Selasa, 13 November 2012

Pudar Kehitaman bab 1

    "kita mungkin tak akan berjumpa lagi, awak jaga diri tau sayang" kata-kata Syidah yang ketika itu hendak menaiki bas menuju tempatnya menyambung pelajaran selepas puas bercuti semester. "Awak jangan cakap macam ni Johor dengan Pulau Pinang taklah jauh mana masih dalam Malaysia lainlah kalau awak belajar kat Australia memanglah susah nak jumpa hehehe"seloroh ku yang membuatkan Syidah tersenyum kosong lalu melambai tangan dan terus menaiki bas yang sudah siap sedia bertolak.Asap bas yang baru bertolak itu menusuk ke lobang hidungku dan seperti menghalau aku pergi dari stesen bas Batu Pahat itu..aku terus pergi ke keretaku dan memandu pulang kerana banyak lagi assignment yang belum siap dan final project ku masih lagi terbengkalai.

Takala aku sedang sibuk menyiapkan final project semester akhir, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah bas di lebuh raya utara selatan yang menuju ke Pulau Pinang dan dengan serta merta aku teringat Syidah yang mungkin salah seorang penumpang  di dalam bas yang kecelakaan itu.
Jam menunjukkan pukul 5.50 petang saat aku menerima berita bahawa Syidah terlibat dalam kemalangan bas yang mengorbankan 20 orang penumpang itu dari salah seorang kawan baik Syidah sendiri ."Afif,aku ni Farhani kawan Syidah kau tengok berita tak yang bas excident dekat pahang tu? Syidah ada kat dalam bas tu sekali!"nadanya sangat serius dan membuatkan aku terkejut dan hampir terlepas iphone 4s yang  baru dibeli 3 minggu lepas. "aku tau yang ada excident, mana kau tau yang awek aku ada dalam bas tu sekali?" kegelabahanku tak dapat dibendung lagi hampir tercabut nyawa mendengar kata-kata hani iaitu kawan Syidah sejak sekolah tadika lagi dan sama-sama menyambung pelajaran di universiti yang sama tapi dalam kos yang berbeza, Syidah mengambil perundangan dan hani dalam pendidikan awal kanak-kanak.Sebenarnya Hani yang aku ingin pikat dahulu ketika mereka bekerja di sebuah pasaraya tapi entah macam mana aku jatuh cinta pula pada Syidah yang berperwatakkan agak ganas tapi manja sebenarnya.
 terasa darahku membeku dan tangan mulai mengigil mendengar berita yang disampaikan Hani.
''mak dia yang cakap,sekarang mak dia nak  pergi hospital besar Pahang dia ajak aku sekali. aku dah siap dah tunggu mak dia ambil je ni".pantas aku membalas"aku follow sekali,cakap dengan mak dia tunggu kejap". Hani yang tak banyak bersoal terus mengiyakan permintaanku "okay aku cakap dengan mak cik Zahara bye,cepat sikit tau". aku terus mematikan panggilan itu.Mak cik Zahara ialah ibu Syidah, beliau seorang guru di sebuah sekolah menengah di bandar Batu Pahat.Seorang yang tegas tetapi penyayang dan disenangi oleh semua anak murid dan serta kakitangan sekolah tempat beliau mengajar.Segala tentang mak cik Zahara diceritakan Syidah kepadaku, daripada susah payah beliau mula mengajar sehingga bagaimana  ibu Syidah bertungkus-lumus membesarkan Syidah seorang diri selepas kematian Ayah Syidah akibat sakit misteri selepas mereka pulang dari bercuti di Indonesia ketika Syidah berumur 5 tahun.Ayahnya menderita selama 2 tahun dan ketika penderitaan itu seluruh badan ayah syidah terasa bagai dibakar dan kadang-kadang dia akan meracau dan berkata-kata dalam bahasa yang sukar difahami.Puas sudah berubat bukan sekadar rawatan moden dan tradional segala cara sudah dicuba,dengar sahaja ada bomoh atau doktor pakar yang mampu mengubati pelbagai penyakit disitu mereka sekeluarga akan pergi,tapi mungkin Allah lebih sayangkan Ayah Syidah,dia menghembuskan nafas ketika ketika Syidah berumur 7 tahun dan ketika itu ayah Syidah genap 40 tahun dan selepas kematian ayah syidah mak cik Zahara membesarkan Syidah seorang diri dialah mak dialah ayah...
"Hani aku kat depan rumah kau ni,mana kau?" aku menalifon Hani dan tidak pula kelihatan kereta mak cik Zahara.."haa,jap" balas hani dan terus mematikan panggilan dan ketika itu sebuah kereta myvi merah jambu kelihatan berhenti di belakang kereta honda civic ku dan sudah pasti itu mak cik zahara."Afif,ikut sekali?" suara sugul wanita separuh abad itu bertanya kepadaku selepas dia keluar dari kereta yang agak kewanitaan."a'ah mak cik ikut sekali,macam mana mak cik tau yang Syidah terlibat dalam kemalangan tu?" aku menyoal ibu Syidah bagi megetahui kesahihan berita ini. "tadi polis telifon mak cik,polis tu cakap yang Syidah cedera parah dia dapat nombor telifon mak cik dalam dompet Syidah, polis tu suruh datang hospital besar pahang,tapi mak cik tak tau pun hospital besar pahang tu kat mana."mak cik zahara membalas dengan suara yang sebak."ouh saya tahu,dulu pernah pergi melawat sedara kat situ,kalau tak silap nama hospital tu
hospital Tengku Ampuan Afzan" jawabku dengan penuh keyakinan. "baguslah kalau afif tau senang sikit kita nak kesana, eh jomlah kita gerak Hani pun dah datang"mak cik zahara mematikan perbualan dan serta merta aku masuk kedalam kereta dan memulakan perjalanan,aku memandu dihadapan dan mak cik zahara mengikut di belakang kerana dia tidak tahu jalan menuju ke Pahang.

