Isnin, 1 Oktober 2012

KENAPA BERZINA?


Assalamualaikum...
okay entry nie aku sudah lama tulis tetapi aku publish kat facebook..note facebook tapi sekarang aku dah jarang berfacebook tapi tadi tiba2 aku rasa nak belek2 balik facebok aku tu so jumpalah note2 yang aku karang dulu tu...banyak lah jugak.hahaha kelakar pun ada jugak..okay sila baca...


Bagaimana seseorang remaja itu boleh terlanjur? soalan yang sering bermain di fikiran aku.kenapa? ada dikalangan mereka yang faham tentang agama,mereka bukan tidak tahu tentang dosa pahala
tapi,mereka megikut kehendak nafsu.mereka kalah sebenarnya.aku telah buat  pemerhatian kepada kisah-kisah mereka.
ada diantara mereka yang bermula daripada cinta dan ada yang sekadar mempunyai ramai kawan lelaki.setelah itu mereka mulakan langkah jahanam mereka dengan memulakan aktiviti sosial.@ SO SIAL!
bukan tidak boleh berkawan tetapi binalah sempadan dalam pergaulan tembok yang tidak boleh dipecahkan.
Pengaruh kawan-kawan yang liar boleh mendorongkan seseorang gadis terlibat dalam hubungan seks haram di luar pernikahan, tegasnya terlibat dalam perzinaan yang terkutuk itu.

Bahan-bahan lucah dan filem-filem porno yang boleh diperolehi dengan mudah di pasaran dan juga di dalam internet boleh mendorongkan muda-mudi kita terlibat dalam perzinaan. Hari ini bahan-bahan biadab itu hanya terletak di hujung jari sahaja.

Pernah keluar iklan-iklan yang mendakwa perbuatan membiarkan diri mereka dikucup dan dicium oleh lelaki itu boleh menyebabkan anak-anak gadis kelihatan lebih cun, dan cantik berseri dan lebih seksi.
  kenapa berzina?? mungkin remaja sekarang telah terpengaruh dengan fahaman barat yang terpesong bahawa mereka tidak perlu lagi mempertahankan kesucian diri dan dara mereka sebagai seorang gadis hingga sampai ke malam pengantin yang dianggap telah jumud dan tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang.

Mungkin ada gadis yang berfikiran bahawa permainan seks adalah merupakan sebahagian ciri-ciri penting dalam setiap persahabatan, perkasihan, pertemuan, percintaan dan pertunangan, justeru itu mereka dengan kerelaan hati sendiri melibatkan diri dalam perzinaan.

Bertambah banyak dan mudahnya diperolehi alat-alat cegah mengandung menyebabkan bertambah ramainya gadis-gadis yang terlibat dalam perzinaan, justeru dengan itu bertambah ramailah anak-anak haram yang dilahirkan ke dunia.





aku mahu menekankan disini bahawa bukan satu pihak yang sepatutnya disalahkan,apa yang kita nampak perempuannya saja kenapa? mentaliti masyarakat yang suka menuding jari ini akan memburukkan lagi keadaan.
kenapa perempuan yang megandung saja dihantar ke pusat pemulihan?dimana pusat pemulihan bagi lelaki yang megeluarkan mani kepada wanita itu? sepatutnya kedua-duanya diberikan pemulihan maka dapatlah diseimbangkan...pastikan DNA lelaki itu..janganlah malu untuk berubah kerana di atas ada yang lbih besar untuk kita malu..
sedikit rangkap bagi memenuhi pegisian aku ini.kenapa perkataan "zina" tidak digunakan tetapi perkataan "terlanjur" yang lebih digahkan..sepatutnya perkatan zina itu yang perlu dinaikkan kerana lebih buruk pendengarnya..

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...