Khamis, 25 April 2013

Hati bengkok hampir patah

mungkin kau rasa perkara biasa
mungkin juga kau sekadar mencuba
tapi tidakkah kau tahu ia mencipta luka
luka yang akan meninggalkan parut selamanya
tapi tidak mengapa

selama ini aku juga mencuba
mencuba untuk memperbaiki segalanya
dan tidak pernah pula aku berputus asa
tapi kenapa kau anggap ia mudah saja
ouh mungkin ini bukan yang kau harapkan

aku ingin kau tahu bahawa ini pertama kali aku rasa jatuh
bukan jatuh sekadar terlentang
tapi aku jatuh sehingga takut untuk bangun
aku selesa di lantaian
aku selesa dalam siksaan

aku gantungkan harapan
aku coretkan angan-angan
mati hati aku
mati terkubur dalam keranda sayang
sayang ciptaan aku seorang

satu tahun aku cuba ikut roda putaran kau
terkadang aku jatuh tertatih tatih
tapi tidak pernah aku adukan
tidak mengapa luka akan pulih semula
biar masa yang menyembuhkannya

tiada rasa dendam
tiada rasa geram
cuma aku menanti
dan terus menanti....

ingat daku dalam doamu..hehe

Sabtu, 20 April 2013

penghijrahan 360 degree

Bismillah

Assalamualaikum

apa macam ada sihat kah? rindu tak nak baca fasal cinta cintun? haaa tak kan? mesti mual bila baca aku punya entry aku pedulik apa. haha sekarang nie aaku tak nak cerita fasal cinta tapi aku nak cerita fasal UNISEL..
 haaaaa tau kan UNISEL? UNIVERSITI SELANGOR  satu2nya Universiti IPTS yang bawah kerajaan negeri Selangor..okay bukan politik disini tapi aku nak bagi tau yang sekarang aku study kat sini aku amek komunikasi korporat Degree..Okay first impresion bila aku sampai je kt UNISEL time nk daftar aku tiba-tiba terfikir betul ke apa yang aku buat nie?


Okay perasaan itu akhirnya aku dapat bendung biasalah lama kot tak belajar tiba-tiba muncul hidayah Allah buka hati nak sambung belajar Allah boleh bagi hidayah pada sesiapa pun yang Dia kehendaki Allahurabbi.



Hari Orentasi.

Satu pengalaman yang agak mengilakan aku sebab kena bangun awal pagi gila dan bermacam-macam aktiviti kekanakkan yang mengilakan lagi sekali sape pernah pergi orentasi tau lah apa yang perlu dilakukan
paling faktab taklimat yang super duper bosan nak mati sampai tidur bangun tidur balik atas kerusi nampak tak tahap bosan dia tu? Lagi satu ramai budak yang amek diploma dari budak degree so mostly ramai jugak budak lelaki yang pasif dan talk active yang sangat annoying (tak matang) okay itu dapat handle..


Haa apa yang aku respect gila bila para fasiliotator menekankan solat berjemaah setiap kali masuk waktu dan ini sangat-sangat bagus..wallahualam bila ada ipt lain buat macam kat unisel..
menjadi kebiasaan bila dah sambung belajar nie dapat member baru so aku pun carilah member2 yang boleh masuk kepala dan jumpalah beberapa makhluk sesama spesis yang agak boleh masuk kepala dan aku jumpalah dengan Meng aka naim okay lah budak nie boleh masuk kepala kadang2 otak berair jugak (umum megetahui sebagai masuk air) budak nie pakai Dr martens jugak tapi low cut lh x macam aku high cut..haha


Rumah (dorm)

okay bila masuk rumah je aku tengok kecik,tapi fasiliti banyak contoh peti ais,dpur gas,toilet dua okaylah bolehlah..
roam mate aku ada budak sarawak,pineng,pahang,,melakau,selangor paling dekat..Alhamdullilah diorang okay.roam mate aku takde perempuan harap maklum.


okay mungkin ini saja yang aku nak cakap tiada lagi kata mampu terucap dan aku nak cakap aku tak ramai member perempuan kat U nie sebab aku pemalu sangat dan muka aku terlalu "hensem" untuk menjadi buah mulut gadis2 Universiti..hahaha

sekarang aku sedang pakai kain pelikat dan berbaju melayu di Mcd depan hostel..hensem bukan?

