Selasa, 11 Jun 2013

Ubahlah Melayu Bumiputera


Assalmualaikum


Okay

     Mentaliti manusia,sesuatu perkara yang sangat sukar untuk diubah,seperti ayam Bandar yang sudah selesa dalam reban disuruh hidup bebas di hutan.Macam itu juga bila kita suruh orang Melayu yang sudah selesa dalam kesenangan untuk bangkit bersaing antara bangsa lain.Kita orang melayu terlalu dimanjakan dengan anugerah BUMIPUTERA kita dan dengan “anugerah” ini juga menjadikan kita semakin enak lena tidur dalam lingkaran api kehancuran.
Enak bukan makan bersuap? Tapi sampai bila tangan yang menyuap itu akan terus menghulurkan makanan? Jangan sampai satu hari nanti makanan yang disuap menjadi racun pembunuh saraf tunjang bangsa.Kenapa kita tak boleh menjadi seperti bangsa lain sedangkan kita sudah dididik dalam Islam iaitu setiap orang Islam itu bersaudara.Kenapa perlu bertelagah antara satu sama lain atas pemahaman yang berbeza?Kenapa perlu fanatik keatas sesuatu yang tak nyata sampai dipulaukan manusia sesama bangsa? 
     Kenapa kita takut untuk bersaing antara bangsa lain sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai sepasang kaki juga mata yang sama? 
   KENAPA?

Cuba kita lupakan sebentar keistimewaan Bumiputera yang diberi,cuba kita selami bangsa kita sendiri,cuba kita cermin diri kita sendiri,mana silapnya?mana bocornya,mana bengkaknya dan mana rosaknya bangsa kita.

Adakah sukar untuk memahami bumi ini bukan milik satu bangsa dan terjadinya pelbagai kaum di dunia ini adalah untuk dimegerti dan difahami satu sama lain dan bukan untuk dicaci dan dibenci.

Okay,berbalik pada BUMIPUTERA. Bukan aku menidakkan keistimewaan ini tapi berpadalah berpegang padanya sebab zaman sekarang bukan zaman 60-70-an dulu dimana sikap racist atau kepentingan kaum itu masih wujud malahan bukan sahaja di Malaysia tetapi di barat juga sama dimana bangsa kulit hitam dinafikan hak mereka.Tapi itu dulu di barat sekarang mereka boleh menerima kenyataan bumi ini bukan untuk satu bangsa.
lagi sekali aku tegaskan aku bukan menidakkan keistimewaan bumiputera tapi aku nak kita sama-sama memikirkan nasib bangsa kita di zaman globalisasi dimana dunia sekarang tak memandang apa bangsa kamu,apa agama kau dan siapa kamu tapi zaman sekarang siapa cepat dan bijak dia pemenang.
"Kalau bukan Melayu tolong Melayu siapa lagi nak tolong." ungkapan yang biasa kita dengar bukan? faham tak makna tolong itu?tolong,bantu dari kesusahan atau meringankan beban.Kenapa suka sangat  minta bantuan? kenapa tidak usaha sendiri?kalau sikap ini berterusan pasti akan berlaku kemusnahan sebab kita terlalu suka DITOLONG! sampai masa tiada MELAYU lagi untuk tolong kita MATI.
kita Sedia maklum dimana anak muda melayu ramai yang rosak dan sakit dari segi akhlak dan aku tau ada usaha untuk membaik pulih mereka tapi kenapa mesti diterapkan dengan
konsert dangdut,konsert artis perempuan,motor,dan sesuatu yang boleh merosakkan akhlak.

jap kenapa aku tak masukkan gig? bagi aku remaja yang berjoget di konsert dan melompat di gig memiliki banyak perbezaan kebanyakan dari remaja yang menari di konsert dangdut merupakan remaja yang kurang pendidikan dan tidak mengendahkan tentang jatuh bangun negara dan hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri berbanding remaja yang melompat di gig kebanyakkan dari mereka adalah golongan pelajar dan mempunyai pemikiran yang kritis serta mempunyai jati diri yang tinggi untuk hidup dalam persaingan global.
ini realiti.
okay fenomena yang berlaku semasa pilihan raya ke-13 lepas teknik satu parti ini yang mengunakan konsert jelajah untuk meraih undi anak muda.teknik ini aku benci dan aku hina sebanyaknya.diisi dengan fitnah sesama bangsa dan muzik yang entah apa-apa membuatkan mereka dibenci para pemuda.kenapa sudah tahu anak melayu sakit lagi diberi racun pembunuh. bodoh!
kenapa tidak dengan majlis ilmu ataupun forum isu semasa? itu yang generasi sekarang dahagakan.generasi sekarang dahaga ilmu!ILMU!
memanglah demi kuasa sanggup bunuh saudara.
marilah kita muhasabah diri kita,basuh fikiran kita,cuci hati kita agar senang untuk bangun sama-sama lari mengejar cita-cita kita yang dulu hanya angan-angan, sebab kalau kita hanya tengok kejayaan orang kita akan ada sikap dengki tapi kalau kita sama-sama kejar kejayaan pasti kita rasa sama tinggi bila berdiri.
jadikan kritik sebagai satu api pembakar semangat jangan jadikan kritikan sebagai pisau pembunuh semangat.

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...