Khamis, 31 Januari 2013

barisan Nasional pencipta Malaysia

Bismillah
nie aku copy dekat facebook..sila baca dan faham>>

"Setelah selesai menunaikan solat maghrib, aku merenung ke siling. kulihat lampu yang menyala, kulihat kipas yang berpusing. aku sungguh terharu. lalu ku berlari keluar rumah. sambil menitiskan air mata, aku tersenyum melihat lampu jalan yang nyalaannya macam hidup segan mati tak mahu. lalu aku panjatkan kesyukuran ke atas kerajaan Barisan Nasional kerana telah melimpahkan kurnia tenaga elektrik pada bumi yang tercinta ini.

sesudah penat mendongak ke lampu, aku pun tunduk. kulihat jalan yang kelabu. aku melutut dan tekapkan tapak tanganku ke atas jalan. aku geselkan pipiku ke atas jalan tar yang kasar itu. sambil menangis aku berkata. aku bersyukur dengan kehadiran jalan ini. tanpa jalan buatan kerajaan Barisan Nasional, hidup aku mungkin punah dimamah tanah merah.

setelah ditegur oleh jiranku seorang pembangkang, "woi orang gila. kau tonggeng tengah jalan dah kenapa?" aku pun masuk ke dalam untuk menjenguk ibuku yang berada di dapur. ku lihat tong gas! dengan rasa kesyukuran aku memeluk tong gas itu seerat-eratnya. tiada barisan nasional, tiadalah tong gas. ibuku kehairanan. dia menyuruhku masuk ke bilik sebelum perkara yang lebih tak senonoh akan berlaku.

lalu aku ke ruang tamu. ku buka TV untuk melihat rancangan kegemaranku. Buletin Utama. aku menangis keriangan. tak dapat aku halang air mata kesyukuran ini bila melihat wajah Perdana Menteri kesayanganku Dato' Seri Rosmah Mansor di kaca TV. rasa syukurku kepadanya membuak buak. tanpa beliau mungkin kita semua akan dibunuh komunis. dengan menggunakan smartphone yang ditebus dengan RM200, aku merakam setiap bicaranya.

aku sungguh bersyukur kerana mempunyai pemimpin sebegini. dia telah bina hospital, sekolah, jalan raya, traffic light dan papan tanda menggunakan duitnya sendiri. dia juga telah melimpah kurniakan BR1M yang tak terhingga nilainya. aku rasa diri aku begitu hina jika tidak dapat membalas budi beliau. aku tak layak digelar manusia!

sedarlah saudara saudari sekalian. tanpa Barisan Nasional, mungkin negara kita akan menjadi padang jarak padang tekukur. kosong kosong kosong. kita semua akan jadi seperti masyarakat primitif. berbogel sahaja. jadi marilah kita sama-sama membalas budi mereka."

