Khamis, 25 April 2013

Hati bengkok hampir patah

mungkin kau rasa perkara biasa
mungkin juga kau sekadar mencuba
tapi tidakkah kau tahu ia mencipta luka
luka yang akan meninggalkan parut selamanya
tapi tidak mengapa

selama ini aku juga mencuba
mencuba untuk memperbaiki segalanya
dan tidak pernah pula aku berputus asa
tapi kenapa kau anggap ia mudah saja
ouh mungkin ini bukan yang kau harapkan

aku ingin kau tahu bahawa ini pertama kali aku rasa jatuh
bukan jatuh sekadar terlentang
tapi aku jatuh sehingga takut untuk bangun
aku selesa di lantaian
aku selesa dalam siksaan

aku gantungkan harapan
aku coretkan angan-angan
mati hati aku
mati terkubur dalam keranda sayang
sayang ciptaan aku seorang

satu tahun aku cuba ikut roda putaran kau
terkadang aku jatuh tertatih tatih
tapi tidak pernah aku adukan
tidak mengapa luka akan pulih semula
biar masa yang menyembuhkannya

tiada rasa dendam
tiada rasa geram
cuma aku menanti
dan terus menanti....

ingat daku dalam doamu..hehe

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...