Khamis, 4 Disember 2014

Hajjar si penjual ayam


         Perkenalkan Hajjar seorang penjual ayam secara pasaran gelap di sebuah bandar kecil yang terletak di selatan tanah air.Setiap pagi dia perlu bangun lebih awal dari makhluk Allah yang lain sebab dia perlu berjumpa dengan pembekal ayam secara rahsia di sebuah tempat yang rahsia.
"ehh hajjar,manyak lambat ley lu tau wa sulah sampai sini lama tau kalau itu polis datang wa manyak susah wooo" Ah may memarahi hajar yang sedikit lambat dari biasa.Ah may adalah seorang pembekal ayam yang mewarisi perniagaan ayahnya tetapi terpaksa melakukan secara pasaran gelap kerana dunia telah mewartakan bahawa ayam telah disahkan haram disisi undang-undang kerana memnyebabkan ketagihan yang melampau dan boleh membawa maut akibat semua pegusaha penternakan ayam mengunakan sejenis dadah yang dipanggil esmosis 9002 untuk mempercepatkan tumbesaran ayam meningkat 500% iaitu ayam yang baru lahir terus membesar dan boleh dijual.
"lek ur May lambat 10 minit tu pun lu mau kecoh ka?" Hajjar membalas ajukan may sambil menyerotkan mulutnya. "lu tau ka ini balang illegal polis boleh kasi tangkap you sama wa,dah lah lu kasi angkat masuk bonet kasi cepat" may dan hajjar memungah ayam-ayam dari lori kedalam bonet keretanya. "okay may ini rm 500.00 lu boleh kasi lu punya perut makan sedap-sedap".
Adegan itu berakhir apabila may terus beredar setelah menerima bayaran dari Hajjar dan sempat dia memesan kepada Hajjar agar berhati-hati selalu jangan sampai tertangkap.

Apakah berbaloi dunia terus mewartakan ayam adalah haram disisi undang-undang apabila kebanyakkan penternak ayam mengunakan dadah esmosis 9002?Bagaimana dengan ayam kampung? atau ayam hutan bahkan ayam-ayam daging yang diternak secara semulajadi tanpa mengunakan ubat-ubatan terlarang.Mungkin dunia terlalu cepat melatah tidak mencari solusi yang lain tanpa memikirkan anak-anak kecil yang mungkin takkan dapat lagi merasa keenakkan ayam goreng KFC.
Mungkin Hajjar adalah wira masyakat tapi bukan untuk kerajaan.

        Sampai sahaja hajjar di rumahnya akan ada 3 orang pekerjanya yang sedia menanti di hadapan pagar rumah dan seperti seorang menteri para pekerjanya dengan segera akan membuka pintu pagar dan terus megunci pagar itu apabila keretanya memasuki perkarangan rumah. "cepat-cepat angkat semua ayam bawa masuk dalam stor,aku dah lambat dah ni"Hajjar memberikan arahan kepada mereka. "semua ayam hari ni potong 12 dan asingkan setiap bahagian dalam satu plastik dan lina masukkan ayam dalam plastik dan timbang sekilo setiap satu paket,aku nak semua ayam tanpa sedikit pun kecacatan dan basah pastikan semua kering faham!".Arahan terbaru dari hajjar kepada pekerjanya.
Mereka bertiga hanyalah pekerja untuk bahagian pemprosesan dan ada lagi 4 orang pekerja untuk bahagian pengedaran apabila semua ayam sudah siap dibungkus 4 lagi pekerjanya akan datang
menaiki lamborghini,ferrari,maserrati dan sebuah range rover dan kenderaan inilah yang digunakan untuk mengedar ayam kepada pengguna.Hajjar mengedar mengunakan kenderaan mewah kerana kenderaan ini dapat mengaburi pihak berkuasa dan mempercepatkan kerja mereka."Ilham ini list nama costumer kita aku nak setiap costumer bayar cash dan 6% GST cakap ni semua ayam baik takde dadah esmosis tau"Hajjar memberikan arahan kepada para pekerjanya setelah selesai menunaikan solat subuh dan dia masih lagi bertelekung sambil tangannya memegang sebatang rokok.

