence fried     : rm 1.00
minyak masak 1 botol rm 10.00 hahaha




aku jadi macam peniaga di pasar tani setiap hari rabu di parit sulong..jerit sana jerit sini dah cm tarzan kluar dari kepompong kemiskinan yang melarat..
akhirnya aku dan rakan2 berjaya menjual kesemua makanan yang disediakan.hamekau.
kaya kaya...
(sgt)
aku tak de idea nk cakap apa dan aku juga nak bagi tau team kolokium aku dapat mewakili batu pahat untuk pergi ke jpn Johor..
doakan aku yeah kawan2 blogger supaya tak terketar,tak gagap,tak blur dan dapat bercakap dalam keadaan yang lancar...




p/s: aku baru nak beli kereta lepas habis niaga tu tengok2 kurang rm 59.000 hahaah

Sabtu, 15 Oktober 2011

zone syuhadah....siappp!!!!

 Baru nak keluar rumah dengan menaiki nouvo s aku..dah siap pakai helmet...time nk off lappy nie aku bkk blogok aku dulu... tiba-tiba.................

(apa gila?)

si  zone syuhadah  a.k.a  nur syuhadah bt Hamizi telah membuat entry pasal aktiviti pegetutan (wujud ke perkataan tu?) aku di laman-laman bunga-bunga cinta blogger yang bernasib malang...haha...TETAPI,  dia tidak berpuas hati kerana paling teruk yang kena kentut adalah blog dia kerana time aku masuk blog dia aku baru lepas makan telur rebus.amekau! bau pessiiinnggg....

 x percaya?? hah amekau screen capture nie!
DIA MENGISTIHARKAN PEPERANGAN DENGAN AKU!
x yh nk besarkan gmbar nie.. bukak blog dia terus...komen2!!!



siapa nk back up aku??  heee.... meh meh isi borang amek kt pejabat kadi daerah masing-masing...join tentera kentut..hahaha... bukan apa aku kentut kt dalam blog korang tu bersebab..
(sebab apa? busuk tau!)
ala macam korang tak pernah kentut bersepah.. aku kentut kt blog korang sebab nk buat kelainan sebab aku memang lain dari yang lain..lain  L,A,I,A  lain....
ada yang guna berlari,berjalan,merangkak dan paling teruk megesot..haha
aku...senang jaa...prruuttttt uhhhh legaaa....hahaha
tapi syuhadah ak bagi special...tanpa bunyi, buang angin jaa.. kn kn yayang anje??



pesanan buat kekasih.. nampak x? encik..hahaha
(ok ak perasan)




pesanan buat pn, syuhadah:saya kentut kt blog awak tu ikhlas sangat tanpa ragu ragu dan was-was.   awak tak perlu bayar untuk kentutan itu..lepas nie saya tak akan kentut kt blog awak tapi mungkin saya akan BERAK!! hahahaha..gurau-gurau..ok best dapat member blogger cm kau..yee akak..(jgn prasan tua sangat lh kau syuhadah..)                                                                                                                                      












P/s aku menaip sambil memakai helmet..kau tau!!!


Jumaat, 14 Oktober 2011

resepi nasi goreng kampung...

disebabkan aku tinggal sorang2 je kt rumah sebab mak aku out station (sgt) terpaksalah aku masak sendiri,basuh pinggan sendiri,sepahkan rumah sendiri dan segalanya sendiri..sendiri faham SENDIRI!!!!!
ahaha...(gedik gila kau)

menu yang aku masak selepas balik sekolah tadi ialah nasi goreng kampung..

apa?? kau masak?? jeng jeng jeng...

KENAPA X PERCAYA KA?


ok cukup...


bahan-bahan yang diperlukan ialah nasi sejuk..
kenapa kena guna nasi sejuk? nasi panas atau bubur x boleh ke?

mak aku cakap: wahai adik,kalau nak masak nasi goreng kena guna nasi sejuk sebab kalau guna nasi panas nanti nasi goreng jadi puding atau lebih tepat melekit dan bergumpal-gumpal..

cukup lah bebel!!!!



ulang semula..


 Angaran seorang sahaja...

- 1 pinggan nasi sejuk dihiris halus..(kalau percaya kena hiris halus sah korang memang x reti masak..)

- 1 inci belacan (dibakar sehingga wangi bukan hangus)

-3 ulas bawang putih

-3 biji cili padi (sesuka hati atau ikut lidah,kalau rasa2 lidah papan masukkan 1 pokok...

