Isnin, 5 September 2011

BUATLAH PILIHAN HIDUPMU

Bagaimana jikalau kita hidup dalam keadaan yang daif,dengan pelbagai rintangan perlu ditempuh.kita berada dalam keluarga yang bermasalah juga.bapa kita merupakan penagih dadah yang tegar,pusat pemulihan merupakan istana kedua dia.Sedangkan tugas seorang bapa haruslah menjadi tulang belakang kepada keluarga.Adik beradik kita ramai 10 orang kesemuanya dan kita adalah anak sulung dan baru berusia 17 tahun.Adik yang keempat menghidapi penyakit sindrom down dan adik yang kedua buta manakala adik yang bongsu baru berusia 3 hari...Begitu besar dugaan dan bermakna taggung jawab yang bakal dipikul juga besar...Ibu yang sepatutnya menganti  tugas bapa yang sudah menjadi mayat hidup kini telah menghilangkan diri kerana tekanan hidup yang datang menimpa-nimpa..ibu menghilangkan diri selepas melahirkan adik yang bongsu. Ayah?? etah bila akan keluar 1 tahun? 2 tahun? atau selamanya? tiada jawapannya..





sekarang apa yang patut kita lakukan?? dua pilihan..
kerja ?                                             belajar?


Pada tahun ini SPM akan bermula hanya tinggal beberapa bulan saja lagi..kita bukanlah pelajar yang diketegorikan sebagai pelajar lemah atau bodoh tetapi kita merepukan pelajar pintar dan menjadi pelajar harapan sekolah..
jika ingin teruskan pelajaran siapa ingin menanggung perbelanjaan keluarga?siapa nak bagi adik beradik kita makan?siapa yang nak tolong adik yang buta? siapa yang nak cuci kencing,berak adik yang sindrom down dan adik yang baru berusia 3 hari?


kalau bekerja bagaimana dengan masa depan? kalau kita kerja sampai bila? sedangkan SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi tak sampai 3 bulan..
ADUHH! besarnya dugaan mu Ya Allah..


BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK AGAR ADIL KEPADA DIRI SENDIRI,ADIK BERADIK DAN MASA DEPAN MEREKA..






Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...