Jumaat, 30 Disember 2011

2012 here i come..

waaaaaaaa!!!!! sudah berabad aku tak update blog gila urr..mmg tahap pemalas yg beradio active nie.. memang berhajat nak update tapi memandangkan keseronokkan selepas tamatnya peperiksaan stpm belum habis jadi aku enjoy hidup membujang tanpa beristerikan buku..hehehe...(padahal xde idea nk tulis apa..) 
                                                                            ok 
                       kita mulakan cerita tentang tahun baru yang bakal menjelma nie ea..
                                  2012
macam2 desas desus yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang tahun 2012 ini..ada yg  mgatakan kiamat     lh, ini lah itulah tapi bagi aku kiamat itu pasti dan akhirat sentiasa menanti..




 
STOP!
 aku bukan nak cerita pasal perkara nie.. tapi aku nak cerita pasal 2011 yang aku akan tinggalkan..
2011 pelbagai kisah pahit manis berlaku dalam hidup aku tapi yang paling menarik adalah kisah percintaan aku..haha.. jgn gelak! tahun 2011 saja aku ada 4 orang awek..==' ok sini aku nak cakap aku bukan kaki perempuan ea.. aku cuba menjadi terbaik untuk dia,dia,dia dan dia tapi aku tak berjaya dan yang nombor 4 tu masih ada lagi dia the best i ever had..
bkn sekadar cerita pasal awek tapi seorang perempuan yang aku admire gila vavi dan menolak cinta aku..
aku malas nk cerita pasal itu..hahaha..
terakhir sekali ialah zaman persekolahan aku sudah habis perkara yang tidak mungkin aku dapat ulangi lagi.tingkatan 6 yang sangat bermakna.dari seorang yang zero to hero..masa tingkatan 6 aku banyak berubah..200% perubahan aku ..
salah satu keajaiban yang berlaku dalam hidup aku..
antara cikgu yang telah melakukan tranformasi aku ialah


*cikgu Zaini   -papa
*cikgu Juliana   -mak
*cikgu Hussin   -ayahanda
*cikgu Fareha   -akak kot..= ='
*cikgu Pajariah    - IBU!!!!
cikgu2 aku yang superb!!

dan tidak lupa juga pada tahun 2012 PRU 13 akan berlangsung sesiapa yang belum daftar pemilih sila daftar demi masa depan negara..
jgn lupa pangkah PAS!


p/s: 2012 aku akan mula bekerja sebagai promoter parkson..aiyak..!

Selasa, 13 Disember 2011

Nikah Khitbah (Gantung)




1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.


2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .


3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .


4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala


Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.


7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .


8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .


9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .


10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .


12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.


Perbahasan Hukum


13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.


14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :


a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .


b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .


15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .


16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


sumber: al-ahkam.net

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

Makruh
 kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

Haram
 kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.





apa yang penting?
HALAL




P/s: nie yang buat aku rasa nak kahwin nie...lalala.. :D

Sabtu, 10 Disember 2011

merah saga

|
hayatilah lagu ini mampu menitiskan air mata..budak,kaum wanita ditindas dengan tanpa rasa kemanusiaan..
kita tidak hidup seperti mereka setiap hari dihujani peluru dan dihidangkan dengan letupan bom tapi kita hidup aman damai tanpa huru hara dihidangkan dengan makanan yang lazat tetapi adakah akhirat kita sebegitu sama seperti sekarang? fikirkanlah..mereka insyaallah mati dalam syahid dan jannah tempat mereka selamanya
tapi kita?ketawa suka ria menangis kerana perkara remeh saudara kita menangis kerana ingin mempertahankan bumi mereka yang dijajah dan agama yang ditindas..
fikirkanlah
manusia suka mempersiakan kesihatan dan kelapangan (masa)






Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Ahad, 27 November 2011

kedudukan Saf dalam solat jemaah

korang tengok blog aku nie dah x mcam blog aku yang lame kn? blog kentut berdarah..hahaha...malas pulak aku nak teruskan legasi blog aku dengan nama kentut berdarah walaupun aku memang suka kentut..it normal everybody fart ok.. kali nie aku nak cerita pasal solat jemaah pulok...kongsi kongsi meyy....x salah kan kan???

 ok antara hadis hadis yang membuat aku tertarik untuk megopi nya ialah...



Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."  -  Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban.



Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."  -  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.


Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Tirmizi.


