Isnin, 7 November 2011

bagaimana akhirnya saya bertudung(buku inspirasi)


   


tajuk kali nie bukan aku yang pakai tudung no no no.... aku lelaki lah!!! tapi aku saja nak share salah satu cerita yang ada dalam sebuah buku yang aku pernah baca... buku tu memberi aku inspirasi untuk bertudung berkongsi kepada kaum hawa yang ramai masuk blog aku..yew lah aku kan  kacak ramai kawan perempuan kat dalam blog.. ok start aku malas nak bebel jauh2..  
 bertudung selepas mimpi ngeri


    Profesion saya sekarang ialah pengurus syarikat dan saya lulusan luar negara.Saya mula memakai tudung pada tahun 1994 iaitu ketika berusia 24 tahun.Terus terang saya katakan memang sebelum memakai tudung saya memang tidak pernah terfikir untuk memakai tudung.apabila kawan bertanya saya akan jawab suatu hari nanti saya akan pakai tudung.. nanti....
 Ada juga kawan2 yang prihatin dan mereka mengingatkan saya ajal dan maut bukannya dapat ditangguhkan kalau tiba2 ajal saya sudah sampai tidak sempat nak bertaubat tak boleh buat apa2.
risau juga bila mendegarnya tapi entah saya buat tak tahu saja mungkin hati belum terbuka.
Sehingga tiba2 pada suatu malam hari jumaat saya bermimpi ngeri dan sangat menakutkan.Dalam mimpi itu saya nampak semua adik beradik saya,saudara mara,dan kawan kawan..tetapi seorang pun tidak ada yang nampak saya.Mereka bercakap sesama sendiri tetapi langsung tidak menghiraukan saya seolah-olah saya tidak wujud.Kemudian barulah saya diberitahu saya berada di alam lain dan akan menemui ajal saya pada waktu itu.saya dibawa ke situ hanya untuk diberitahu yang saya hanya menunggu masa akan mati tetapi tidak diberitahu waktu dan caranya.Jadi,saya berada dalam keadaan cemas sepanjang hari kerana tidak tahu apabila saatnya dan bagaimanakah cara saya akan mati.

      Saya kemudian menaiki kereta menuju ke lapangan terbang kerana saya perlu menuju ke suatu tempat bagi menjalankan tugas.Dalam perjalanan,saya terfikir mungkin saya akan kemalangan sebentar lagi dan terus mati.Sayan berdebar debar,tetapi akhirnya selamat sampai ke lapangan terbang.Apabila kapal terbang berlepas,saya terfikir mungkin kapal terbang ini akan terhempas dan saya akan mati.saya menjadi begitu cemas sehinggalah kapal terbang selamat mendarat.Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar.Saya terjaga daripada tidur tetapi masih merasa sakit dan sesak nafas....Saya panik. Ya Allah! mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga??

   Cepat-cepat saya bangun,ambil wudhuk dan sembanyang sunat . tidak henti-henti saya membaca macam-macam ayat Al Quran,tetapi kesakitan yang dirasai semakin perit.Tanpa menanggalkan telekung saya baringkan diri di atas katil.Saya rasa diri saya hanya sekujur mayat di dalam telekung putih.saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu dan saya memohon doa,"YaAllah,sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku engkau berikanlah masa bagiku bertaubat dan saya berjanji akan memakai tudung suatu hari nanti"


 Tiba-tiba kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan sambil menangis saya berjanji akan memakai tudung pada minggu depan..Tetapi tekak saya bagai disentap dan tekak saya semakin perit.saya tidak tahan lagi lalu berjanji saya akan memakai tudung keesokkan harinya..Tanpa disangka semua kesakitan itu hilang sekelip mata..

   Saya betul-betul terkejut,tidak dapat berkata apa-apa dan tersandar di hujung katil dalam keadaan yang masih takut.saya berkeadaan begitu sehingga masuk waktu solat subuh.selesai sembahyang subuh,saya terus mencari tudung di dalam almari untuk dipakai ke pejabat pada pagi itu juga.itulah kali pertama saya memakai tudung ,sudah tentulah kawan-kawan saya terkejut kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat untuk bertudung sebelum ini.sepanjang hari itu saya menjadi pendiam,sedih,takut,dan cemas kalau-kalau saya mati pada hari itu juga...

  Walaubagaimana pun, saya berasa bersyukur kerana menjadi hamba Allah yang terpilih untuk diberi hidayah dengan cara sebegitu.Apabila saya melihat kawan-kawan yang belum bertudung saya merasa sedih kerana merekatidak tahu dan tidak mempedulikan apa yang menanti mereka pada kemudian hari.saya bbrnasib baik kerana diberikan petunjuk..
    Apa yang boleh saya katakan daripada mimpi saya alami..tidak dapat saya bayangkan ketakutan apabila saya benar-benar mengetahui bilakah ajal saya akan sampai...jadi,,,,bersedialah..ajal kita mungkin akan sampai pada bila-bila masa sahaja,sesaat pun tidak akan ditangguhkan atau dicepatkan...apabila ajal sudah sampai harap ada bekalan.......







ini adalah salah satu cerita yang menarik dan terdapat dalam buku tersebut.. kongklusinya,Allah berkehendak untuk memberikan hidayah kepada hambanya..sesiapa pun boleh mendapatkan hidayah dan Allah maha berkuasa dalam setiap sesuatu..yang pasti kita sebagai hambanya haruslah sentiasa berdoa agar sentiasa berada dalam Islam dan berdoa agar mendapat hidayah Allah SWT...



p/s:aku sekadar berkongsi kepada kau kau dan kau... kalau ada yang pernah baca buku nie kongsi2 lah pendapat ea...huu

5 ulasan:

Ku Azhar berkata...

alhamdulillah..tp jgn tuan pnye blog pakai tudung tau! hehehe

Fizo Suwito berkata...

kalau tuan blog pakai tudung bkn nk beriman tapi nk ke jahanam..hahaha

Cik tikah berkata...

macam best je buku tuh

Fizo Suwito berkata...

mmg best pn..sbb tu wt entry..hahaha

Nuriy Arisa berkata...

Alhamdulillah ^_^

nie la buku yg awk ckp kat page sy tue yea??^_^

terime kasih awkk sbb kongsikan ^_^ Allah S.W.T mmberi pelbagai "hint" kat kite..tapi terpulang pde kite same ad nk berubah atau tdk...

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...