Langit yang sebelum ini terang kita telah gelap menandakan hari sudah malam dan kami hanya berhenti di Segamat untuk solat maghrib dan mengisi minyak, hanya aku dan mak cik zahara sahaja bersolat dan Hani tidak kerana dia mengatakan yang dia datang bulan entah betul entah tidak lantaklah bukan masalah aku.kami meneruskan perjalan dalam keadaan penuh kerisauan dan bukan gembira seperti percutian keluarga tetapi gundah gulana meguasai diri."Syidah sayang,aku berjanji jika kau selamat aku akan masuk meminang dan aku berjanji akan menjaga kau selagi nyawa dikandung badan dan selagi kudratku ada,aku janji Nurasyidah binti zulkarnain" dan tanpa aku sedari air mataku sudah membasahi pipi,segala kenangan bersama Syidah bermain di minda seperti wayang MBO memainkan filem-filem mainsterm saat aku dan dia bercuti di pulau pangkor bersama rakan-rakannya,tidur di mcd bukit bintang serta nyanyian sebelum tidur yang menunjukkan kemanjaannya membuatkan aku ketawa dalam tangisan..

jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam, perjalanan yang megambil masa 6 jam dan berjaya membuatkan pinggangku terasa mahu tercabut dari sendi-sendinya,tapi itu aku tak peduli yang penting kini aku dihadapan hospital besar Kuantan Pahang dimana Syidah ada didalam.cepat-cepat aku mengajak mak cik Zahara masuk kedalam hospital itu,mak cik zahara yang kelihatan kepenatan kembali segar apabila aku  menegurnya yang masih berdiri tercegat seperti orang-orang di bendang.
mataku ligat mencari kuanter pertanyaan  dan apabila sampai ke kuanter pertanyaan aku memberitahu yang aku mencari Nurasyidah binti zulkarnain dan mengatakan yang aku hadir bersama ibunya
"ouh ni mangsa kemalangan bas petang tadi,mak cik,adik sila ikut saya, mangsa ni dalam wad icu harap bersabar dia sedang kritikal"jawab nurse yang menjaga kuanter pertanyaan itu lihat pada caranya seperti sudah bekerja selama 2 -3 tahun.kata-kata nurse itu membuatkan mak cik zahara hampir pitam Hani terus menangis dan aku tidak menangis tapi tak bermakna aku tak terkejut tapi perkara ini sudah kujangka sebuah kemalangan yang mengorbankan 20 nyawa dan selebihnya pasti cedera parah kalau cedera ringan mungkin itu superhuman tapi bukan tidak mustahil untuk tidak cedera,itu semua kerja Allah bukan?

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...