Rabu, 14 November 2012

Pudar Kehitaman bab 2

kami melangkah gagah menuju wad icu, membontotkan cik Teratai nama nurse ini yang menunjukkan jalan ke wad dimana terletaknya syidah,Cik Teratai memperkenalkan kami dengan seorang doktor,Hitam manis orangnya dan aku jangka mungkin keturunan jawa sepertiku. "doktor,ni keluarga nurasyidah,mangsa kemalangan ngeri yang dalam pemantauan kita tu"kata-kata Cik Teratai memperkenalkan kami kepada Doktor ini.'' ouh,keluarga syidah,mari ikut saya ke wadnya.kecederaan kepala dia agak teruk tapi kami masih menunggu keputusan xray untuk memastikan tiada pendarahan dalaman,selain itu dia mengalami patah tangan serta luka-luka kecil"jelas doktor Supri serba sedikit tentang keadaan Syidah.. Dah ku agak doktor ini jawa,cara cakap dan nama sudah dapatku tahu.
Sekujur tubuh yang terbaring dan tangan yang berbalut kerana patah tulang serta wayar dicucuk ke leher seperti manusia cyborg yang sedang dicaj tenaga kerana selepas pulang bertarung menentang alien dan juga alat bantuan pernafasan setia melekat menutupi hidung serta mulutnya."Syidah,kau kena kuat,kau kena hidup aku nak kawin dengan kau!aku nak didik anak kita dengan kau dan aku nak hidup dengan kau! airmataku tak dapat ditahan lagi saat melihat kekasih hati yang sangat dicintai terbaring tak bergerak dan seperti orang bodoh yang tak reti bernafas sendiri.Hani dan mak cik zahara tidak berhenti menangis dari tadi, teresak-esak mendengar suara mak cik zahara ketika dia berkata-kata kepada Syidah.
"mak cik,ikut saya sekejap" doktor Supri memanggil mak cik Zahara,mungkin untuk memberitahu keadaan Syidah. loghat jawanya masih kedengaran walaupun sudah menjadi doktor,itu membuatkan aku tersenyum sedikit walaupun dalam keadaan  yang mungkin senyuman itu tidak patut hadir bersama.
Melihat kepada keadaan Syidah aku dapat merasakan bahawa dia mengalami pengalaman yang sangat dasyat ketika kemalangan bas itu.tangan kanannya patah dan dimasukkan besi kerana tulangnya yang patah tersembul keluar dari kulit itu dapat dilihat pada balutan yang ku sangkakan disimen tetapi dibalut kerana luka.
teruknya sayang kecederaan kau...

Mak cik Zahara datang kembali dengan wajah agak tersenyum tetapi mata yang masih berkaca,,"Hani,Afif mak cik tidur sini, korang sewalah hotel kat bandar Kuantan ni.Pasal bayaran jangan risau mak cik bayarkan tapi sewa dua bilik satu Hani satu Afif jangan sewa satu tak memasal Afif kawin dengan Hani pulak nanti Syidah nak kawin dengan siapa?" orang tua ni sempat lagi bergurau masa sedih-sedih,aku yang tengah sedih dah ketawa-ketawa malu, yaaa memang malu saat dia cakap Syidah nak kawin dengan siapa tu."eehh tak payahlah,saya tidur dalam kereta je Hani biar tidur dalam wad kanak-kanak dia kan pandai jaga budak". selorohku yang memanjangkan gurauan "kau jangan ngade-ngade lah fif! aku tidur hotel kau hantar aku lepastu kau tidur kat parking lot hotel bolehkan? aku tau kat bandar kuantan ada hotel bajet".Hani mencelah untuk tidak dipaksa olehku untuk tidur di wad kanak-kanak."hahaha..kau kalau hotel tau je kan Hani?" aku menahan gelak yang agak kuat. "BODOH!" Hani megeluarkan bodoh yang pekat lagi diboldkan bunyinya.."Dah lah kamu bedua ni begurau pulak kat hospital.nah rm 200.00,cukupkan? lagipun Afif nak tidur dalam kereta kan? okaylah bye mak cik nak pergi toilet,hati-hati tau dah pukul 12.30 malam ni"
"okay thanks mak cik,ada apa-apa call Hani".sukalah budak ni dapat duit,hotel baru 100 lebih atau kurang dari tu..yelah hotel bajet.

