Isnin, 23 Mei 2011

entah..

kenapa lah aku nie....sentiasa berharap kepada insan yang tidak sepatutnya aku harapkan...aku tak boleh berhenti berharap..kenapa?seperti sudah terang lagi bersuluh...aku tak bolehh!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

dapat netbook free!!

lama dah tak update blog..tak tau nak merepek apa yang ada dalam kepala otak aku cuma exam ja..tapi,semenjak dua menjak tiga menjak ni aku sangat happy sebab dapat NETBOOK 1 Malaysia!!hahaha
baru satu hari aku dapat aku terus modifit netbook ue...

                                      wajah netbook aku selepas 1 hari dalam tangan aku..


hahaha...tangan aku nie memang gatal kalau dapat lappy or benda2 yang boleh un9...memang habislah..
lagi satu aku ada kelebihan untuk megesan sinaran wifi hahah...pantang wooo....ue lah anugerah yang telah diberikan kepada aku sampai cikgu sekolah aku pun dah tau..apa2 kerja yang berkaitan komputer sekarang aku kena handle...tpi best gak aku pun pernah tengok soalan exam yang belum habis ditaip oleh cikgu(diam)
hahaha.....
k larh pye2


Sabtu, 14 Mei 2011

jangan kecewakan org yg mencintai kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yangberbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamusendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saatbersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akanmengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMSdari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khasdan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sabtu, 7 Mei 2011

melayu oh melayu

kali ni aku nak buat satu entry yang agak berat sebab membabitkan bangsa aku sendiri.siapa melayu?apa itu melayu?dari mana itu melayu?  perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.tapi itu sekadar tafsiran ahli-ahli    falsafah yang ingin membongkar yang besar.biarlah mereka..kita memang bangsa asli di malaysia.
tapi sedarkah kita yang kini kita dipijak,dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa yang berbeza..
bukan memupuk sikap bencikan kaum tetapi sikap orang melayu sendiri yang membuatkan kita dipijak.orang melayu segelintirnya PEMALAS,KEDEKUT,DAN MEGAMALKAN SIKAP ALA KADAR telah membuatkan kita ketinggalan.bukan megutuk bangsa sendiri tetapi sampai bila berdiam menahan luka sengsara melihat anak bangsa sendiri tersiksa dalam gembira?lihatlah dengan jiwa bukannya mata.sikap ini hanya merosakkan bangsa sahaja..cuba kita lihat,apabila ada anak melayu yang mahu berjaya apa yang dia dapat dari masyarakat?hanya kritikan dan kutukan sahaja yang diterima kecil rasanya mendapat dorongan. dalam ekonomi melayu tidak suka persaingan tidak berani megambil risiko memberi dorongan apatah lagi..baru berniaga kedai makan ada persaingan dua kedai habis disihir.syirik!!!!!..apa ini melayu?
rosak bangsa kita, kalah kita dengan bangsa lain..
cuba kita mikrokan pandangan kita di Malaysia,ekonomi Malaysia siapa yang pegang?kita jatuh di tempat ketiga tahu!!jika kita nak maju bukan nombor dua kita perlu kejar nombor satu itu yang perlu kita lucutkan..mampukah?
mampu sebenarnya...jika kita hilangkan sikap ala kadar,pemalas dan kedekut dari akar umbi..
adakah kita suka megemis di negara sendiri?suka teruskan dengan sikap itu..
dimana kesedaran kita? 
Mat Rempit adalah kerugian bangsa melayu...berapa ramai sumber manusia yang rugi?mereka kerja di kilang cukup bulan ambil gaji bayar hutang tinggal sekupang pergi melewang habis wang duduk terkangkang dan hutang dengan tauke...sedarkah kita yang itu sebenarnya satu ikatan yang rugi? agaknya mereka befikir tentang megundi?berapa ramai melayu yang belum daftar megundi?RUGI!!!!
jangan sampai Malaysia dikuasai bangsa lain baru nak meyesal...
sikap racial mesti ada cemburu dengan bangsa lain kerana yang pertama bangsa kita yang kedua bangsa kita yang ketiga bangsa kita dan seterusnya..bangsa lain kita letakkan di sudut yang berbeza tetapi bukan dipinggirkan..kepentingan bangsa itu perlu dipupuk agar kita dapat membangunkan bangsa kita....
kita rawat dari dasar hingga permukaan agar maju bangsa MELAYU!
aku akan terus menulis tentang melayu kerana aku sudah sakit melihat kerosakan bangsaku.....



Melayu tu bukan orang bukan kulit bukan rupa bukan bahasa.melayu adalah alam dunia pemikiran ketuhanan.budaya yang memerintah.dan asal melayu dari rantau asia tenggara je.melayu adala bangsa terawal di mukabumi ni.



Khamis, 5 Mei 2011

tengok orang main judi



tadi aku pergi kasino cina...hahaha...gila dalam hati dup dap dup dap jaa...kalau polis serbu confirm tido lokap.
dengan kat dalam tu cinanya semua kongsi gelap kalau kena serbu memang dengan aku dianggap kongsi gelap walaupun aku memang dah gelap..tak nak cerita panjang panjang nanti polis tau mampos aku...hahah
pyeee...
P/s first time tengok orang main judi sampai beribu..duit dah macam daun...aku tak main tapi ikut member aku...

exam,feeling,sick,wt fish!!!!

hari ini betul2 aku sekat otak!mid year exam dah mula dan mual.tadi paper kesusasteraan melayu 1 dah membuatkan aku bingung x sempat aku nak study banyak sebab bula lepas memang sangat sangat sibuk..ajar budak bawah main pentanque,camping jpam,karnival form 6,pertandingan forum,buat teks pidato dan bnyak lagi yang aku tak nyatakan sebab akan membuatkan otak aku bengkak..hahaha
aku jawab kertas sastera tadi pun ikut sedap hati apa yang aku ingat aku hembos jew,dapatlah merapu 5 helai halaman bertulis..mood menjawab soalan memang x SEDAP!
aku ada jugak perasaan nak study malam tadi tapi hilang dengan geram.. sebab apa? hang nak tau ka?
 meh dekat sikit..aku pernah buat posting pasal aku ada remove sak perempuan kan? nie kalau nak tonton remove kau!!!!!!!! malam tadi lepas aku balik dari rumah kawan sekapal aku tiba-tiba satu bisikan hati telah meyuruh aku untuk on line fb jap..aku pun ikutlah kata hati aku sebenter,
tangan aku dengan tangkas buka satu mamat yang bernama ahmad albab nie megikut cursor jaa...
 ko nak tau apa aku nampak???
       IN A RELATIONSHIP WITH *** *******waaaaa aku remove sebab tak mau kacau kau belajar tapi kau? lantak lah..pew guna kau panggil aku sayang lah wei! x gne lah....
 adehh emosi jugak lah malam tadi..terus hilang mood nak belajar...amek selimut tido dengan lena..
(tapi memang lena aku malam tadi)
aku nak tau apa perasaan korang bila kau buat baik tapi kena baling spegetti basi? bagi pandangan anda
sapa bagi pandangan terbaik akan menerima hadiah iaitu percutian di belakang rumah sendiri...

Rabu, 4 Mei 2011

pesilat yang bersilat atau pesilat yang tersilap?

hahahaha korang tengok lah pesilat nie dah macam menari
nie member aku dia bersilat time abang dia kawin..
ntah napa dia berrsilat cam hantu kak limah.
mana ilmu dia menuntut pun aku tak tau
nie kot yang dikatakan silaturahim razali?
hahahaha
hayatilah


kaki tidur

pprrrruuutt...kjian myatakan bhawa KENTUT pada pagi hari
 iaitu slepas bgun tido mgurngkan risiko mgntuk di dlm kelas
 dan mgurangkan stress...slain itu jika ingin bersenam ataupun

 mgadakan aktiviti luar, berak dulu...sebab ia akan

 mgurangkan risiko senak prut dan sakit ulu hati...aku kaki

tidur dalam kelas tauk!!time geografi adalah time yang

sentiasa aku tidur sampai cikgu dah tampal gambar aku kt

papan kenyataan kelas pun aku tak sedar diri!hahaha

tu ja aku nak cakap...

Selasa, 3 Mei 2011

pasal sayang kot

  • pada suatu hari di sekolah smktp cikgu sedang megajar tentang kasih sayang tiba tiba ada seorang pelajar yang bertanyakan tentang bagaimana hendak memilih seseorang yang terbaik untukkita sayang dan bagaimana kasih sayang itu hendak berkekalan?
  • kmu pergi ke padang kamu berjalan sambil memandang rumput dan pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakan walaupun sekali dan petik rumput yang paling cantik bawa kekelas..
  • apabila pelajar itu pulang ke kelas tiiada satu pun rumput yang dibawanya.
  • cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang kamu bawa?
  • pelajar menjawab ketika dia sedang berjalan memilih rumput yang paling cantik dia melihat memang bnyak yang cantik tapi cikgu megatakan pilih yang paling cantik jadi pelajar pun terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang seperti yang diarahkan
  • sehingga ke hujung padang tapi tiada satu pun rumput yang paling cantik..mungkin ada yang di belakangnya ruput yang paling cantik.tapi dia tidak boleh ambil kerana dia tidak dibenarkan untuk menoleh ke belakang.jadi tiada rumput yang dipetik..
  • itulah jawapannya..apabila kita sudah menemui seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.kita seharusnya menghargai orang yang berada di depan kita sebaik mungkin.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang sudah berlalu tetap sudah berlaku.semoga yang sudah berlalu tidak akan kmbali brlaku..dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..walaupun banyak lagi yang lebih cantik dan lebih baik seperti rumput tadi.
                aku budak jahat

Isnin, 2 Mei 2011

kasut ni aku ad beli tahun lepas.tapi dengan keganasan aku kasut ni telah hancur dalam masa 2 bulan jew..hebat x??ganas x?? kasut ape yang ak u lyak pakai??hahaha

Ahad, 1 Mei 2011

aku suka touching

kenapa ada perempuan yang cakap lelaki tak boleh toucing2? dia kata hilang macho..po darhh...lelaki pun manusia jugak kan??muka ganas hati ada hutan bunga.nak bawak ke mana macho kau tu..bagi aku lelaki kena jugak touching2 nie sebab tu yang akan membuatkan kita megerti maksud perasaan..apa guna perasaan manusia yang banyak ni kalau tak dapat rasa semua rugilah...hidup sekali je.ego kena diketepikan untuk merasai kenikmatan dan kesakitan hati bila tersentuh.. aku nak pakai bahasa melayu pula..
 aku nie jenis lelaki yang boleh menangis bila sedih..ahahaha...bagi aku menangis adalah satu anugerah yang amat bernilai...tapi orang tak pernah nampak aku menangislah..aku bukan lembut pun aku boleh pukul orang maki orang dan aku suka perempuan...  mugkin sebab aku ni jenis yang suka menulis cerita-cerita cinta..hahaha
jiwang beb...
        kawan -kawan aku pun tau aku nie jenis jiwang yang garang sebab aku garang dan jiwang..tapi takut perempuan..hahaha...bungol!!

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...