Jumaat, 17 Disember 2010

pencari dunia...

seorang gadis suci
yang cantik rupawan
datang dari desa yang permai
merantau ke kota yang janggal
dari kehidupan lampau
dia pergi untuk membina kehidupan baru
jauh lebih sempurna dari ibu bapanya
mula mencuba kehidupan ilham syaitan
tunduk kepada kehendak nafsu
jatuh mahkota diri
gagal  dalam pertarungan
mengangkat darjat nafsu lebih dari ketinggian akal

Hanya kerana tunai dan harta
mahkota diberi kepada si tua keparat
sebaya dengan ayah pemberi nafkah
pesan ibu dilupakan
setiap masa diingatkan
agar menjaga diri dan kehormatan

kini dia hanyut jauh dari cinta Allah
dia hanyut megikut arus syaitan
kehidupan mulia desa dilupakan
aklak ditinggalkan terkapaian

hanya kerana nafsu kau jadi begini
hanya kerana cinta dunia kau buka pekung di dada
menunjuk segala yang ada
kepada tua yang mengikat
kau dengan wang yang laku di dunia

kau hanyut dan terus hanyut
mengikut arus permodenan dunia
kau tidak mahu ketinggalan
melihat tas tangan di majalah
berjenama dolce gabanna
kau mahu membelinya
melihat kereta porcher kau mahu memilikinya
kerana kau mampu
hanya meyerahkan dirimu kepada pemelihara kau
dapat memilikinya

Tetapi kau lupa
siapa yang memberi kau nyawa
siapa yang membawa agama mu
yang kau tinggalkan di desa
siapa yang memberi peluang kau melihat dunia
siapa yang memberi kau wang untuk ke sekolah

Allah sentiasa melihat mu
Allah sentiasa melihat kau yang jijik
jangan kau lupa tentang nyawa
bila bila masa maut akan menjelma
tidak kira apa yang sedang kau lakukan

Ingatlah
kehidupan hanya pinjaman
Ingatlah
ada kehidupan selepas keduniaan
Ingatlah
selagi kau hiddup di dunia kau hanyalah hamba
yang patut patuh kepadaNya.
Ingatlah
kepada ibumu yang sentiasa mendoakan
kesejahteraan dirimu
Ingatlah
kepada ayahmu yang yang berhempas pulas membina keluarga

Ayuhlah
kembali kepada jalanNya
membina kehidupan berteras agamaNya
membuang daki daki hina
menjadi wanita yang dicintai Allah S.W.T
dunia hanya sementara



(ad sebab aku buat nota nie) 

1 ulasan:

rajuna berkata...

nota nie ak buat ad sebab...dye tau sebabnye...
huhuhuhu..klakar gak larh tgok respon dye..

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...