Sabtu, 25 Februari 2012

bercinta sebelum nikah..






sekarang nie ramai yg memperkatakann tentang cinta selepas kahwin tapi bape ketul je yg buat? semua orang cakap indah yaa cinta selepas kahwin itu memang indah tersangat indah sangat kurang risiko zina.ok sekarang kita lihat pula tetang CINTA SEBELUM NIKAH...aku ada beli buku solusi yg paling latest nie edisi yg ke 41 didalam majalah nie di ruangan remaja ada tajuk yang menarik perhatian aku iaitu cinta sebelum nikah yang ditulis oleh Fatimah Syarha seorang pensyarah dan di sini ada beberapa buah fikirnya aku nyatakan kalau nk tau lebih lanjut beli lah sendiri ea? ok back to title..Ada yg kata bercinta itu boleh ada yg kata tak boleh mana satu nie??  ada yg kata bercinta dengan niat ingin menikahi itu boleh betul ke? dlm pandangan masyarakat bercinta tu sbagai komitmen sepasang manusia untuk:


*berbalas sms dengan pasangan walaupun tiada tujuan.
*selalu bergayut di telifon walaupun tiada urusan
*selalu megatur dating walaupun bukan mahram
*berpegang tangan
*membonceng motosikalatau menaiki kereta berduaan tapi teksi bertigaan dan bila bas berpuluhan
*keluar menonton wayang cerita Ombak rindu berdua-duaan.
*pergi karaoke bersama.. (hobi aku tapi dengan member!)



bercinta memang fitrah manusia tapi boleh menjadi fitnah jika tak diuruskan dengan panduan WAHYU.hakikat masyarakat meguruskan cinta mereka secara umumnya lebih menghampiri fitnah.

Islam ialah agama yg memahami fitrah.Islam menolak sistem yg cuba menghapuskan fitrah cinta seperti rahib.Islam juga megutuk fitrah cinta yang disalurkan dengan menghampiri ZINA.ini yg selalu diajar oleh media! Islam lebih-lebih lagi megutuk fitrah cinta yg diumbar dgn nafsu syahwat seperti mana yg berlaku di barat.
Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Bercinta selepas bernikah sangat gila-gila seronok! usung ke hulu ke hilir tak de sapa nak marah..

   prof.Dr syeikh Yusuf al-Qaradawi menerangkan manhaj beliau
 "menjadi kewajipan atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yg dibawa oleh Muhammad s.a.w,para khulafa 'al rashidin serta para sahabat baginda yang memperoleh hidayah,yg telah diarahkan oleh baginda s.a.w agar megikut sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh jauh dari cara timur yang ketat dan cara barat yang terlalu bebas."


  dalam buku beliau yg bertajuk ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang BUKAN MAHRAM.


 *tidak bercampur dengan lelaki/perempuan asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan mendesak,kemaslahatan yang dibenarkan dan dengan kadar yang mencukupi.contohnya solat di masjid,menuntut ilmu,dan bantu membantu atas dasar kebajikan,kebaikandan ketakwaan......

*Wanita tidak dihalang daripada berkhidmat kepada masyarakatnya.di samping itu,wanita tersebut juga tidak boleh megabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

*merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian.(beliau memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak memandang terlalu lama.)

*berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan,tetapi tidak dalam yang meyukarkan,

*tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut,leher,tengkuk,kedua-dua belah lengan,dan betis kecuali kepada suaminya dan mahram sahaja.

*berhati-hati ketika megatur langkah dan pertuturan.

*menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang syawat.

*megelakkan diri dari berkhalwat.


Batasan pergaulan yang Islam gariskan tiada keburukan ia hanyalah kebaikan sahaja ia bukan sahaja memelihara kehormatan,bahkan turut melindungi rumah tangga yang dibina daripada punca-punca keruntuhan ,keretakkan dan kebimbangan..lebih jauh daripada itu  batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan... :D



P/S: Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum bernikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada dari segi perbuatan,percakapan, atau nawaitu.Apatah lagi apabila dilakukan cara kesunyian didalangi oleh hawa nafsu ditambah oleh godaan syaitan.. astaufirlahalzim

Tiada ulasan:

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...