bismillah..
semasa aku menaip entry nie aku berada di Bpmall sape orang batu pahat mesti tau punya bpmall tu mende.
kalau orang bp *shortfoam bagi Batu Pahat tak tau hukuman buang daerah boleh dikenakan lebih teruk dari buang daerah ialah hukuman pancung sampai leher terkehel kot.
tapi kan kenapa aku nak cerita pasal bpmall sedangkan bpmall bukan bapak atau pak cik aku yang punya tapi apek-apek tua yang sedang megaut keuntungan di atas kebejatan moral masyarakat berbilang bangsa di Batu Pahat. cuba korang yang sedang lapar pergi ke bp mall pada hari sabtu aku jamin korang akan rasa mual dengan gelagat pasangan kekasih muda berpegangan tangan megikat janji berpadu kasih pembohongan dunia yang dirancang startegi oleh syaitan laknatullah.
amek kau aku dah bermadah!!
majoriti golongan yang aku tengok macam tu adalah kaum aku sendiri iaitu MELAYU dan minoritinya adalah bangsa lain spt cina,india, dan orang asli tapi tapi yang mengelikan hati aku budak2 yang baru tingkatan 1 dah pandai berdating yang lelaki pakai spec oakley yang perempuan aww pakai shawl pasmina dan hana tajima men peluk2 pingang konon caring gila dengan awek dia yang baru akil baligh..rasa geli hati aku bertukar menjadi rasa simpati pulak sebab kalau kecik2 da pandai buat macam tu kalau dah form 5 apa yang dia berani buat kn??
satu pertanyaan mula menerpa otakku..SERAAMMM!
budak2 nie bila kita tengok nak tunjuk gempak jerit2 dlm mall cm warik (warik bermaksud beruk dalam bahasa banjar) tapi bila orang besar2 tegur,sound,cubit,lempang,terajang,pukul pasti air mata berlinang (orang2 besar dalam konteks ayat bermaksud orang yg lbih tua,tauke kedai,taiko kongsi gelap/terang dll..
walaupun mereka cerita pasal pekid*,mera*, 3 lin*, dan 360 (ehh tu cm tv3...)
nie aku amek skop yang kecil iaitu bpmall di kawasan aku belum lagi pavilion,jusco sekitar Malaysia,KB mall dan segala shopping2 mall yang ada di Malaysia nie.. aku rasa lebih kurang sama je kot dengan keadaan di tempat aku nie...
nak kongsi? meh sini..comment.........
jadi adik adik,abang abang akak akak dan diri saya sendiri janganlah tunjukkan kebodohan dan keaiban diri anda sebab orang lain meluat bila melihat tingkah kita yang mungkin tidak layak dipanggil MANUSIA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan