Bismillah
Malam yang ditemani secawan mineral water dan sekotak winston. Pada mulanya perbincangan yang tak dirancang itu menarik, tapi bila ia mula menjadi serius tentang dua pemahaman yang berbeza ia menjadi penuh dengan emosi.Mungkin tidak semua mampu menghadam pemahaman yang kita pegang berkurun dan mungkin tiada siapa yang faham melainkan Allah yang Maha mengetahui isi hati hambanya. Tiada salahnya berlaku perdebatan tapi bila kedua-dua belah pihak beremosi pastinya berakhir sesuatu yang tidak diingini.
Cinta, Bercinta, Berkahwin.
Mungkin kita biasa dengan tiga perkataan keramat ini, ia dianggap sebagai satu yang indah tanpa perlu melihat tanpa perlu disentuh, ianya bermula dengan perasaan dan pengakhiran yang dianggap sebagai satu kebahagiaan .Memang indah perkahwinan itu tersangat indah satu nikmat yang dianugerahkan kepada umat manusia. Tapi bagaimana dengan cinta atau bercinta?
Aku diajukan satu soalan yang mampu menanggalkan cerebellum aku dari otak utama.
Apakah makna couple?
Nampak mudah bukan soalannya, tapi ianya tidak seperti yang disangka. Sedang aku memikirkannya aku hanya mampu menjawab makna perkataan itu sahaja.
Apa sebenarnya yang kau harapkan dalam couple? adakah kau ikutkan perasaan atau ada sesuatu yang kau inginkan apakah itu? Setiap manusia mungkin mempunyai tujuan yang berbeza dan tanggapan yang berbeza tentang couple itu sendiri. Mungkin segelintir menginginkan seks,kawalan atau mungkin melayan perasaan.
Ramai juga sedia maklum tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin di dalam Islam tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Adakah dengan senang jari menuding ke arah barat iaitu akibat jajahan sosial yang berkurun lamanya atau ianya memang human nature.
Apa yang aku ingin ketengahkan adalah bagaimana manusia itu sendiri begitu bodoh mempercayai perkataan yang dituturkan atau lebih tepat lagi janji-janji yang ditabur.Aku sendiri melakukannya walau aku sendiri tidak tahu pastikah benda itu berlaku; tapi bagaimana ia bermula?
Soalan yang aku tahu jawapan tapi tak tahu menghuraikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan