Rabu, 3 September 2014

nukilan untuk kawan

Assalamualaikum


hurrmmm..where I should start first? either you? or you? or me?

Aku manusia jangan lupa..
aku buat silap dan takkan pernah berhenti dari buat silap cuma tidak tahu apakah silap itu akan megakibatkan aku menyesal atau aku mempelajari dari kesilapan yang itu?
Atau silap itu hanya berlalu seperti angin kencang lalu pergi hilang tanpa ada kesan.
Aku tak tahu.
Aku dilemma terperangkap dalam situasi yang aku cipta sendiri,kemana aku mahu lari? TUNJUK AKU JALAN!! ke kiri atau kekanan? atau duduk untuk beberapa ketika lagi sehingga semua selesai tanpa ada air mata lagi..
apakah hikmahnya tolong jawab...................


KAU!!
seperti yang aku katakan hadirnya manusia membawa seribu sebab atau kadang membawa cuma satu tujuan.Sudah terlalu banyak derita yang kau alami tapi kau sedar kenapa kau masih lagi berdiri? masih lagi boleh makan? sebab tuhan tahu yang kau mampu mungkin apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan perkara yang kita lakukan dulu..Aku tak mahu sebut yang itu sebab aku tak tahu.
Tetapi percayalah selepas hujan ada pelangi,tumbuhan jadi segar hidup,udara jadi nyaman dihirup begitu juga dengan kekecewaan sekarang adalah untuk kebahagiaan hari esok....carilah dimana mana aku bukan penunjuk jalan tapi aku cuma pencerita synopsis sahaja..
KAU MAMPU SAHABAT.

Salam
Mungkin usia perkenalan aku dengan kau belum mencapai tempoh matang tapi dari penceritaan dan raut wajah kau aku tau segerombolan masalah sedang kau hadap ketika ini..
Aku tak boleh suruh kau kuat aku tak boleh suruh kau tak menangis dan aku tiada hak untuk katakan semua akan baik baik sahaja.
Maaf...
Tapi kau ingat taak kau pernah cerita yang kau selalu daki gunung ledang kau suka jungle tracking,kau pernah masuk JPAM,Wataniah ape lagi? benda benda tu semua mencabar dan lasak bukan calang calang orang boleh jadi hadap benda tu betul tak?
Ingat tak kali pertama kau menjejakkan kaki pergi kem wataniah atau JPAM? kau tak tau apa ada di dalamnya dan bagaimana latihannya.Tak banyak fikir kau melalui pelbagai latihan dan pastinya penat tapi aku tau kau tak berasa menyesal betul tak? bagitau aku kalau aku silap. Selepas selesai segala latihan kau berasa gembira yang sangat sukar dinyatakan betul tak?
Begitu juga ketika kau daki gunung dalam perjalanan nak naik ke puncak kau jumpa pelbagai halangan,jalan licin,kawan penat,haus kaki terkehel dan bermacam macam lagi.Bayangkan yang kau sekarang berada hampir dengan puncak perjalanan berbaki 700 m je lagi adakah kau mahu berhenti di situ,teruskan, atau turun? Semua pilihan bergantung pada keadaan.Kalau semua team members masih dalam keadaan okay pastinya kena teruskan,tapi bagaimana pula jika kaki kau patah adakah kau teruskan? pastinya kau akan dihantar pulang..
Berbalik pada kisah kau,bagaimana kau dapat kekuatan untuk daki gunung dulu? mana kau dapat keberanian untuk masuk JPAM dlu? mana? kenapa kau yang menghadapi masalah ni mungkin ini adalah proses kebahagiaan kau pada masa depan.Bagaimana terhasilnya Kaya roti yang manis berlemak perrrrrhhh sedap tu? santan diperah,dimasukkan bersama gula dipanaskan sehingga mendidih dan terhasillah kaya manis berlemak..apa aku nak sampaikan tentang kaya ialah bagaimana kesukaran diakhiri kebahagiaan ..
aku rasa menangis bukan lagi kekuatan kau ia buat kau makin lemah kau kena buat benda lain.
pergi daftar JMF hehehe..
Aku cuma nak kau sedar yang setiap apa yang berlaku ada sebab,mungkin lepas ni kau jumpa bahagia kau mungkin lepas ni kau makin kuat..Ingat pengalaman mematangkan fikiran..


Hyeee...
Tiada apa yang perlu aku katakan disini.kau selalu ada ketika aku jatuh dan tak bangun,setia mendengar sentiasa hadir ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir tiba pagi syawal kau tak datang hahaha menyanyi plak..Okay kau pun dah okay dah sekarang dah makin senyum pipi telur aku tgok.
aku akan selalu ada InsyaaAllah sahabat..Thank you very much..kalau tak kenal kau aku tak tau aku kat mana sekarang...


wassalam..

regards
fizo

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...