Rabu, 9 Januari 2013

Cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana Baginda sangat mencintai kita.


Bismillah.
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W .Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik Maka,kubur terbelah dua.Pada seruan yang ke-2 pula,kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ke-3,ketika Rasulullah S.A.W  berdiri,baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W .
Baginda  S.A.W  melihat kanan dan kirinya.Baginda S.A.W  dapati tiada lagi bangunan.
Baginda S.A.W menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda S.A.W bersabda:”kekasihku Jibril! Gembirakan aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda S.A.W bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda S.A.W bersabda:” bukan itu maksud pertanyaanku”
Baginda S.A.W bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimana perjanjian mereka?”
Baginda S.A.W  bersabda:”Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku”
Jibril as menyeru:”Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan  oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat,baginda S.A.W akan bertanya:Dimana umatku?
Jibril as berkata :Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang,Jibril as menyeru:’Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad S.A.W berkata:”mengapa kamu berdua menangis?”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu,Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya:”Dimana umatku?”
Jibril as berkata:”Mereka semua telah datang ,Mereka bejalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar serita demikian Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril!Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W.”
Nabi Muhammad S.A.W  bertemu umatnya yang berdosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:”Wahai Muhammad!”
 Nabi Muhammad S.A.W bersabda:”Wahai umatku.” Mereka berkumpul disisinya.Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:” Di mana umat Muhammad S.A.W?”
Jibril as berkata:”Mereka  adalah sebaik umat.”Allah Taala berfirman:”wahai Jibril !Katakanlah kepada Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata:’Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala!”
Nabi Muhammad SAW berpaling kea rah umatnya lalu berkata:”sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah berfirman:”Hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini,Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku,dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-Ku.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.Nabi Muhammad SAW  menyeru:”Tuhanku..Penguasaku,Penghuluku….! Aku tidak meminta untuk diriku.Sesungguhnya aku meminta untuk Umatku dari-Mu.”
ketika itu juga,neraka jahanam berseru:”siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku…Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali,baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.Mereka berkata:Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya.
Fatimah ra.bertanya:”Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti,wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab:”kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat  Mariam,Asiah,Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad SAW.Mereka telah sesat dari nabi mereka.”Suara Mariam telah didengari oleh  Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku,wahai umatku!
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya..Ketika di atas sirat Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas sirat.setiap kali baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat,baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan di kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...