Adakah kerana salah segelintir manusia kita perlu menyalahkan semuanya?Seperti yang dialami penternak ayam.

Kerana manusia seperti Ah May dan Hajjar inilah para penternak ayam di kampung-kampung masih dapat meneruskan hidup kerana ianya sudah menjadi punca ekonomi mereka dan dengan pengharaman ini sebenarnya mereka meraih hasil pendapatan yang sangat lumayan,masakan tidak harga ayam yang sebelum ini hanyalah sekitar RM 5.00 sekilo meningkat naik selepas pengharaman kepada RM 50.00 untuk sekilo tetapi risikonya juga sangat tinggi boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


bersambung.....

Selasa, 2 Disember 2014

couple?

Bismillah
Malam yang ditemani secawan mineral water dan sekotak winston. Pada mulanya perbincangan yang tak dirancang itu menarik, tapi bila ia mula menjadi serius tentang dua pemahaman yang berbeza ia menjadi penuh dengan emosi.Mungkin tidak semua mampu menghadam pemahaman yang kita pegang berkurun dan mungkin tiada siapa yang faham melainkan Allah yang Maha mengetahui isi hati hambanya. Tiada salahnya berlaku perdebatan tapi bila kedua-dua belah pihak beremosi pastinya berakhir sesuatu yang tidak diingini.

Cinta, Bercinta, Berkahwin.
Mungkin kita biasa dengan tiga perkataan keramat ini, ia dianggap sebagai satu yang indah tanpa perlu melihat tanpa perlu disentuh, ianya bermula dengan perasaan dan pengakhiran yang dianggap sebagai satu kebahagiaan .Memang indah perkahwinan itu tersangat indah satu nikmat yang dianugerahkan kepada umat manusia. Tapi bagaimana dengan cinta atau bercinta?
Aku diajukan satu soalan yang mampu menanggalkan cerebellum aku dari otak utama.                    
                                                       Apakah makna couple

Nampak mudah bukan soalannya, tapi ianya tidak seperti yang disangka. Sedang aku memikirkannya aku hanya mampu menjawab makna perkataan itu sahaja.
Apa sebenarnya yang kau harapkan dalam couple? adakah kau ikutkan perasaan atau ada sesuatu yang kau inginkan apakah itu? Setiap manusia mungkin mempunyai tujuan yang berbeza dan tanggapan yang berbeza tentang couple itu sendiri. Mungkin segelintir menginginkan seks,kawalan atau mungkin melayan perasaan.
Ramai juga sedia maklum tiada istilah bercinta dahulu sebelum berkahwin di dalam Islam tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Adakah dengan senang jari menuding ke arah barat iaitu akibat jajahan sosial yang berkurun lamanya atau ianya memang human nature.
Apa yang aku ingin ketengahkan adalah bagaimana manusia itu sendiri begitu bodoh mempercayai perkataan yang dituturkan atau lebih tepat lagi janji-janji yang ditabur.Aku sendiri melakukannya walau aku sendiri tidak tahu pastikah benda itu berlaku; tapi bagaimana ia bermula?

Soalan yang aku tahu jawapan tapi tak tahu menghuraikan.





Manusia bertuhankan duit

Bismillah

Mungkin kita biasa mendengar perumpamaan "manusia bertuhankan duit" betul tak? Perumpamaan ini ditujukan pada segolongan manusia yang mementingkan harta dunia sahaja tanpa mengendahkan harta selepas mati malahan golongan ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan lumayan ganjarannya meskipun menidakkan saudara. Apakah punca ? Apakah solusinya,atau ini sudah menjadi resam dunia ?

Bincangkan.

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...