Rabu, 30 Januari 2013

Cinta #2

Bismillah Assalamualaikum

tiada definisi yang tetap pada cinta,pada setiap orang tiada yang sama. tapi yang paling biasa cinta antara lelaki dan perempuan..ini formal,biasa sangat dan di bawahnya terbahagi bermacam-macam tafsiran lagi.cinta kekasih,cinta abang angkat,cinta kawan baik(bestie) dan ade jugak scandle2 ..
okay apa aku nak cakap nie pun aku tak tau sebenarnnya tapi mungkin pasal cintalah kan? aku tulis nie pun dah pukul 4 pagi so mungkin akan mengarut lh sikit..tengok jelah..
contohlah kau dah terlanjur maksud aku macam 2 keterlanjuran bukan setakat berzina terlanjur cinta jugak boleh diketegorikan terlanjur apa?  pada tahap terlanjur cinta dan cinta yang kau harapkan sampai mati ini tak menjadi dan berhenti di tengah jalan ,mungkin kau akan salahkan takdir,salahkan cinta dan bila kau salahkan dua benda ini  kau dikira salahkan TUHAN..sebenarnya itu semua kesilapan kau sendiri kau memberi pada yang salah,mestilah setiap benda yang kita buat mahukan hasil..betul tak?? so sekarang kau berikan pada yang salah kini tiada hasil dan merugikan pada kau..
bagi aku lah pandangan peribadi dan berdasarkan pengalaman sendiri bila kita dah terlalu mengharap dan konon macam kita nie dah tau yang dia nie memang masa depan kita dan bila pada tahap cinta mati ni semua benda pasal dia semua baik,cantik,dan dialah yang paling bagus dalam dunia dan bila dia dah pergi tak kiralah putus ke,mati or whatever lah pasti kita macam putus harapan kan? huh bahaya...okay nasihat sikit jelah sebenarnya selagi belum ada ikatan perkahwinan selagi itu dia bukan hak kita dan tidak seharusnya  kita memberi 100% perasaan cinta kita padanya dan itu juga berdosa..nauzubbillah..aku pun pernah jugak mengalaminya dan sekarang jugak aku masih bercinta tetapi kini mungkin aku sudah belajar apa itu cinta dari seorang yang mungkin tidak reti bercinta tetapi sebenarnya dia pencinta yang sebenar...Kau cuba fikirkan yang sebenarnya pasangan kau yang belum bernikah nie  set dalam kepala hotak kita yang sebenarnya kita hanyalah kawan baik yang saling mencintai..macam mana tu? okay cinta terlalu berdefinisi..
okay pasal bercinta selepas kahwin nanti2 lah aku buat...

besok

mungkin besok aku tiada
mungkin besok aku hidup
mungkin besok aku kaya
mungkin besok aku miskin

semua takut semua bimbang
cakap mulut tapi tak faham
konon risau tapi macam hidup
tak bertuhan

cakap kosong

Rabu, 9 Januari 2013

Cintailah Nabi Muhammad S.A.W kerana Baginda sangat mencintai kita.


Bismillah.
Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W .Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik Maka,kubur terbelah dua.Pada seruan yang ke-2 pula,kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ke-3,ketika Rasulullah S.A.W  berdiri,baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W .
Baginda  S.A.W  melihat kanan dan kirinya.Baginda S.A.W  dapati tiada lagi bangunan.
Baginda S.A.W menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda S.A.W bersabda:”kekasihku Jibril! Gembirakan aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda S.A.W bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda S.A.W bersabda:” bukan itu maksud pertanyaanku”
Baginda S.A.W bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan UMATKU. Dimana perjanjian mereka?”
Baginda S.A.W  bersabda:”Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku”
Jibril as menyeru:”Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan  oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat,baginda S.A.W akan bertanya:Dimana umatku?
Jibril as berkata :Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang,Jibril as menyeru:’Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad S.A.W berkata:”mengapa kamu berdua menangis?”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu,Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya:”Dimana umatku?”
Jibril as berkata:”Mereka semua telah datang ,Mereka bejalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar serita demikian Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril!Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W.”
Nabi Muhammad S.A.W  bertemu umatnya yang berdosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:”Wahai Muhammad!”
 Nabi Muhammad S.A.W bersabda:”Wahai umatku.” Mereka berkumpul disisinya.Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:” Di mana umat Muhammad S.A.W?”
Jibril as berkata:”Mereka  adalah sebaik umat.”Allah Taala berfirman:”wahai Jibril !Katakanlah kepada Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata:’Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala!”
Nabi Muhammad SAW berpaling kea rah umatnya lalu berkata:”sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Allah berfirman:”Hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini,Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku,dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap-Ku.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.Nabi Muhammad SAW  menyeru:”Tuhanku..Penguasaku,Penghuluku….! Aku tidak meminta untuk diriku.Sesungguhnya aku meminta untuk Umatku dari-Mu.”
ketika itu juga,neraka jahanam berseru:”siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku…Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah.Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali,baginda SAW sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.Mereka berkata:Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat akan hal keadaan umatnya.
Fatimah ra.bertanya:”Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti,wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab:”kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat  Mariam,Asiah,Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad SAW.Mereka telah sesat dari nabi mereka.”Suara Mariam telah didengari oleh  Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku,wahai umatku!
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya..Ketika di atas sirat Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas sirat.setiap kali baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat,baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan di kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...