Jumaat, 13 November 2015

Di pertiga suku

Assalamualaikum

Andai mencari yang sempurna itu kewajipan pasti tiada manusia yang sihat akalnya.
Sudah lumrah manusia mencintai keindahan dan membenci keburukan tapi selalunya manusia memilih untuk bertemu keindahan dalam keburukan maka keindahan itu adalah keburukan begitu juga sebaliknya.
Jalan yang dituju itu tidak tegak
Jalan yang dilalui itu bengkang bengkok
Jalan yang dipilih itu songsang
Kenapa perlu memilih jalan itu sedangkan sudah diketahui itu bukan jalanNya
Kenapa?
Beribu persoalan
Beribu juga jawapan
Perolahan serta penafian selalu dihujah
Begitu juga aku tak lepas Dari menafikan ..

Kita yang berdosa.

Sabtu, 28 Mac 2015

Superhero Anisa..

Bara rokok terbang dan mengenai seluar fizo akibat tiupan angin dari luar tingkap kereta." Hoi!! Bara bara!!!"keadaan yang tenang di dalam kereta tiba-tiba gamat dengan gelak serta jerit mereka berdua."cepat!! Nanti terbakar kosyen!" Tanpa berfikir dua kali fizo terus mengenggam bara hingga jadi arang. Anisa tergamam bara yang digenggam fizo tadi sedikitpun tidak meninggalkan kesan pada tangannya."how you do that?" Soalan spontan terpacul keluar dari mulut Nisa. "What?" Fizo berlagak seperti tidak memahami soalan Nisa."what? You say what?awak genggam bara hingga jadi arang then sikitpun tangan awak tak melecur tapi awak tanya saya what? Jantan tak guna !" Nisa menutup tingkap kereta dan terus memecut laju "fiona" laju di lebuhraya NKVE perjalanan yang sepatutnya singkat terasa lama kerana kejadian bara digenggam menjadi arang itu.
"Awak."Tiba-tiba suara garau fizo memecah keheningan khamis malam jumaat Nisa.Suasana tegang di dalam kereta sedikit longgar dengan getaran suara dan megembalikan bunyi cengkerik didalam "fiona"."ye awak?"Nisa lantas menjawab dengan suara manjanya. "Kalau saya bagitau satu rahsia awak janji tak kecohkan dan jadi rahsia awak.Boleh awak janji?" penerangan dari fizo itu membuatkan Nisa terasa pelik dan tanpa berfikir panjang Nisa setuju untuk berjanji "yes,saya janji." Asap rokok winston disedut sedalam-dalamnya."Nisa,saya sebenarnya superhero,keturunan saiyan."Nisa terus termuntah mendengar pengakuan Fizo itu."haaaa? Hahahahahaha kau jangan buat lawak lah gila!" Dengan muka benggang fizo membuang rokok yang masih berbaki suku itu keluar kereta dan mengeluarkan auranya,"fiona" terus berhenti dan enjin terus mati.Nisa tergamam,mulutnya terghaga besar, pengakuan yang disangka gurauan gila itu sebenarnya betul dan kini Nisa tak mampu berkata apa."sekarang baru awak nak percaya? Baru awak nampak ? "Fizo kembali normal,rambut dan jambang yang menguning tadi kembali kedalam tubuh,rambut kuning kembali hitam,jambang kemas sudah hilang yang tinggalkn hanya rambut hitam dan janggut segumpal."Awak,maafkan saya sumpah tiada niat nak memperkecilkan awak atau mentertawakan awak.saya cuma terkejut." Dengan penuh kekesalan Nisa mengucapkan kata maafnya. "Takpe nisa,saya tau awak memang susah nak percaya saya,apa saya cakap semua awak tidakkan.awak suka samakan saya dengan orang lain.tapi hari ini saya buktikan kat awak yang saya berbeza,saya adalah super saiyan.saya superhero awak.hanya untuk awak."kata-kata Fizo membuat Nisa tersentuh dan teruk dipeluknya Fizo tanda maaf."Awak,maafkan saya,jangan pernah pergi.maafkan saya." Air mata mereka berdua mengalir deras seperti derasnya air terjun gunung ledang. "Nisa! Oooo Nisa bangun!!" Nisa mengalihkan pandangannya di tingkap kereta,kelihatan bondanya mengetuk tingkap mengunakan batu lesung dan terus Nisa terjaga dari lenanya."Kau dah kenapa kak oi? Tidur pun muntah ke?dah lah muntah lepastu menangis sambil senyum dah senyum dipeluk kuat pulak bantal." Bentak bonda sambil tergelak sendiri melihat telatah anak daranya yang pelik. "Ehh mak,akak tak sedar apa berlaku." Nisa yang kebingungan melihat kiri kanan tanda binggung." Tulah kau kak,lain kali jangan tidur petang,kalau tak ni lah jadinya."Nisa mengosok matanya bebelan bonda didengar endah tidak endah,dicapai fone-nya terpapar nama fizo "7 missed call" dan "whatsapp" darinya. " i dah kat bawah,lama dah ni,i bukan superhero boleh tunggu lelama tapi demi you i jadi superhero boleh tunggu 4 jam kt bawah ni.😊." Nisa terlupa akan janji fizo yang ingin membawanya ke 7E petang itu dan dia terlelap sehingga pukul 6.
dengan pantas nisa call fizo."Hello!!! awak!! Sorry tertido sorryyyy sangat i turun sekarang." Dengan suara yang paling manja dia meminta maaf ke fizo. "Hahahaha takpe,demi awak setahun kat bawah ni pun sanggup.demi awak sanggup saya tunggu saya kan superhero awak." 