Abdullah bin Umar RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian."





ok(ok lagi) sekarang kita tengok pula kedudukan saf antara lelaki perempuan dan juga  khunza(sumber gambar dari syahirul.com)



dua orang makmum lelaki berada di kiri kanan imam


seorang makmum lelaki di sblah knan imam dan seorang
makmum perempuan di belakang makmum lelaki






seorang makmum dan seorang imam




seorang makmum lelaki di sblah imam dan seorang khunsa di belakang imam
manakala seorang makmum perempuan di belakang makmum khunsa




dua orang makmum lelaki brada di belakang imam kiri dan kanan
manakala seorang makmum perempuan di belakang makmum lelaki





makmum lelaki di belakang imam
makmum kanak2 lelaki di belakang makmum lelaki dewasa
khunsa di blakang makmum kanak2 lelaki
dan perempuan di blakang makmum khunsa manakala kanak2 perempuan
di belakang makmum perempuan dewasa



seorang makmum wanita berada di belakang
imam


keterangan tentang kepentingan menjaga saf ketika solat berjemaah pula:




Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
1.  Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadith berikut:
“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata:
Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.


2.  Meluruskan telapak kaki dengan telapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
“Dari Anas bin Malik r.a. berkata,
“(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
3. Menutup celahan di antara saf
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, )

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
4.  Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang betul.
Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata,
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
(Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)
Merapat dan meluruskan saf kelihatan seolah-olah perkara kecil dan remeh walhal ia merupakan suruhan Rasulullah. Kita tanyakan kepada diri kita, perkara yang sekecil ini kita remehkan bagaimana pula perkara yang lebih besar. Adakah ini tandanya kita menyintai kekasih Allah yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w?
Rasulullah bersabda:
Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
(Hadith Riwayat Al Bukhari)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya”.
( Surah Al Hasyr:  ayat 7)
Anas berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.
Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Ali-Imran, ayat 31)

Carilah ilmu tentang Al Quran dan hadith yang sahih dan jangan menjadi orang yang mengikut-ngikut perbuatan orang lain kerana  kita hanya akan selamat dunia dan akhirat dengan berpegang teguh pada keduanya. Tanda kita menyintai Rasulullah ialah mengamalkan  suruhan dan meninggalkan larangannya. Cara ibadah, muamalat dan sebagainya dalam kehidupan sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah hanya dapat diketahui melalui Al Quran dan hadith yang sahih. Tinggalkanlah segala bentuk larangan Rasulullah walaupun masyarakat banyak melakukannya kerana jaminan ke syurga idaman adalah mengikut ajaran yang dibawakan Rasul yang mulia.seringkali kita berangapan bahawa perkara-perkara yang kecil itu tidak penting kerana kita tidak berani untuk mndalaminya tetapi jangan dilupa perkara yang kecil itu memberi impak kepada perkara yang besar...
Waulahua’lam.







P/s: walaupun kita tidak dapat menjadi sempurna tetapi biarlah sempurna perkara yang kita lakukan.

Khamis, 24 November 2011

speed trap punya pasal

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil

 putih tersadai di sebelah line

kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu 

kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak

ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah

 kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak

 “jawab pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat keretasaya dan saya tarik kereta pakcik sampai 

tol”mamat nie bagi idea.“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju

pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat keretakancil didepan dan hujungnya diikat 

dibelakang bumper evonye.

dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam limakilometer mamat nie laju le 

sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi

high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang

 dari belakang dan


press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,dia pun tekan la minyak 

rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia

dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu

 badan,dia pun hon dan bagi hi beam

bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada

 buat speed trap kat

bawah jambatan.Vroommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis

 nie..cecah250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman

kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuahferrari,sebuah evo7

 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak

percaye punye……… sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi
beam nak potong!!!
 





P/s : hahaha..cian pakcik tue tu..ekeke

Rabu, 16 November 2011

bukan wordless tapi STPM semakin dekat


Debaran STPM semakin hampir tadi aku dah susun meja,slip peperiksaan pun dah dapat.
tinggal lagi beberapa hari saja lagi segala alatan tulisan sudah lengkap tapi aku rasa kelengkapan dari segi intensif

mungkin baru 70%...
blog aku pun dah bersawang..hahaha..apa aku nak cakap lagi nie? errkk... tengok lah apa yang aku buat nie..ok pye pye...
Assalamualaikum doakan aku berjaya..:D

subjek yang aku ambil
geografi------ 1,2
pegajian Am------1,2
bahasa Malaysia------1,2
kesusasteraan Melayu---------1,2
sejarah---------1,2

Sabtu, 12 November 2011

greyson chance ft awek aku



ape kejadahnye?? kenapa sedap sangat suara budak kecik nie? bla bla bla..
aku tak tau nk cakap apa...update pn xde dan tgok lh video nie..lalala...

