Bismillah
Assalamualaikum
Biasa kita dengar krisis pertengahan umur yang mempersoalkan fasal orang yang akan mengakhiri zaman dewasa dan akan mula menjengah alam senior citizen okay aku bukan nak cerita fasal ni aku nk cerita fasal krisis pertengahan remaja nie haa tak pernah dengar kan perkara ni berlaku pada golongan yang berumur 19-24 tahun tapi benda nie aku yang fikir sendiri..simptom-simptom penghidap krisis pertengahan remaja ini adalah
1) sering tukar baju banyak kali kalau nak pergi keluar rumah.
2)mula rasa nak dump GF/BF sebab rasa bosan
3)selalu berangan nak kahwin walaupun tau diri tu takut nak bercinta
4)selalu tengok cermin dan cakap "aku dah gemok!"
5)selalu fikir "boleh ke aku terus hidup kat dunia nie?" "boleh ke aku habiskan diploma/degree nie?" "aku kerja apa nanti?" "macamana rupa bini/laki aku" dan banyak lagi..
6)mula mencari pandangan politik
7)semakin kenal diri dan lebih matang dalam membuat keputusan
okay sebenarnya banyak lagi simptom2 penyakit nie hahaha suka kentut pun simptom nie jugak kot..
Bagi aku perkara nie adalah sesuatu yang penting sangat walaupun kita jarang mempersoalkannya.
Dalam umur sekitar 19-24 tahun nie adalah umur peralihan usia remaja ke dewasa dan akan memulakan hidup sebagai warganegara produktif yang akan menyumbangkan sesuatu kepada negara tidak kira dari apa sektor sekalipun.Okay ayat aku skema.
Aku sendiri sedang mengalami perkara nie aku selalu fikir apa aku akan buat kalau tanpa pelajaran,apakah aku akan jadi bila umur aku 30 tahun nanti adakah aku masih hidup?Pelbagai cereka cerita bermain dalam kepala otak aku, sangat menghantui.
Aku mungkin belum bersedia untuk beralih dari zon selesa remaja yang kurang masalah,tenaga masih banyak,dan aku rasa tak sanggup nak hidup dalam dunia dewasa yang memerlukan diri aku secara total dari semua cara maksudnya aku kena terus hidup seratus peratus dalam diri dewasa dari segi hubungan antara manusia,dalam pekerjaan,tnggungjawab,dan pastinya kehidupan remaja akan ditinggalkan secara total jugak.
Nak buat macamana dah lumrah alam..
sebab tu orang tua cakap zaman remaja zaman gemilang.
Tapi pada masa umur macam ni lah aku mula tahu kenyataan hidup,fungsi kewujudan,dan semakin kenal siapa aku yang sebenarnya walaupun masih kabur tapi masih mampu mendorong aku mencari kejayaan.
Pada masa inilah kita akan menyesal perbuatan yang telah lepas seperti malas belajar masa tingkatan 5 dulu,terlanjur perbuatan, dan kebodohan diri sendiri yang memalukan okay tapi bagi aku perbuatan yang lepas bukanlah penghalang mencari kejayaan untuk masa depan itu semua persetankan saja benda yang dah lepas hanya untuk kenangan dan menjadi pedoman bukan untuk dijadikan alasan,yang penting ubah diri untuk hidup 100 tahun lagi dan menjadi seorang dewasa yang berjaya.
Apa aku nak cakap lagi ialah kita kena mulai sedar bahawa zaman remaja kita dah nak tamat tempoh enjin kehidupan sebenar dah boleh start dah tapi nikmatilah zaman remaja nie sepuasnya dahulu hahaha
cari apa yang kita perlukan,bekalkan pengetahuan untuk hidup dalam alam dewasa kumpul cukup-cukup.
dan bersedia untuk megundi..
Ubahlah untuk masa depan lebih cerah beranikan diri untuk bersuara UNDILAH PARTI TWITTER untuk anak cucu anda..
p/s: Entry kali nie agak serabut sikit sebab aku tulis masa perut tengah kenyang sangat so idea tu susah nak masuk tapi aku pedulik apa janji siap..lalalala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan