Assalamualaikum..
Bunyi hampir sama tapi punyai maksud yang berbeza tapi sering kali ia datang berdua dan membuatkan kita kadang-kadang tersalah pilih mana dulu perlu diberi laluan dahulu..Okay apa yang aku nak ketengahkan disini adalah cinta masa belajar tak kiralah di ipt,sekolah menengah mahupun sekolah rendah...Aku ada buat sedikit kutipan suara kat facebook dengan whatsapp jadi ini dia pandangan dari
Nur Hamizzah a.k.a Izzah
" Okay je,Yang penting both of them serious dan ada matlamat ke arah perkahwinan.aku tak menentang orang nak couple time study".
"cinta sekolah rendah cinta tanpa logikal,perasaan ingin mencuba.
cinta sekolah menengah,cinta monyet,masih tak berpijak pada realiti..
dan berharap sangat cinta itu akan kekal selamanya.
cinta di IPT cinta realiti yang mula mematangkan,tak berharap sepenuhnya
tapi berusaha untuk megukuhkan hubungan sampai ke alam perkahwinan
seiring dengan kejayaan.
Cinta selepas belajar berharap cinta itulah jodoh yang ditentukan jika hilang,
separuh hati akan mati".
Aisah Yusoff
"Muhamad Hafizul Suwito,cinta sekolah rendah ke,menengah ke,ataupun IPT akan sampai ke
destinasinya tapi kena beri laluan cita-cita dan masa depan.kalau dah berjaya barulah cinta jadi kenyataan.Kalau dok makan cinta je memang separuh jalanlah nampaknya..Ingat tu nak nyara anak orang tau..ni nasihat mak mentua tau...he...he...".
Seperti yang kita sedia maklum cinta itu besar definisinya dan ia tidak terhad tapi aku kecilkan skopnya kepada cinta antara lelaki dan perempuan,cinta antara siswa dan siswi cinta anak perempuan dan anak lelaki..hahaha garang tak?Cita-cita adalah garapan impian dan harapan seseorang akan masa depannya. Motivasi paling setia dalam rangka sebuah kejayaan, pembakar semangat kental dalam menapak maju ke hadapan. Sebuah eskalator termaju dalam pencarian erti kehidupan sebenar. Seringkali saat kita sedang mengejar cita-cita datang pula cinta menambah lagi bab dalam perjalanan kehidupan seorang pelajar.
cinta+cita-cita=choki-choki
Bagi aku tak kira bila cinta itu datang ketika kita nak kejar cita-cita,ketika kita sedang kumpul overtime untuk beli honda e.k ataupun ketika nak selesaikan calculus dan algebra apa yang perlu kita ada adalah ilmu tentang cinta..haaa jangan main-main bercinta dengan ilmu ini membuatkan kau dapat kawal nafsu dan kau akan dapat membahagikan antara cinta dan cita..
"Acano nak dapek ilmu cinto jang?"
Haaa,ilmu cinta bukan sekadar bergantung pada pengalaman,tapi ia juga perlukan pertanyaan.(betul ke ayat aku?) kau kenalah tanya pada yang dah bercinta dan berjaya mengekalkan cinta mereka,apa petua..sekarang nie buku fasal cinta pun ada macam TERFAKTAB..beli je..RM 25.00..
Okay balik pada tajuk..
Kalaulah ada antara kalian sedang mengalami situasi bilamana kau dah binggung nak kejar cinta atau cita-cita.Maksud aku partner kau tu tak sabar nak kawin ataupun tak suka kau study sebab jarang jumpa dan ketidak percayaan bila kau akan berhijrah ke tempat lain kau akan bertukar hati..
Biasa benda ni berlaku pada budak-budak lepas SPM hahaha..Nak sambung study tapi pakwe/makwe tak bagi haisshh serba salah..okay aku bagi advice untuk kau..
1) pakwe/makwe kau ke bela kau dari kecik? sampai tak bagi further study?kalau dapat partner macam nie dump je settle tak guna orang macam ni.Couple untuk senangkan diri bukan susahkan diri nak menghadap benda bodoh macam nie..
tu je yang mampu aku bagi kalau pakwe kau tak terima apa yang kau putuskan call aku..hahaha
Alangkah indahnya kalau kau dapat membahagikan antara cinta dan cita dan kau dapat kedua-duanya.Saat kau dapat degree dan partner kau pun sama-sama graduate fuhh pastu kahwin bahagia sampai tua kaya..bapak ehh seronoknyeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
So jika saat kau kejar cita-cita datangnya cinta teruslah kejar cita-cita dan peluklah cinta bersama.
pastikan yang kau kejar dapat ditangkap dan yang kau peluk terus erat dalam dakapan.
Bagi aku cinta masa belajar bukan penghalang bagi mengapai cita-cita,kita yang mengolahkan cinta kita dan sepatutnya kita juga mampu mengawalnya.Jangan bagi alasan kau gagal spm/final exam sebab cinta tu salah kau bukan salah cinta tau..kesian dia tak memasal kena salahkan kalau kau rasa kau belum ready silakan untuk tak bercinta,silakan tolak cinta untuk sementara tiada masalahlah kan? haaaa hehe
okay selamat bercinta dan semoga dapat mencapai cita-cita..
p/s: pastikan partner kau tu berlainan jantina,original dan bukannya unknown gender..
Assalamualaikum
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."
"Insan tanpa cita-cita, ibarat aliran air dari pergunungan menuju ke dataran rendah. Terus mengalir namun tiada pedoman arah tujunya."
1 ulasan:
pijol,.,.,kaki meroyan perempuan.,.,agagagagagag
Catat Ulasan