- 1 biji bawang kecil..

-sayur kangkung.

-ikan bilis ataupun paus..

- garam bukan geram..

- msg kalau nk botak..

- 1 biji telur burung unta @ ayam..

- hirisan ayam..


- kaedah,cara,teknik dan juga ilmu nk buat nasi goreng orang kampung...ehh nasi goreng kampung..


- ok puan2 tumbukkan cili padi,belacan yang dah hangus,bawang putih,dan bawang kecil di dalam mesin penumbuk atau lebih dikenali sebagai batu lesung pipit..
 selepas itu,panaskan kuali anda dan letakkan minyak masak sedikit..(sedikit je jgn ghade2 nk letak 1 botol yg 5 kg tu.)
-gorengkan ikan bilis sehingga garing lalu masukkan hirisan ayam.. angkat dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk tadi..yeaahh,,

_ setelah kering bahan yang ditumis,masukkan sedikit air dan masukkan NASI SEJUK!

-gaul,gaul,gaul sehingga terasa gam dengan gerak hati...

_ masukkan garam,msg(kalau nk botak), dan gaul sehingga sebati...

-buat satu lubang di tengah2 gumpalan nasi dan masukkan telur burung unta @ayam...

-goreng sehingga garing sedikit dan masukkan hirisan ayam yang sudah digoreng..

-masukkan sayur kangkung,tunggu sehingga layu di hujung mekar..

-padamkan api(kalau tak hidupkan api ulang semula step 1 hingga akhir sebab confirm anda boleh mati sakit perut kalau tak hidupkan api)


-masukkan ke dalam pinggan,mangkuk ataupun periuk..taburkan dengan ikan bilis yang digoreng tadi...


-p/s: aku tidak akan bertanggungjawab jika masakan yang anda masak menjadi tawar,tak sedap,rasa nk muntah,dan juga menjengkilkan kerana aku buat sedap jew...

Selasa, 11 Oktober 2011

kebaikan merokok yang tidak diketahui umum

Rokok ramai orang cakap merbahaya untuk kesihatan tapi adakah anda tahu tentang kebaikan rokok?
haa....ramai yang tak megetahui tentang kebaikan rokok ataupun tembakau..
meh kita selongkar satu persatu kebaikan rokok.




  •  rokok boleh menghilangkan kecerdasan seseorang..(sengal ape tu bukan kebaikan tapi keburukan)     uh koe tak tau ape2 budak kecik....cuba bayangkan kalau seseorang tu active gilark vavik a.k.a hyper active. memang bercelaru kepala otak kan? haa kalau ada orang yang cam tu korang bagi jew isap rokok 4-5 batang confirm lentok trus trtidur..insyaallah terus tidur tak bangun2..heee..









  • Rokok boleh menghilangkan stress..bukti? tanya perokok...hahaha...(aku isap rokok bertambah-tambah stress adalah)


  • sesiapa yang hisap rokok akan nampak muda..(betul ke?) yew lah kalau mati awal mesti muda sentiasa.



  • perokok adalah manusia yang pemurah..errrkk...yeeww...x percaya? dia sentiasa memberikan asapnya kepada orang sekeliling walaupun tak mintak..jadi dalam setiap batang rokok dia sentiasa mengingati orang sekeliling..haha.


  •  Badan mendahului usia, kerana terkena penyakit radang paru-paru yang kronik. Badan tidak lagi sihat dan pakai tongkat untuk berjalan dengan terketar-ketar. Bila jumpa anjing dia boleh guna tongkat untuk pukul atau halau anjing tersebut. Takut anjing tue… Selamat atuk. Adakah berbaloi untuk menjadi perokok tegar?

    p/s aku seoranng perokok tapi sangat mahukan sinaran untuk berhenti merokok...

segmen nyanyian bersama biawak

  eerrrkkk...hai semua...kembali dalam rancangan ADIK-ADIK SENGAL...kita akan memulakan rancangan ini dengan menyanyikan lagu abang sayang comel..(abang tu aku lah)
 ikut rentak lagu yang kat dalam video tu tau adik-adik...ikut abang nyanyi...



Saya suka sorang budak nama dia comel
Die suka makan ais krim comot-comot
Tapi , comel comel sgt

Hari -hari comel tunggu saya balik sekolah
Bila tunggu comel bawak ais krim dua,
Saya, sayang comel sangat

Biarkanlah, Biarkanlah
Biarkanlah, Biarkan comel..