Assalamualaikum

Ahad, 7 April 2013

krisis pertengahan REMAJA

Bismillah 
Assalamualaikum

Biasa kita dengar krisis pertengahan umur yang mempersoalkan fasal orang yang akan mengakhiri zaman dewasa dan akan mula menjengah alam senior citizen okay aku bukan nak cerita fasal ni aku nk cerita fasal krisis pertengahan remaja nie haa tak pernah  dengar kan perkara ni berlaku pada golongan yang berumur 19-24 tahun tapi benda nie aku yang fikir sendiri..simptom-simptom penghidap krisis pertengahan remaja ini adalah

1) sering tukar baju banyak kali kalau nak pergi keluar rumah.

2)mula rasa nak dump GF/BF sebab rasa bosan

3)selalu berangan nak kahwin walaupun tau diri tu takut nak bercinta

4)selalu tengok cermin dan cakap "aku dah gemok!"

5)selalu fikir "boleh ke aku terus hidup kat dunia nie?" "boleh ke aku habiskan diploma/degree nie?" "aku      kerja apa nanti?" "macamana rupa bini/laki aku" dan banyak lagi..

6)mula mencari pandangan politik

7)semakin kenal diri dan lebih matang dalam membuat keputusan


okay sebenarnya banyak lagi simptom2 penyakit nie hahaha suka kentut pun simptom nie jugak kot..
Bagi aku perkara nie adalah sesuatu yang penting sangat walaupun kita jarang mempersoalkannya.
Dalam umur sekitar 19-24 tahun nie adalah umur peralihan usia remaja ke dewasa dan akan memulakan hidup sebagai warganegara produktif yang akan menyumbangkan sesuatu kepada negara tidak kira dari apa sektor sekalipun.Okay ayat aku skema.
Aku sendiri sedang mengalami perkara nie aku selalu fikir apa aku akan buat kalau tanpa pelajaran,apakah aku akan jadi bila umur aku 30 tahun nanti adakah aku masih hidup?Pelbagai cereka cerita bermain dalam kepala otak aku, sangat menghantui.
Aku mungkin belum bersedia untuk beralih dari zon selesa remaja yang kurang masalah,tenaga masih banyak,dan aku rasa tak sanggup nak hidup dalam dunia dewasa yang memerlukan diri aku secara total dari semua cara maksudnya aku kena terus hidup seratus peratus dalam diri dewasa dari segi hubungan antara manusia,dalam pekerjaan,tnggungjawab,dan pastinya kehidupan remaja akan ditinggalkan secara total jugak.
Nak buat macamana dah lumrah alam..
sebab tu orang tua cakap zaman remaja zaman gemilang.
Tapi pada masa umur macam ni lah aku mula tahu kenyataan hidup,fungsi kewujudan,dan semakin kenal siapa aku yang sebenarnya walaupun masih kabur tapi masih mampu mendorong aku mencari kejayaan.
Pada masa inilah kita akan menyesal perbuatan yang telah lepas seperti malas belajar masa tingkatan 5 dulu,terlanjur perbuatan, dan kebodohan diri sendiri yang memalukan okay tapi bagi aku perbuatan yang lepas bukanlah penghalang mencari kejayaan untuk masa depan itu semua persetankan saja benda yang dah lepas hanya untuk kenangan dan menjadi pedoman bukan untuk dijadikan alasan,yang penting ubah diri untuk hidup 100 tahun lagi dan menjadi seorang dewasa yang berjaya.



Apa aku nak cakap lagi ialah kita kena mulai sedar bahawa zaman remaja kita dah nak tamat tempoh enjin kehidupan sebenar dah boleh start dah tapi nikmatilah zaman remaja nie sepuasnya dahulu hahaha
cari apa  yang kita perlukan,bekalkan pengetahuan untuk hidup dalam alam dewasa kumpul cukup-cukup.
dan bersedia untuk megundi..
Ubahlah untuk masa depan lebih cerah beranikan diri untuk bersuara UNDILAH PARTI TWITTER untuk anak cucu anda..


p/s: Entry kali nie agak serabut sikit sebab aku tulis masa perut tengah kenyang sangat so idea tu susah nak masuk tapi aku pedulik apa janji siap..lalalala 

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...