Bismillah
Assalamualaikum..apo khabo? okay aku tak nak tulis intro yang terlalu panjang cukup setakat ini sahaja.
Pernah dengar tak fasal paranoid cinta?aku mendefinisikan perkara ini kepada seseorang yang single kerana terlalu trauma dengan orang sesekeliling yang bercinta yang dihujamkan dengan pelbagai masalah dalam percintaan,biasalah kalau bercinta takde masalah itu bukan manusia alien namanya tapi takkan lah alien takde masalah kalau bercinta? apa petua? hahaha..Orang yang paranoid bercinta ini akan takut untuk memulakan langkah pertama dalam menjerumuskan diri untuk bercinta kerana tidak berani untuk mengalami rasa cemburu,masalah bodoh yang membebankan kepala otak dan dia lebih suka bercinta dengan alam dia sendiri.Ini pendapat aku je..seseorang yang paranoid cinta ni selalunya akan prefer untuk memiliki ramai kawan bagi megurangkan rasa sunyi(sunyi ke?) dan dia juga akan menjadi tempat mengadu bagi kawan-kawan dia yang memegang status in relationship dan dia juga akan memberikan advice yang boleh pakai sebab dia ada ramai kawan dan mungkin ramai kawan yang menjadikan dia sebagai tempat mengadu so dia kumpul semua masalah dan mencipta satu ideologi baru dan mnyebarkan kepada kawan-kawan dia yang mempunyai masalah dalam percintaan,jangan tanya aku apa ideologi si paranoid bercinta ini hahaha..(aku agak je)
Jadi secara tidak langsung si paranoid bercinta ini akan bertambah trauma untuk bercinta dan melebelkan lelaki tidak boleh dipercayai sangat.kalau si paranoid bercinta ini perempuan lah kalau lelaki sama je perempuan pulak tak boleh dipercayai sangat..
Haa jangan fikir takde lelaki yang paranoid bercinta..Aku pernah merasa menjadi si paranoid bercinta ini..
Masa budak-budak sekolah menengah sebok nk cari awek/pakwe aku pulak sedang takut dengan perkara ini bukan sebab aku tak hensem aku good looking ape? hahaha Pada masa tu aku merasakan perkara ini buang masa,buang duit dan aku menyampah dengan perempuan yang sedang sebok nk pasang scndle lah pakwe hot lah dan korang yang pernah bersekolah pasti tau perkara yang aku hujahkan nie.
Jadi masa tu aku jadi tempat member lelaki dan perempuan menceritakan masalah diorang dan aku yang takde pengalaman menjadi tempat pertanyaan perkara yang aku sendiri tak pernah alami.
Apa ini?
Aku pun membuat satu konklusi mudah yang mengatakan bercinta itu menyusahkan..
Tapi langit tidak selalunya mendung,masa aku tingkatan 6 seseorang hadir mnyusahkan aku ehh tak susah suka suka tapi langit tidak selalunya cerah hujan tiba-tiba turun saat hati sedang bergembira..Orang yang aku cinta tidak memantulkan kembali sayangnya..hahaha Tapi aku tidak mengalah aku tidak lagi jadi si paranoid aku jadi si playar eh player haaaa jangan main-main,dan masa aku dah stop menjadi playar aku buat ideologi baru.."Cinta itu mudah kalau kau mudahkan,cinta itu sakit kalau kau sakitkan,cinta itu hebat kalau kau hebatkan,cinta itu susah kalau kau susahkan dan segalanya bergantung pada diri sendiri."
Kalau kau nk tunggu cinta yang perfect mati dulu pastu mati balik pastu mati balik pun kau tak jumpa sebab
mana nk dapat benda yang sempurna secara total? tapi apa yang kau perlu adalah benda yang cukup untuk kau haa ini baru betul.
Apa ini melalut? tapi macam ada kaitan...hahaha
Bagi aku kalau kau nak tackle si paranoid cinta nie kau kena tunjukkan yang kau mmg total nak nakkan dia dan kau tunjukkan memang kau nak kahwin dengan dia..Tunjukkan kau terer gila vabi tapi janganlah over penerajang makan dia karang..
Tapi apa yang paling penting dalam bercinta adalah kau kalau nak bercinta kau kena cinta yang berlandaskan cinta akan Allah dan Rasulullah baru cinta till Jannah..ini paling penting dari sejuta perkara lain..
(nasihat untuk diri sendiri juga)
okay aku rasa aku tak kupas secara mendalam fasal paranoid cinta nie..kalau karangan dapat c+ je nie..hahaha dulik..
Assalamualaikum w.b.t
Prefer to be a heartbreaker rather than experience itself the heartbreak
1 ulasan:
baru tahuuuuu. huhuhu
Catat Ulasan