Jalan raya agak lengang ketika aku menyusuri bandar kuantan, hanya segelintir mat-mat rempit berpeleseran di sekitar bandar dan mereka agak megerling melihat keretaku yang agak bising sistem ekzoznya serta bunyi pancitan turbo setiap kali ek9 ku bergerak dari traficlight yang tidak banyak kenderaan lalu..
 "Kau rasa Syidah okay tak?" aku megajukan soalan yang mungkin sudah aku jangka jawapanya kepada Hani yang leka mendengar lagu coldplay koleksi dalam pendriveku yang dipasang ke radio pioneer kereta honda civic ek9 ku ini.sistem bunyi yang dikuasakan dengan radio kenwood,equalisers pun pakai kenwood.Itu yang membuatkan tune bass aku sedap, tapi paling penting emplifire aku 4 way jadi memang kuatlah speaker-speaker yang kat dalam kereta aku ni, tapi apatah bangkai kalau semua benda ada tapi speaker standard, aku guna speaker kenwood kfc-m6945A.
"Aku rasa Syidah akan okay diakan kuat,kalau tak kuat takkan kau dengan dia boleh couple sampai 3 tahun.perangai kau kan macam monyet hahaha". uh sial si Hani ni kenakan aku pulak nasib kawan kalau tak kenal dah lama aku tinggalkan dia kat tempat mat rempit tadi. "kau sial kan? hahaha aku bagi kau kat mat rempit tadi biar diorang jadikan kau cikaro,baru padan muka kau! kau nak tidur kat hotel nie ea?"aku memberhentikan kereta tanpa mematikan enjin di sebuah hotel bajet, signiture hotel namanya.."a'ah,ni lah hotelnya,aku pernah tidur sini dulu dengan kawan aku masa bercuti kat sini" jelas hani sambil megambil barang-barangnya yang diletakkan di kerusi belakang kerana tak muat untuk diletakkan di dalam bonet yang kecil kerana dimuatkan speaker.
"ye yo'o je kau pergi dengan kawan ntah-ntah boyfriend,bukan ex-boyfriend kau orang Pahang ke?"aku cuba menyakat Hani yang kelihatan agak megantuk."bodoh lah kau ni! mana ada.dah lah bye-bye betul tanak tidur dengan aku?hahaha".Hani memberi pelawaan yang agak berbahaya kepadaku "boleh! kalau kau bagi"pantas aku terima pelawaan yang mungkin gurauan "aahh bodohlah kau, tidur dalam kereta! tak nak aku tidur dengan kau,dinasour! dah bye doakan Syidah" seperti terkena kejutan elektrik malu kerana Hani memang bergurau dan menyebut nama Syidah sebagai penyedarku..bodohnya aku! malu sey..
Malam ini tiada panggilan dari Syidah gadis genit yang comel dan bermata besar tapi sedikit berjerawat itu.Nurasyidah nama yang diberikan oleh bapanya kerana bersempena nama akak kepada arwah ayahnya Nurasyidoh. Dialah yang menjaga ayah Syidah selepas kematian ibu-bapa mereka semenjak umur ayahnya 2 tahun..
Aku menurunkan kerusi kereta agar lebih selesa untuk memaksa mata yang  mungkin takkan tidur ini.Tingkap aku buka sedikit agar aku tak mati lemas sebab enjin aku matikan dan malam inipun seju jadi tak perlu aku buka aircond..
Teringat kembali saat pertama kali aku bergaduh dengan Syidah, yaa pertama kali walaupun sudah 3 tahun aku couple tapi itulah pertama kali aku dengan Syidah bergaduh hanya kerana buku,ketika itu aku nak beli buku yang berkisar tentang politik yang bertajuk "PRU 13,UMNO akan tumbang?" tapi Syidah tidak membenarkan kerana dia menyangka yang  aku terlalu muda untuk membaca cerita politik Malaysia lalu dia mencadangkan agar aku membeli koleksi lawak kampus! tidak mungkin aku akan membeli koleksi lawak kampus yang tebal seperti kamus dewan bahasa edisi ke-4 itu."kau kenapa?suka hati aku lah nak beli buku apa".suara aku agak meninggi ketika itu dan ku lihat wajah Syidah mula berubah bukan berubah untuk menangis tapi untuk melawan aku"yang kau pehal nak tengking-tengking aku?kau ingat kau suami aku?kau beli buku macam tu bukan kau baca,membazir tahu?". egoku agak tercabar,orang sekelilingku sudah megalihkan perhatian daripada buku kepada drama yang berlaku antara Syidah dengan aku.