Bila petang-petang kita main dekat padang
comel suke tolak jatuh dan tersungkur
Saya, sayang comel sgt

Bila besar nanti saya nak kawin dgn comel
tpi kini hanya tinggal angan-angan
sebab saya jahat sangat..

Biarkanlah,Biarkanlah
Biarkanlah,Biarkan comel...

Kini comel xde lagi dalam hidup saya
dia sudah pergi bawa diri jauh-jauh
tapi,saya sayang comel..




 oke korang boleh muntah...tpi pastikan lepas muntah basuh lantai or tempat korng muntah tu..busuk bau ikan mampos!!!


p/s aku sayang dia dan aku tak nak contact dia lagi...pyee.. :')

Ahad, 9 Oktober 2011

aku sayang kau dan selamat tinggal



maafkan aku sayang..aku tau memang aku bersalah..tak sepatutnya aku berbaik dengan dia semula..aku tau kau akan sakit hati..memang dalam hubungan kita aku banyaak buat masalah sebab memang aku bermasalah..tapi,aku sayang kau sangat..hubungan kita memang sangat indah..kau yang buat aku lupakan dia,kau yang ajar semula erti sayang..aku sudah terlalu sayangkan kau..tapi,demi kebahagiaan kau aku berikan apa yang kau pinta..aku sayang kau...:'(
biarlah cerita kita yang dulu menjadi sejarah..sejarah suka duka kehidupan..
lagu yang kat atas tu lagu yang kau berikan pada aku..aku faham...kau dah tak sanggup sakit hati lagi..ada lagi yang menanti kau di luar sana...lebih baik dari aku..aku teruk...
selamat tinggal sayangku..semoga berbahagia...
AKU SAYANG KAU...

tutorial untuk mempromosikan fanpage facebook dan blog.

sekarang aku dah buat page kentut berdarah kat facebook..haha...(follower baru seciput da wt fan page) bapakkk urrr...suke hati aku lah kn??aku yang buatjadi kalau tak nak like abaikan sahaja..OK? aku buat nie sekadar suka-suki jaa..x berniat untuk membongkak dan riak sekadar melepaskan batuk di tangga.(ap kaitan)
berbalik kepada fan page nie korang boleh promote blog korang kt facebook tau..ikuti kisah ahamad seorang tukang taip:

ahamadi terasa bosan ketika melayari internet dan membuka laman sesawang facebook..ahamadi seorang blogger dan dia mempunyai fan page di facebook tetapi tidak ramai yang menekan butang like di fan page-nya..tiba-tiba dia mendapat satu akal untuk mempromosikan fan page-nya..ahamadi telah menekan semua rakan yang dalam talian nya lalu dia mengcopy link fan page-nya.ahamadi telah mem-paste link fan page nya kepada semua rakan yang dalam talian dengan menulis sepotong ayat manis 
hai awak..selamat malam dan semoga happy selalu..boleh tolong x? sila like page nie ea? kalau awak ada blog follow lah saya kalau sudi. http://www.facebook.com/pages/Kentut-berdarah/191022404270811
 terima kasih kerana kesudian awak...pyee :D

begitulah ayat yang ahamad gunakan...
akhirnya benar sangkaan ahamad.fan page nya telah meningkat kadar peg like tan sekali ganda...yeeeaahhh..

mahu mencuba teknik ahamad? sila like page kentut berdarah untuk keterangan lanjut...anda like anda dapat..

iklan ini ditaja khas oleh mark zuckerberg dan Dr Rozmey.












Khamis, 6 Oktober 2011

faktor perang salib tercetus

memandangkan aku seorang pelajar tingkatan enam haa nie yg aku nk kongsi selepas ada yang bertanya kt facebook...


Pendahuluan ( 3 markah )

1. Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine.
2. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian memakai pakaian tentera bertanda salib.
3. Motif peperangan – keagamaan dan sekular. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.
4. Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut2 Kristian bersatu lagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi.
5. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 – 1291M dan berlaku dalam tujuh peringkat.
6. Negeri-negeri terlibat : Mesir, Iraq, Syria, Afrika Utara, Sepanyol dan Hijaz.
7. Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja Federick Babarosa dan Sultan Salahuddin al-Ayubi.


