Khamis, 31 Januari 2013

barisan Nasional pencipta Malaysia

Bismillah
nie aku copy dekat facebook..sila baca dan faham>>

"Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku merenung ke siling. kulihat lampu yang menyala, kulihat kipas yang berpusing. aku sungguh terharu. lalu ku berlari keluar rumah. sambil menitiskan air mata, aku tersenyum melihat lampu jalan yang nyalaannya macam hidup segan mati tak mahu. lalu aku panjatkan kesyukuran ke atas kerajaan Barisan Nasional kerana telah melimpahkan kurnia tenaga elektrik pada bumi yang tercinta ini.

sesudah penat mendongak ke lampu, aku pun tunduk. kulihat jalan yang kelabu. aku melutut dan tekapkan tapak tanganku ke atas jalan. aku geselkan pipiku ke atas jalan tar yang kasar itu. sambil menangis aku berkata. aku bersyukur dengan kehadiran jalan ini. tanpa jalan buatan kerajaan Barisan Nasional, hidup aku mungkin punah dimamah tanah merah.

setelah ditegur oleh jiranku seorang pembangkang, "woi orang gila. kau tonggeng tengah jalan dah kenapa?" aku pun masuk ke dalam untuk menjenguk ibuku yang berada di dapur. ku lihat tong gas! dengan rasa kesyukuran aku memeluk tong gas itu seerat-eratnya. tiada barisan nasional, tiadalah tong gas. ibuku kehairanan. dia menyuruhku masuk ke bilik sebelum perkara yang lebih tak senonoh akan berlaku.

lalu aku ke ruang tamu. ku buka TV untuk melihat rancangan kegemaranku. Buletin Utama. aku menangis keriangan. tak dapat aku halang air mata kesyukuran ini bila melihat wajah Perdana Menteri kesayanganku Dato' Seri Rosmah Mansor di kaca TV. rasa syukurku kepadanya membuak buak. tanpa beliau mungkin kita semua akan dibunuh komunis. dengan menggunakan smartphone yang ditebus dengan RM200, aku merakam setiap bicaranya.

aku sungguh bersyukur kerana mempunyai pemimpin sebegini. dia telah bina hospital, sekolah, jalan raya, traffic light dan papan tanda menggunakan duitnya sendiri. dia juga telah melimpah kurniakan BR1M yang tak terhingga nilainya. aku rasa diri aku begitu hina jika tidak dapat membalas budi beliau. aku tak layak digelar manusia!

sedarlah saudara saudari sekalian. tanpa Barisan Nasional, mungkin negara kita akan menjadi padang jarak padang tekukur. kosong kosong kosong. kita semua akan jadi seperti masyarakat primitif. berbogel sahaja. jadi marilah kita sama-sama membalas budi mereka."

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...