Isnin, 7 November 2011

bagaimana akhirnya saya bertudung(buku inspirasi)


   


tajuk kali nie bukan aku yang pakai tudung no no no.... aku lelaki lah!!! tapi aku saja nak share salah satu cerita yang ada dalam sebuah buku yang aku pernah baca... buku tu memberi aku inspirasi untuk bertudung berkongsi kepada kaum hawa yang ramai masuk blog aku..yew lah aku kan  kacak ramai kawan perempuan kat dalam blog.. ok start aku malas nak bebel jauh2..  
 bertudung selepas mimpi ngeri


    Profesion saya sekarang ialah pengurus syarikat dan saya lulusan luar negara.Saya mula memakai tudung pada tahun 1994 iaitu ketika berusia 24 tahun.Terus terang saya katakan memang sebelum memakai tudung saya memang tidak pernah terfikir untuk memakai tudung.apabila kawan bertanya saya akan jawab suatu hari nanti saya akan pakai tudung.. nanti....
 Ada juga kawan2 yang prihatin dan mereka mengingatkan saya ajal dan maut bukannya dapat ditangguhkan kalau tiba2 ajal saya sudah sampai tidak sempat nak bertaubat tak boleh buat apa2.
risau juga bila mendegarnya tapi entah saya buat tak tahu saja mungkin hati belum terbuka.
Sehingga tiba2 pada suatu malam hari jumaat saya bermimpi ngeri dan sangat menakutkan.Dalam mimpi itu saya nampak semua adik beradik saya,saudara mara,dan kawan kawan..tetapi seorang pun tidak ada yang nampak saya.Mereka bercakap sesama sendiri tetapi langsung tidak menghiraukan saya seolah-olah saya tidak wujud.Kemudian barulah saya diberitahu saya berada di alam lain dan akan menemui ajal saya pada waktu itu.saya dibawa ke situ hanya untuk diberitahu yang saya hanya menunggu masa akan mati tetapi tidak diberitahu waktu dan caranya.Jadi,saya berada dalam keadaan cemas sepanjang hari kerana tidak tahu apabila saatnya dan bagaimanakah cara saya akan mati.

      Saya kemudian menaiki kereta menuju ke lapangan terbang kerana saya perlu menuju ke suatu tempat bagi menjalankan tugas.Dalam perjalanan,saya terfikir mungkin saya akan kemalangan sebentar lagi dan terus mati.Sayan berdebar debar,tetapi akhirnya selamat sampai ke lapangan terbang.Apabila kapal terbang berlepas,saya terfikir mungkin kapal terbang ini akan terhempas dan saya akan mati.saya menjadi begitu cemas sehinggalah kapal terbang selamat mendarat.Tiba-tiba saya merasa sesak nafas dan sakit seperti nyawa mahu dicabut keluar.Saya terjaga daripada tidur tetapi masih merasa sakit dan sesak nafas....Saya panik. Ya Allah! mungkinkah saya akan menghembuskan nafas yang terakhir pada malam ini juga??

   Cepat-cepat saya bangun,ambil wudhuk dan sembanyang sunat . tidak henti-henti saya membaca macam-macam ayat Al Quran,tetapi kesakitan yang dirasai semakin perit.Tanpa menanggalkan telekung saya baringkan diri di atas katil.Saya rasa diri saya hanya sekujur mayat di dalam telekung putih.saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu dan saya memohon doa,"YaAllah,sekiranya engkau mahu mencabut nyawaku engkau berikanlah masa bagiku bertaubat dan saya berjanji akan memakai tudung suatu hari nanti"


 Tiba-tiba kesakitan itu semakin menjadi-jadi dan sambil menangis saya berjanji akan memakai tudung pada minggu depan..Tetapi tekak saya bagai disentap dan tekak saya semakin perit.saya tidak tahan lagi lalu berjanji saya akan memakai tudung keesokkan harinya..Tanpa disangka semua kesakitan itu hilang sekelip mata..