Jumaat, 6 Februari 2015

Sambal tumis

Bau wangian tumisan bawang menusuk tajam hidung dan asap memenuhi ruangan dapur disedut laju oleh kipas eksoz jenama CKE .Hajjar sudah siap sedia dengan sebaldi cili yang sudah siap dikisar halus yang kelihatan ibarat lumpur merah dan pastinya bila tertuang di badan seminggu pijar terasa . Bawang sudah naik minyak, bau sudah semakin wangi dan sudah tiba masanya untuk cili giling bergaul bersama bawang .Kuali kawah yang sebesar dua pemeluk lelaki dewasa itu ibarat sudah bersedia menanti cili untuk dimasak likat bersama bawang.
"srreeessshhh” tuangan pertama mengunakan jug plastik. bawang menyambut mesra kumpulan pertama cili “urhh lambat kalau gini” Hajjar leter seorang diri dan kelihatan cili terpercik di pipinya yang berjerawat tapi masih manis dilihat. “Sayang! Tolong angkatkan baldi ni, berat” seorang lelaki yang tinggi dan sederhana besar itu datang apabila Hajjar memanggilnya. “ala macam ni punya banyak pun nak panggil saya ke? Nasib sayang kalau tak malas nak tolong hehehe.” Lelaki tinggi itu mengeluh manja sambil mengkekek ketawa. Terus dituang sebaldi cili giling itu dalam kuali kawah dan sekali lagi asap terhasil dari tuangan kedua itu tapi tidak sehebat asap yang terhasil dari tumisan bawang tadi. “Thanks sayang ,cium sikit.” Hajjar tersenyum manja sambil memuncungkan mulutnya tapi ditepuk dahinya oleh lelaki tinggi itu “ hahaha takde-takde cium-cium balik rumah malu kat staff .” Hajjar mencebik mulutnya dan menolak lelaki tinggi itu ke tepi dan menyuruhnya pergi . “Eleh merajuk.Yela.” Lelaki tinggi itu terus mencium pipi Hajjar dari tepi dan terus berlalu pergi,senyuman manis terus terukir dibibir Hajjar dan pipi mulus ternampak merahnya. Cili dan bawang tadi sudah mula mengelegak percikkan sudah mengotori dinding dan apron Hajjar.Gelegak yang kelihatan seperti lava gunung berapi itu mengeluarkan bau yang mencengkap hidung terus ke otak .
       Suasana pagi di Resort Cinta hati kelihatan sunyi hanya bunyi cengkerik memenuhi keheningan pagi sesekali terdengar bunyi ayam berkokok menandakan kedatangan matahari dan azan subuh akan berkumandang bila-bila masa sahaja lagi. Hajjar sudah sedia dengan ikan bilis kopek di tepi tunggu masa berenang dalam lava cili.Dituang terus tanpa berfikir dua kali digaul penuh tenaga dari kanan ke kiri. Seawal 4.30 pagi Hajjar bersama suami sudah mula bangun dari mimpi untuk berjuang di dalam dapur milik mereka sendiri .Resort Cinta hati ini adalah impian sang suami yang telah menceburi bidang F&B sejak zaman sekolah lagi .
Gula melaka telah siap dipecahkan untuk dicampur bersama cili bagi menimbulkan rasa manis dan lemak dalam cili.Gula telah ditabur kini masa garam serta air asam ditabur atur.Digaul kanan ke kiri menunggu masa dipadam api.Azan subuh mula kedengaran sang suami sudah tidak kelihatan api sudah dipadamkan tinggal masa dituang kedalam dulang hidangan .Sambal tumis untuk buffer sarapan pagi di Resort Cinta hati sudah siap dihidang di dewan hanya tinggal sambal tumis Hajjar menunggu giliran. Apron sudah ditanggalkan masa untuk meninggalkan dapur dan menunaikan solat subuh.Kehidupan Hajjar dan suami semakin bahagia tidak tinggal dunia dan tetap kejar akhirat.


Selasa, 27 Januari 2015

Andai

Bismillah 

Andai suatu hari nanti 
Masih kita kenal lagi 
Parut lama kurang jelas
Kotor yang lama sudah dibilas 
Jelaskan padaku mimpi lamamu 

Jika masih mampu bernafas 
Jika hati belum dihias 
Cari aku dalam mimpi
Seru aku banyak kali 

Aku harap aku rindu 
Aku harap aku tak jemu 
Aku harap aku tunggu
Dalam mimpi dalam sendu 

Andai suatu hari nanti 
Kita jumpa 
Jangan salam peluk cium
Walau kau tahu aku harum

Tika itu kau masih aku ingat
Masih ligat
Jenuh tawa pasti berlaku 
Senyum tangis cerita dulu
Aku curah kasih rindu 

Andai suatu hari nanti 
Kalau kau aku tiada penganti 
Izinkan aku tanya lagi 
Sudikah kau jadi penghuni 
Istana hati penghibur sunyi 

Andai cuma itu mimpi 
Biarkan aku lena diulik sepi
Jangan dijaga biar bangun sendiri
Dunia itu lebih indah 
Dunia itu tiada gundah


pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...