"lepastu kau nak suruh aku beli lawak kampus lawak bodoh tu? mana ada orang melawak dalam kampus macam tu sekali?" aku membantah syidah kelihatan makin menyetan "lantak kau lah! bodoh lama-lama gaduh dengan kau.!" tak ku sangka Syidah marahkan aku sampai begitu sekali tapi aku takkan mengalah ketika itu aku menolak Syidah tapi tidaklah sekuat mana walaupun tolakkan aku itu terkena tepat pada dadanya dan aku agak terkejut dan begitu juga Syidah."Bodoh!" satu makian berserta tamparan tepat mengena dipipiku dan Syidah berlari keluar dari POPULAR..Keliling mall aku mencari Syidah tapi tak kelihatan cubaan panggilan ku pun tak dijawab dan akhir sekali hanya wanita mesin yang menjawab "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi" memang terasa sial pada hari itu.aku pergi ke tempat parking kereta dan kelihatan Syidah berada dalam kereta serta merta aku check kocekku dan baru aku teringat yang kunci,dompet serta handsetku satu lagi berada dalam beg Syidah.ketika aku ingin memasuki kereta rupanya keretaku di lock dan Syidah megejekku dari dalam segala marah,benggang dan malu hilang begitu saja saat melihat Syidah mengejekku dengan mukanya yang  comel itu."awak buka pintulah",sambil aku mendekatkan muka merapati cermin kereta seperti muka orang yang melekat di cermin..Syidah menurunkan tingkap kereta di pintu bahagian pemandu."awak kena masuk dari tingkap sebab awak tolak saya tadi.tolak kat dada pulak tu gatal nak mampos!".kata-katanya yang memberikan arahan itu aku turuti walaupun tolakkan aku tadi tidak sengaja tapi memberi impak yang besar pada Syidah.."okay saya masuk,aauummm aauummm"lagakku yang masuk ke dalam kereta seperti harimau itu membuatkan Syidah ketawa dan ketika badanku sudah masuk ke dalam kereta dan hanya kaki sahaja yang tinggal Syidah keluar dari kereta dan membuka pintu dan aku pun tergantung pada pintu dan membuatkan aku merasa senak di bahagian mahkota kelakian."woi rosak pintu lah sengal! senak kau tau!." cepat-cepat aku turun dari tergantung di pintu,,"sengal sey dia ni."Syidah tak berhenti ketawa dan dia ketawa sampai menangis! "tulah buat jahat lagi kat orang,kan dah kena.beli jelah lawak kampus tu bukan suruh dia baca orang yang nak tau kedekut taik idung pahit!" Syidah buat muka kononnya dia sedang bersedih."hahaha lain kali cakaplah sayang sayang nak buku tu"aku membalas dengan gelak serta mencubit dagunya.."eee geli je macam tu gedik tau tak macam awak gedik."sememangnya Syidah benci pada kegedikkan aku masih ingat lagi  ketika mana aku bersama Syidah serta kawannya yang berpasangan pergi ke majlis reunion kawan-kawan kelasnya ketika darjah 6 dan ketika itu dia melihat kawan-kawannya yang dulu comot kini sudah cantik,yang lelaki dulunya nakal sudah bijak berkata-kata dan aten yang dulunya pengawas dan pantang sekali jika pelajar bising dia pasti tampil ke hadapan dan menulis nama pelajar yang bising di papan hitam tapi kini si aten sudah pandai berkepit dengan teman lelakinya yang juga kawan sekolah menengahku.sikap aten yang tergedik-gedik ini yang membuatkan Syidah sedikit tidak suka berada dalam majlis itu yang diadakan di sebuah restoran yang sudah ditempah khas oleh kawan Syidah, Haidi namanya dialah yang bertanggungjawab memastikan majlis itu berjalan lancar.aku dengan Syidah duduk di satu meja bulat yang mampu memuatkan 6 orang dalam satu meja jadi mungkin sudah dirancang meja ini meja couple jadi ada tiga pasangan couple di meja ini aku dengan Syidah,emma dengan entah siapa nama pakwe dia tu serta Hairi dengan si gedik aten,dari situlah aku dapat tahu yang Syidah tidak suka perempuan gedik dan Syidah memang tidak pernah gedik denganku hanya manja.
"okay lah saya gedik dengan awak je kalau saya gedik dengan aten kang haaa," saja aku sebut nama si aten itu bagi mengingatkan kegedikkan kawan sekolah rendahnya itu."ee bodoh sey hahaha..dah lah jom hantar saya balik rumah mak, tanak duduk dengan awak..hahaha"sememangnya aku akan hantar Syidah balik rumahnya kerana memang itulah rumahnya aku belum berkahwin dengan dia itu sekadar gurauan manjanya..
Mataku sudah berat,badanku agak penat kerana perjalanan dari Batu Pahat ke Kuantan Pahang bukannya dekat.aku pun melelapkan mata dengan harapan hari esok Nurasyidah binti Zulkarnain akan sedar dan kembali pulih amin..............................................................

2 ulasan:

teyhasahaje a.k.a NURUL berkata...


terbaikkk!

ude berkata...

Hahahahaha banganglaaaaahh..kelakarlaaa tapi

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...