   Saya betul-betul terkejut,tidak dapat berkata apa-apa dan tersandar di hujung katil dalam keadaan yang masih takut.saya berkeadaan begitu sehingga masuk waktu solat subuh.selesai sembahyang subuh,saya terus mencari tudung di dalam almari untuk dipakai ke pejabat pada pagi itu juga.itulah kali pertama saya memakai tudung ,sudah tentulah kawan-kawan saya terkejut kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat untuk bertudung sebelum ini.sepanjang hari itu saya menjadi pendiam,sedih,takut,dan cemas kalau-kalau saya mati pada hari itu juga...

  Walaubagaimana pun, saya berasa bersyukur kerana menjadi hamba Allah yang terpilih untuk diberi hidayah dengan cara sebegitu.Apabila saya melihat kawan-kawan yang belum bertudung saya merasa sedih kerana merekatidak tahu dan tidak mempedulikan apa yang menanti mereka pada kemudian hari.saya bbrnasib baik kerana diberikan petunjuk..
    Apa yang boleh saya katakan daripada mimpi saya alami..tidak dapat saya bayangkan ketakutan apabila saya benar-benar mengetahui bilakah ajal saya akan sampai...jadi,,,,bersedialah..ajal kita mungkin akan sampai pada bila-bila masa sahaja,sesaat pun tidak akan ditangguhkan atau dicepatkan...apabila ajal sudah sampai harap ada bekalan.......







ini adalah salah satu cerita yang menarik dan terdapat dalam buku tersebut.. kongklusinya,Allah berkehendak untuk memberikan hidayah kepada hambanya..sesiapa pun boleh mendapatkan hidayah dan Allah maha berkuasa dalam setiap sesuatu..yang pasti kita sebagai hambanya haruslah sentiasa berdoa agar sentiasa berada dalam Islam dan berdoa agar mendapat hidayah Allah SWT...



p/s:aku sekadar berkongsi kepada kau kau dan kau... kalau ada yang pernah baca buku nie kongsi2 lah pendapat ea...huu

Ahad, 6 November 2011

Aurat muslim dan muslimat 2

. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Aurat muslim dan muslimat



aku wt entry nie korang jangan panggil aku ustaz plak tau..sebenarnya aku sekadar nak bagi tau ja kat korang walau korang memang dah sedia maklum tentang perkara nie.. dari sekolah fardu ain ustaz/ustazah korang dah bgi tau pasal nie..tau tak apa aku nak cerita?? bukan pasal dodol doodle tpi pasal AURAT
tu dah mula dah nk pangkah blog aku pi pangkah lah  X KISAH LH!!
ha kau! kalau nk baca kau baca kau baca betul2 jangan main2..tau!

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup..paham tak? gheti dak? haaa...bak kata ustaz Azhar Idros bukan kita kata tapi quran kata..maknanya kalau kita tak nak buat maknanya kita tolak hukum Allah dan kalau tolak hukum Allah memang terang2 dapat dosa tau kan??


yang kat bawah nie antara gambar2 yang sempat aku rembat dalam facebook jkkk fan club..


etika pemakaian kaum muslimin..
(click untuk besarkan gambar)

click untuk besarkan
tau tak kenapa Allah perintahkan supaya wanita menutup aurat?
Allah swt. berfirman, "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri kaum mukminin, hendaknya mereka memanjangkan jilbab mereka ke seluruh tubuh. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, dan karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab: 59).

nampak tak?? ada ke orang yang nak ganggu kalau seseorang itu memakai jubah ataupun menutup aurat dengan sempurna? kalau dah menutup aurat dengan sempurna mesti Allah akan lindungi dia..wallahulam..
ikut logik akal kalau perempuan seksi nie mesti jadi tarikan nafsu2 kaum lelaki kan? termasuk aku..jadi sebelum seseorang lelaki itu mendapat dosa kerana seorang perempuan jadi tolonglah wahai kaum hawa tutuplah aurat dengan sempurna..


yang nie pulak kaum lelaki..faham2 sendirilah kat gambar tu dah ada terangkan dan ia juga jadi panduan kepada aku..








p/s: aku bukan nak tunjuk baik sebab kalau nak tunjuk pun aku memang tak baik langsung..tapi walau jahilnya kita walau jahatnya kita hukum Allah mesti kita laksanakan di bumi Allah ini...

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...