Isi


A. Faktor- faktor Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )

1. Agama
i. Perebutan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis )
i. Berada di tangan orang Islam sejak zaman Khalifah Umar…..Kota suci mereka
ii. Juga merupakan kota suci orang Kristian
iii. Berlaku perebutan antara orang Kristian dan Islam
ii. Layanan buruk orang Turki Saljuk
i. Orang Turki yang menguasai Baitulmaqdis memberi layanan buruk kepada penganut Kristian
ii. Menimbulkan kemarahan orang- orang Kristian
iii. Keruntuhan gereja
i. Keruntuhan- keruntuhan gereja Holy Sepulchre pada zaman pemerintahan Al- Hakim ( Kerajaan Fatimiyah Mesir)
iv. Halangan jalan
i. Keluarga Saljuk telah menutup jalan menghalang orang- orang Kristian
daripada mengerjakan ibadat di Baitulmaqdis
v. Penyatuan orang- orang Kristian
i. Perang Salib menyatupadukan orang- orang Kristian yang berpecah- belah antara mazhab gereja Rom dan gereja Yunani
vi. Sikap fanatik agama Kristian
i. Kebangkitan kuasa Islam di Timur Tengah membimbangkan orang- orang Kristian
ii. Kesedaran Perang Kristian terhadap mempertahankan dan menegakkan kekuatan orang Kristian di dunia ….. membawa kepada tercetusnya Perang Salib
vii. Keinginan memasuki syurga
i. Pemimpin gereja mengisytiharkan bahawa yang ambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci dan masuk syurga
ii. Semua cukai yang harus dibayar akan terhapus
iii. Ramai hamba menyertai Perang menganggapnya sebagai jalan penyelesaian kebebasan mereka

2. Politik

a. Pergolakan politik di Eropah
i. Persengketaan sesama Negara kota dan kehidupan masyarakat yang tertekan pada zaman feudal menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan.
b. Kebimbangan kedudukan anak- anak raja
i. anak- anak raja mengambil bahagian dalam perang ini dengan harapan
menjadi raja atau pemerintah bagi wilayah- wilayah Islam yang mereka
takluki
c. Krisis politik Islam
i. Berlaku perpecahan dan krisis politik dalam kalangan masyarakat Islam
ii. Kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan lemah
iii. Negara- Negara Islam spt Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu- padu
iv. Kerajaan Fatimiyah mengalami kemerosotan pada abad ke 11M
v. Kemunculan pelbagai mazhab telah menjejaskan perpaduan umat Islam

3. Ekonomi

a. Keinginan menguasai perdagangan di Mediterranean
i. Penaklukan dan penguasaan Islam di kawasan – kawasan sekitar Mediterranean telah mengancam ekonomi pedagang- padagang Eropah
ii. Beberapa pelabuhan utama seperti Genoa dan Venice telah dikuasai oleh orang- orang Islam ( Saljuk )
iii. Mesir di bawah penaklukan orang Islam Fatimiyah
b. Keinginan pemindahan sumber ekonomi
i. Orang Eropah ingin memindahkan kegiatan dan sumber ekonomi Negara- negara Islam ke Eropah
ii. Orang Eropah ingin meruntuhkan dan memonopoli perdagangan Negara- negara Islam



B.Kesan- kesan Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )


Kesan Positif
1. Politik
i. Kemunculan kuasa- kuasa Eropah seperti Perancis, Inggeris dan Sepanyol.
ii. Kebangkitan golongan Monarki baru seperti England, Perancis dan Sepanyol
iii. Pembebasan golongan hamba yang mengambil bahagian dalam Perang Salib
iv. Perpaduan masyarakat Islam di Syria, Asia Kecil dan Mesir
v. Kelahiran tokoh Islam seperti Salehuddin al- Ayyubi yang membangkitkan semangat jihad dan menimbulkan dakwah anti -Islam

2. Ekonomi
i. Hubungan Perdagangan 2 hala antara Eropah dengan Islam. Contohnya Genova dan Venice semakin sibuk dan penting dalam aktiviti perdagangan.
ii. Kemajuan sektor pertanian iaitu orang- orang Eropah mencontohi teknik pertanian orang- orang Islam di Iraq
iii. Perkembangan infrastruktur spt perkembangan jalan perdagangan, pembinaan jalan raya dan pengangkutan laut serta penubuhan syarikat- syarikat perkapalan
iv. Penjelajahan dan penjajahan mula berlaku di kawasan- kawasan Timur bertujuan mencari kekayaan dunia. Contoh kuasa- kuasa besar spt Portugal, Sepanyol dan Belanda
v. Perkembangan aktiviti perdagangan yang menguntungkan orang Kristian. Pertembungan antara Islam dan Eropah membuka laluan kepada perkembangan perdagangan antara Timur dan Barat

