Sabtu, 15 Disember 2012

rindu kawan

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan,ingat saya tak?Nama saya Justin bibierk pijol alah budak yang dulu selalu lari bogel tulis entry mengarut tu,haa ingat pun nie haa nk cakap haa aku sekarang dah besar tau dah 20 tahun hidup so jangan sesekali panggil aku BUDAK HENSEM panggil aku ABANG MACHO haha (perasan bodoh) . Okay now we going to the jalan cerita iaitu motif aku tulis entry nie..Hurrmm actually aku takde ape2 nak tulis or bagitau kt kau dan sebenarnya aku nak buat senaman jari je malam-malam macam ni.Apa aku bebel ni? korang masih baca ke? bosanlah takyah lah baca.Aku bermonolog je sorang-sorang macam uncle kassim yang disahkan sakit jiwa tu pagi2 bangun tidur bercakap sampai waktu lunch dah makan cakap lagi sorang2 kesian kan kat dia tu? korang kenal ke tak?aku rasa tak kenal kot sebab aku sendiri tak tau siapa uncle kassim tu dan tak tau dia wujud ke tak dalam dunia nie..okay aku nak cakap yang sebenarnya aku rindu kawan-kawan aku,such as syah,iwan,iwan,afif,mat jambu Hakip,ieka,dijah,along,seha</3toing,sape lagi ek? alah bodoh lh kawan sendiri pun lupa nama *dan lain-lain (ini escape untuk ketandusan idea boleh cuba untuk PMR,SPM &STPM,)  budak2 nie lah yang pada zaman form 5 ade yang stranger sgt2 x penah tgur tpi bila dh masuk form 6 dah plus2 boleh masuk kelapa ehh kepala jadilah kawan sumpah aku dianggap pengganas sekolah masa zaman kegemilangan yusoff Haslam iaitu masa zaman gerak khas dulu alah area tahun 2008-2009 haha and then when i'm reborn dah macam kapir pulak main lahir2 semula, maksud aku macam bad boy gone good boy lh konon2 nye (padahal jahat lagi) aku diterima balik masyarakat,eehh macam aku pernah rogol 99 gadis sunti pulak main diterima balik nie..hahaha
Aku dipercayai semula oleh cikgu2 yang pernah mengajar aku masa form 4-5 dulu contohnya haaa Puan Siti Hillmoon yang pernah memberi komentar beliau di belakang kertas jawapan peperiksaan BM (karangan) aku dulu sebab bawah signiture dalam karangan aku tu aku tak tulis nama tapi aku tulis "LU PIKIR LAH SENDIRI" agak kurang ajar bukan? hahaha aku pun dah lupa apa yang dia tulis tapi dia memang marah gila kat aku sebab aku perasan masa awal2 lower 6 time sejarah dia memang tak bercakap dengan aku sebab dia tau yang aku nie degil tahap gajah..ouh sorry aku tulis lupikir lah sendiri tu  time aku form 4,walaupun kena potong markah tapi masih lulus..hehehe..
Tapi kusangkakan panas sampai ke petang tapi mendung di tengahari kusangkakan hujan di kala petang rupanya pelangi menanti di petang hari kiranya malam pula kembali ribut rupanya bulan menyinari pengganti mentari..hahaha eecceehhhhh..walaupun aku tak dapat first intake untuk universiti dan permohonan rayuan untuk panggilan ke-2 pn ditolak aku tetap tak berputus asa bak kata pepatah biar mati anak jangan mati adat biar mati adat jangan hilang akidah..(xde kaitan) aku guna plan B iaitu try guna orang dalam dan ini masih menunggu jawapan nak tunggu orang kat dlam keluar ke tak amek aku kat kat luar..hehe.. okay sebenarnya aku nak cakap yang aku rindu member je tu jelah..hai kawan2 yang baca nie jangan muntah ea?? bye..assalamualaikum........

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...