Sabtu, 16 April 2011

kisah cinta Ikram 2

       Ikram termenung di jendela sambil menghembus asap rokok winston tanpa memikirkan kenikmatannya.di dalam kotak fikirannya hanyalah yani yang telah pergi meninggalkannya.Ikram masih tidak dapat berhenti daripada menghantar mesej kepada yani dengan megatakan bahawa dia masih cintakan yani."aku tau aku salah,aku buat semua ni sebab aku cintakan kau,aku jeles sebab aku tak mampu menahan perasaan aku bila aku tengok kau wall to wall dengan lelaki lain walaupun hanya berbicara tentang perkara biasa..Apa yang aku buat hanya untuk membuat kau gembira.. dengan meninggalkan aku maka aku akan berpura-pura dapat menerima walaupun kenyataannya aku sakit yani".Ikram menelaah kembali mesej-mesej itu walaupun tidak dibalas sepatah kata pun.
      "IKRAM!"ibunya memanggil dengan nada yang agak tinggi sehingga ikram terjaga daripada lamunan yang memainkan yani sebagai watak utama dalam fikiran.jam telah menunjukkan pukul 9.35 p.m tetapi ikram masih belum menunaikan solat isyak.Dia melangkah loglai menuju ke bilik air untuk megambil wudhuk dan terus menuju ke bilik tanpa membalas sepatah pun bebelan ibunya.
       Selepas menunaikan solat isyak ikram terus merebahkan badannya di atas tilam yang empuk dan secara tiba-tiba otaknya memainkan lagu micheal learn to rock yang berjudul that why you go away.Ikram semakin sebak walaupun yani telah meninggalkannya selama 1 bulan dan dia sudah beriktiar pelbagai cara untuk melupakan tetapi, ia hanya berjaya untuk tempoh 1 hingga 2 minit sahaja.Tiada kesempatan di dalam kotak pemikiran ikram untuk melupakan yani yang telah memperkenalkan istilah "cinta" ,"sayang" dan ambil berat terhadap gadis kepadanya.
     Sebelum ini ikram tidak pernah memikirkan tentang soal cinta, yang ada hanyalah kepuasan jiwa dan megiisi zaman remajanya dengan pelbagai perkara selain cinta.Tetapi,selepas yani tiba-tiba muncul dalam hidupnya dia merasakan bahawa adakah ini perasaan mencintai?adakah ini yang digembar-gemburkan dan diagong-agongkan perasaan ini didalam karya-karya sastera Aminurasyid,william shakepeare dan beratus-ratus sasterawan dan novelis-novelis sehingga dihuraikan cinta itu boleh megubah dunia,mampu membuat seseorang itu berkhayal 24 jam sehari sehingga lupa dunia,cinta itu mampu membuat seseorang gembira sepanjang hayat dan cinta itu mampu membuat seseorang itu meyesal dan bersedih kerana cinta malahan mampu membunuh.
Ikram sudah megerti makna cinta,walaupun singkat perkenalan mereka tetapi ia amat bermakna dalam hidup Ikram.Yani telah membuka dan menunjukkan sifatnya yang sebenar dan satu perasaan baru yang tidak pernah dirasai olehnya iaitu perasaan cinta,cemburu dan takut kehilangan cinta.tetapi,akhirnya segala perancangannya hilang dan tidak tahu apakah ia akan muncul semula didalam hidupnya.....

Ikram membaca satu persatu antologi mesej-mesej yang dihantar kepada yani dengan penuh perasaan hiba.Dia memadam mesej-mesej itu dan berharap dia dapat megurangkan kesengsaraan meghadapi kehidupan tanpa Yani.Ikram juga memikirkan bagaimana jika tiada peganti yani didalam hidupnya kerana ikram tidak pandai megatakan cinta kepada wanita apatah lagi menegur wanita yang tidak dikenali.Ikram bukan seorang yang mampu meluahkan kata-kata cinta kepada wanita dan menerima dengan mudah seseorang didalam hidupnya tetapi,jika dia sudah dapat menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya dia sanggup melakukan apa saja untuk mengembirakan cinta hatinya malangnya ikram tidak berjaya,dia sudah terlalu sayang kepada yani sehingga mungkin yani terasa dikongkong
    Yani dan ikram mempunyai cara kehidupan dan latar belakang keluarga yang berbeza cara pemikiran mereka selalu bercangah tiada yang sama tentang mereka dan membawa mereka kembali bersama.  Walaupun yani pernah berkata kepada ikram bahawa dia belum dapat menjadi yang terbaik untuk ikram tetapi sebenarnya ikram yang tidak dapat menjadi yang terbaik dan membahagiakan yani.Ikram hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan..
            Ikram berharap akan ada cinta yang tiba untuk mewarnai kehijauan jiwanya yang sentiasa berada dalam cahaya yang suram dan hitam putih.
ikram tidak dapat menahan kekuyuan matanya yang penat dan memaksa untuk lelap.Ikram berharap agar semua ini hanyalah sekadar mimpi dan bila dia terlelap biarlah mimpinya disulami dengan kehadiran kasih sayang seorang gadis yang bernama sazyani maisara....










nukilan:
hafizul

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...