3. Intelektual
i. Buku- buku Arab diterjemahkan ke dalam B. Inggeris, Perancis dan Latin. Mempengaruhi kemunculan Renaissance di Eropah.
ii. Kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan seperti pengetahuan sains, matematik, seni bina, kesusasteraan dan falsafah
iii. Kemajuan dalam pendidikan ….pembinaan sekolah, kolej dan universiti oleh orang- orang Eropah

4. Keagamaan
i. Penyebaran agama dan pemelukan agama Islam… membuka peluang kepada tentera Salib untuk lebih mengenali dengan lebih dekat dan realistik tentang kehidupan orang Islam. Sesetengah orang Eropah mula tertarik dan memeluk agama Islam.
ii. Kemunculan gerakan Reformasi

5. Bahasa
i. Berlaku pinjaman perkataan dan istilah Arab oleh orang Eropah khasnya dalam bidang sains, matematik, kedoktoran dan lain- lain.


6. Sains dan teknologi
i. Perkembangan infrastruktur dan peralatan moden seperti pembinaan sistem pengairan, kota, kubu pertahanan, peralatan senjata dan teknik membuat kerta

Kesan negatif
1. Politik
i. Kemerosotan golongan feudal….banyak harta benda musnah, para tahanan dan hamba yang dibebaskan secara besar- besaran. Golongan bangsawan mula kehilangan pengaruh ke atas wilayah mereka.
ii. Menjatuhkan maruah orang Kristian kerana kerajaan – kerajaan Eropah gagal mencapai cita- cita politiknya daripada Perang Salib
iii. Melemahkan kerajaan Byzantine… perbalahan secara sendiri telah melemahkan semangat dan kekuatan kerajaan Byzantine. Kerajaan ini cuba dihidupkan semula tetapi tidak setanding dengan kekuatan tentera Islam pimpinan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2. Ekonomi
i. Eropah terpaksa menjual harta benda dan tanah kepada orang Yahudi untuk kelengkapan dan penyediaan Perang Salib
ii. Pengenalan cukai- cukai baru. Contoh, Raja Louis VII dari Perancis telah memperkenalkan cukai 1/10 bagi harta benda yang boleh dipindahkan kepada tokoh- tokoh agama
iii. Kebantutan pembangunan Negara Islam akibat penglibatan dalam Perang Salib

Kesimpulan ( 2 markah )

Perang Salib disebabkan oleh faktor politik, ekonomi dan sosial telah memberikan impak yang mendalam. Orang – orang Eropah telah membuka mata dan ingin datang ke negeri – negeri sebelah timur. Kerajaan – kerajaan Islam telah dapat bersatu padu dan bantu membantu. Orang Islam bekerja keras untuk membangun semula di bawah runtuhan Perang Salib

aku dan fixie..satu percubaan

penat kaki megayuh akhirnya sampai jugak aku kt rumah nie..hehe....tak disangka dan terduga aku akan memiliki sebuah basikal lagi...(dulu time kcik2 ade basikal..) :P  sekarang umur aku da 19 tp msih nk men bsikal..weeeiiiiiii arwah atuk aku pn memang pkai basikal jew lh...
aku nak ceritakan pegalaman aku menunggang basikal nie! bkn menunggang motor rxz.(akupunada)



bising! ceritalah!



okok...first time aku pakai fixie nie bwk pn  cm kure2 lembab giler sbb aku da lme x bwak basikal..
kaki cm nk tanggal jaa dari badan...bapak urrhh sumpah penat gila..
tapi,selepas mendapat satu kuasa jiwa aku sudah kuat untuk mengharungi hidup berbasikal..haha
ada jugak crita sedih yang memalukan aku dengan promax ku..
ary kedua aku pakai basikal tu aku dah bawak pergi bandar batu pahat..
(kira-kira 14 km dri rumah)
malang memang tak berbau busuk..basikal aku boleh bocor plak..
yaiuoooo...
po ag angkat lh basikal tu pergi bengkel..nasib baik ada member yang mmpu tolong aku klau x mnapak aku pulang ke pangkuan rumah..
(personafikasi)
sekarang aku sedang bercinta dengan si promax nie...jgn jeles..haha





aku tak mek gmbar lagi basikal tu...tpi lebih kurang lah dengan yg nie..

 
KEPALA PROMAX 

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...