Ikram kini telah berubah sikap dari seorang yang periang menjadi seorang yang pendiam..Segala apa yang berlaku di sekolahnya tidak dipedulikan.Aktiviti yang dianjurkan sekolah untuk tingkatan 7 dia abaikan.jiwa Ikram hanya dapat ditenangkan dengan asap rokok winston,surya dan manchester.tiada apa yang dapat membantunya dalam meneruskan
perjalanan yang mendatang."ikram,kau tak pergi camping minggu ni?"ikram diajukan soalan oleh aziz tentang perkhemahan yang akan diadakan pada hujung minggu di ulu bendul negeri sembilan.."aku rasa aku tak pergi kot.sebab aku ada benda lain yang nak dibuat." ikram menjawab sambil meghembuskan asap rokoknya dan 3 orang rakannya menunggu giliran untuk menghisap asap ketenangan itu."kenapa kau tak pergi?bosan banggang kalau kau tak de" aziz myampaikan hasratnya kepada kawan karib yang sudah berubah sikap itu."suka hati aku lah nak pergi ke tak nak..kau sapa nak halang aku?aku nak hisap rokok pun tak tenang."ikram membentak kata-kata aziz yang mungkin membuatkan ikram terasa."apa kau ni kram? sjak kau dah tak kawan dengan yani trus berubah.aku harap kau takkan buat perkara bodoh.plez lpekan je dia skang kau patut teruskan hidup kau"aziz memberikan nasihat di dalam bilik air yang busuk..."kau tak perlu nasihatkan aku.siapa kau nak nasihatkan aku?nah rokok abiskan hilang selera aku"..ikram terus berlalu pergi dari kancah peghisapan rokok di bilik air itu.ikram sempat menjeling kepada pegawas gemuk yang asyik memerhati gerak-gerinya."nasib baik kau tak tanya apa kat aku,kalau kau tanya memang penumbuk sebagai jawapan."ikram bermonolog di dalam hati. Ketika ikram berjalan untuk menuju ke kelasnya dia berselisih dengan yani,berdegup jantung ikram seperti kenderaan perang yang menunggu giliran untuk dihantar ke medan pertempuran dan pegaliran darahnya menjadi laju dengan serta merta implikasi dari degupan jantungnya yang berdegup kencang.Ikram tidak memandang wajah yani kerana bila ikram terpandang wajah yani dia akan berasa serba salah dan perasaan sayangnya yang susah untuk hilang .Ikram pernah berjanji kepada yani yang dia akan mencintai yani sampai bila-bila,bukan sekadar berjanji malahan dia pernah bersumpah tidak akan hilang perasaan sayangnya kepada yani.kini ikram sendiri tidak dapat mengharugi perjalanannya.Yani sempat melemparkan senyuman kepada ikram dan terus berlalu dan ikram tidak sempat membalas senyuman yani."adakah senyuman itu bermakna?atau sekadar senyuman kosong yang sering diberi kepada beratus orang yang megenalinya." Ikram memperlajukan langkahnya.sampai saja di kelas dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang keras sambil fikirannya terus melayang berterbangan di perbatasan masa yang ditinggalkan dan yang bakal menjelma.Pelbagai perolahan cerita yang dikhayalkannya seperti wayang pacak menunggu patah menanti rebah.permainan cerita di kotak pemikirannya telah membuatkan ikram semakin jauh megelamun. Tiba-tiba kata-kata Aziz bermain di fikirannya "aku harap kau tak buat perkara bodoh" ikram telah berfikir sesuatu yang kotor."yaaa....perkara bodoh! itu yang patut aku lakukan.daripada aku tersiksa lebih baik mati saja.tak perlu perjalanan yang meyakitkan biar tamat dari pegakhiran yang membosankan" ikram telah berfikir untuk menamatkan hidupnya.kerana hasutan syaitan dan kerunsingan yang selalu memuncak telah meyebabkan dia hilang akal pemikiran yang waras.
Bunuh diri adalah perbuatan menghentikan hidup sendiri yang dilakukan oleh individu itu sendiri atau atas permintaannya.
Betapapun kebudayaan dan pola pmikiran ikram, memberikan berbagai alasan yang berbeza-beza tentang keinginan bunuh diri. Namun, tetap saja pada intinya adalah ikram sudah "putus-asa".ikram kini berada pada paras kritikal, dia sudah tidak dapat membuat pertimbangan yang baik tentang kehidupan. bagi dia segalanya sudah tamat dan apa yang ada di hadapannya hanyalah putus asa yang perlu ditamatkan dengann kematian.. loceng 1.50 p.m sudah berdering dan menandakan waktu tamat persekolahan tapi bagi ikram loceng itu bukan sahaja menandakan waktu tamat persekolahan malahan waktu tamatkan nyawanya. segala yang ada dalam pemikiran ikram sudah tiada lagi, hanya hasutan syaitan yang semakin memuncak dan fokusnya hanya kepada penamat hidup. ikram tanpa berfikir panjang terus berlari menuju ke kawasan yang membolehkan dia melakukan terjunan bebas tanpa payung keselamatan.Kelas ikram terletak di tingkat 4 dan di situ terdapat satu kawasan yang membolehkan dia berdiri untuk seketika yang jauh dari kaki lima sekolah bagi megelakkan dia dihalang oleh rakan-rakannya.Aziz telah terpandang perlakuan sahabatnya, dia sangat terkejut dengan tindakan ikram yang mahu membunuh diri.
"woi ikram!! kau dah gila ke? jangan buat macam tu tak masuk syurga kau tau!megucap kram! Allah
ada pada hambanya yang sedang bersedih,tapi kau kena dekatkan diri kau padaNya.."
aziz cuba menghalang perbuatan ikram itu,dia telah megarahkan pada labaika untuk memanggil cikgu serta menelifon bomba,jpam,ambulan,polis dan usop welcha bagi membantu menghalang ikram meneruskan hasratnya untuk membunuh diri. Ikram tidak berkata walau sepatah pun.dia hanya mendiamkan diri dan termenung di hujung bumbung.guru-guru berserta pelajar sudah memenuhi kawasan blok h di sekolah smkrprz..bomba dan polis sudah tiba hanya menanti usop welcha saja yang belum hadir. polis sudah bersiap sedia bagi meghadapi segala kemungkinan yang bakal terjadi.pihak bomba sudah bersedia untuk mendekati ikram. "abang bomba patut ke saya buat macam ni?saya rasa sudah tiada harapan dalam hidup saya."
ikram tiba-tiba megajukan soalan kepada bomba yang sedang mendekatinya. "adik,jangan buat macam tu,hidup adik jauh lagi.adik ada mak kn?"ikram membalas "ada" bomba itu mengunakan teknik pycologi kepada ikram.. "kalau macam tu apa perasaan mak adik kalau adik bunuh diri?"ikram mula berasa meyesal."tentulah sedih bodoh!" abang bomba menerima satu bodoh percuma. "dah tu turun lh.." ikram terus turun daripada tempat dia duduk itu..dan di tahan oleh bomba...ikram sebenarnya berbelah bagi hatinya untuk menamatkan hidupnya.ketika ikram turun dia telah dikeremuni oleh guru-guru dan pelajar.malangnya yani tidak kelihatan.ikram tidak mempedulikan segala cemuhan yang dilemparkan kepadanya dia megerti bahawa memang dia yang salah memillih jalanyang salah.Sekarang yang ada di fikirannya hanyalah wajah ibunya...dia akan memohon seribu kemaafan pada ibunya..ikram dibawa ke balai polis dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya....... bersambung.........hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan