Khamis, 15 November 2012

pudar kehitaman bab 3

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi ketika aku terjaga selepas bermimpi aneh seluruh bulu di tubuhku mencanak meremang.Mimpi yang sangat aneh dan agak seram.Aku seorang yang sukar untuk bermimpi dan bila aku bermimpi pasti mimpi itu akan aku ingat  seharian dan akan membuatkan aku berfikir seharian. Malam ini aku bermimpi yang  aku hendak berjimak dengan Syidah ketika malam pertama perkahwinanku,sedang aku mencium lehernya dan mencuba membuka zip baju pegantinnya tiba-tiba Syidah bertukar menjadi pontianak dan mengilai.Syidah bertukar menjadi sang pontianak yang sangat hodoh bukan seperti Maya Karin yang menjadi pontianak cantik kalau seperti maya karin makin bernafsu aku dibuatnya.ketika itu Syidah melompat di hujung katil dan berkata "kau bodoh sayang kat aku! hahahahaha." dia terus terbang kearahku dan serta merta menampar mukaku dan terus aku terjaga."Astaufirlahalazim! haram jadah punya mimpi".terasa seperti benar-benar ditampar pipiku.Mungkin itu sekadar mainan Syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak adam yang  hensem sepertiku.
aku cuba tidur semula tetapi tidak mungkin berjaya kerana sekali terjaga memang tidak mungkin mampu tidur kembali itulah Afif.Aku megambil telifon iphone ku dan melihat satu persatu gambar Syidah,ada yang diambil sendiri oleh Syidah ketika pertama kali memegang  handfone ku ini jakun seperti anak orang asli di hutan amazon ketika pertama kali memegang  talifon nokia 3310 habis dibelek-beleknya.sikit-sikit ambil gambar itulah perempuan tunjuk gigilah nasib tak buat mulut itik macam nur fateeha yang popular dengan video sore eyes 5 days mc tu.Aku lihat satu persatu gambarnya dengan teliti dan benda pertama yang aku perasan ialah boleh tahan besar dada Syidah ni haishh bodoh otak kotor setan setan! tapi melihat kecomelannya memang comel dan Syidah pernah bercerita kepadaku yang ramai ingin memikatnya di universiti tak cukup dengan pelajar junior dan senior sahaja kakitangan universiti juga ada yang cuba memikatnya dengan sering membelanja Syidah dengan kawan-kawannya makan di kafe dengan cara membayarkan bil makanannya dan bila Syidah hendak membayar pekerja disitu akan megatakan bilnya sudah dibayar dan orang itu memberi namecard nya kepada Syidah dan orang itu ialah Pensyarah muda di jabatan teknologi maklumat alangkah terkejutnya Syidah tapi dia sekadar megambil namecard itu dan hanya meyimpanya sahaja dan hanya itu saja yang diberitahu kepadaku.Baiknya Syidah kepadaku setianya aku balas dengan kesetiaanku yang tak berbelah bahagi.
Azan subuh telah berkumandang tapi aku buat-buat seperti tidak dengar rasa malas ingin bersolat telah meguasai diri setan menang pagi ini dan aku pun terlena diselimuti kulit babi....
"Some nights, I stay up cashing in my bad luck
Some nights, I call it a draw
Some nights, I wish that my lips could build a castle
Some nights, I wish they'd just fall off"

lagu somenight dari band fun mula berdering dan mengejutkan aku dari tidur dan kulihat Hani sudah terpacak di depan keretaku sambil tangannya memegang handset murahnya di telinga dan kulihat Hani yang menalifonku dan kulihat jam sudah pukul 12 tengahari dan aku mengangkat panggilan itu "wei tak payahlah angkat buka jelah pintu kereta" suara Hani yang agak manja dan sedap memarahiku "hahaha yelah-yelah"aku mentertawakan si gadis comel ini.Hani memasuki kereta dan mengomel yang dia tak boleh tidur dalam bilik hotel ni sebab takut tidur sorang-sorang dan aku menjawab "apsal tak ajak aku tidur dengan kau malam tadi? hahaha"  Hani dengan muka agak merah membentak "gatal kan kau? aku cakap dengan Syidah bila dia dah sihat nanti! "Hani mengugutku dengan ugutan yang langsung tak kutakuti."trett treeett trrrreeett trreett" henset nokia lampu picit Hani berbunyi dan begitu juga hensetku dan ku lihat mesej itu dari Mak cik Zahara yang berbunyi
"Afif,Hani Ida dah sedar,syukur Alhamdulillah,dia takde ape2
keputusan x ray pun positif..nanti waktu melawat datanglah kowang tidur asing kan malam tadi?"hehehe

Alhamdulillah!! Syidah dah sedar perasaan gembira yang tersangat hebat mula menerpa keseluruh badanku seperti ingin menari tarian oppa gangnum style pun ada juga aku hidupkan kereta dan menuju ke stesen minyak yang terdekat untuk mandi dan membuang segala yang patut dibuang kerana aku dapat rasakan coklat manusiaku sudah berada di pintu gerbang dan hanya tinggal terkeluar sahaja.Sampai sahaja di Stesen minyak petronas cepat-cepat aku keluar dan meninggalkan Hani di dalam kereta.
"Awak pun ada sekali?" itu sahaja yang dikatakan oleh Syidah saat aku sampai ke wadnya mungkin kerana dia masih lemah kerana baru sedar dari koma.sedikit kecewa melanda diri saat Syidah berkata begitu kepadaku. uhh tak mengapa soalnya Syidah okay itu yang paling penting.
Aku memerhatikan Syidah yang langsung tak ingin bercakap denganku dan dia juga tidak memandangku langsung tetapi dia agak senang bebual dengan Hani.Apa salah aku? apa aku buat?
Lantak lah!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahahahaa pakai honda pakai iphone tido dlm kete ? Hahahaha

Eiqa Pika berkata...

I want more! Please sambung. Please please please! :D

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...