Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.
***********************************************
p/s: namun ada juga yg mengatakan cerita diatas adalah palsu, tiada kesahihan dalam sejarah. Tolak sahaja April Fool kerana ia lagha dan tiada kena mengena dengan budaya Islam.
Sabtu, 31 Mac 2012
Isnin, 26 Mac 2012
ayam penyet
bismillah..hampir sebulan dah aku berada di KL. nak tau ape aku buat di sini? haa tgok gambar nie
so korang dapat faham makna tersirat dalam gambar tu?
oke lambat!
aku sekarang menjual NASI KUKUS AYAM PENYET di cafe DAUN di plaza Damas seri Hartamas
perniagaan nie abang aku punya kiteorang sewa stall je kt cafe nie sesiapa yang rasa nak mencuba merasa ayam penyet special recipe from our family datanglah comfirm tak menyesal *yakin gila.
waktu berniaga dari pukul 12 tengahari sehingga 11 malam
rasa2 tak tau nak makan apa makanlah ayam penyet
hahahaha
inilah kehidupan aku sekarang sebelum melangkah ke dunia baru.
tata

Sabtu, 3 Mac 2012
CURANG dari sudut pandangan manusia
bismillah.
rajin x aku update blog? nampaknye aku semakin maju selangkah iaitu update 3 hari sekali ini pun sebab aku tak de keje kalau keje comfirm mmg x de masa nak update bagai nie..
oke sekarang aku nak story lorry pasal |
|
|
\/

nie adelah penyataan yang dinyatakan oleh salah seorang dari jutaan peminat aku di laman facebook beliau
nama nya ialah Cik Hamizzah *tekan untuk ke blog beliau.
bagi lelaki yang hensem hensem macam
oke lah bagi aku memang kenyataan semua manusia yang berpasangan mampu dan mempunyai potensi untuk curang tak kiralah cantik/x cantik atau hensem/x hensem mereka semua mampu untuk melakukan kecurangan..
dalam kehidupan berpasangan,apabila terjadinya kecurangan yang dilakukan oleh pasangan adalah satu penghinaan dan caci maki harus dilemparkan sebagai jalan penyelesaian..kalau korang ikut nasihat yang aku bagi nie memang
aku bukan nak cerita pasal jalan penyelesai tapi aku nak cerita macam mana perkara nie boleh berlaku
sebelum korang baca macam mana perkara nie boleh berlaku korang kena paham bahawa segala yang aku bagi nie adelah pandangan dari sisi sudut tengah aku sendiri tiada pengaruh dari rakan sebaya atau rakan sebelah rumah..
* Pasangan yang tidak sehaluan-perkara nie berlaku akibat dari ketidaksefahaman pasangan yang megamalkan sikap kutub utara dan kutub selatan masing-masing nak ikut kepala sendiri perkataan yang sesuai untuk mereka yang megamalakan sikap ini adelah kutub utara dan kutub selatan *dah cakap kan?
*tidak bercukur eehh bersyukur
maksud aku nie pasangan nie tak mensyukuri apa yang dyorang dapat tak kiralah kalau pasangan dyorang nie huduh ke bebal,atau bangang tahap ultraman sepatutnya dyorang kena bersyukur sebab itulah yang paling terbaik untuknya bukan Nora Danish...
sesungguhnya jodoh telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Allah maha megetahui apa yang terbaik super super terbaik untuk kita...
oke aku tak tau nak cakap ape lagi jadi aku dah putus idea sebab aku rasa sangat terganggu bila cerita pasal curang nie jadi korang kenalah pikir2 sendiri punca dan penyelesainya...
sebelum tu aku nak paste satu statment yang ade dalam comment status member aku tu.
lelaki hensem percent nak curang tinggi
lelaki tak hensem percent nak curang sikit , sebab dia twice think kod sebab kalau dia curang sape lagi orang nak kat dia . ahakk ;p
same jee ngan gegurls ;p
dan aku punya statment
hahahaha...
hensem/cantik xhensem/xcantik CURANG TETAP CURANG!!
YEEAAHHH HIDUP CURANG
cara x???
hehehehe
ASSALAMUALAIKUM
Jumaat, 2 Mac 2012
budak budak shopping mall
bismillah..
semasa aku menaip entry nie aku berada di Bpmall sape orang batu pahat mesti tau punya bpmall tu mende.
kalau orang bp *shortfoam bagi Batu Pahat tak tau hukuman buang daerah boleh dikenakan lebih teruk dari buang daerah ialah hukuman pancung sampai leher terkehel kot.
tapi kan kenapa aku nak cerita pasal bpmall sedangkan bpmall bukan bapak atau pak cik aku yang punya tapi apek-apek tua yang sedang megaut keuntungan di atas kebejatan moral masyarakat berbilang bangsa di Batu Pahat. cuba korang yang sedang lapar pergi ke bp mall pada hari sabtu aku jamin korang akan rasa mual dengan gelagat pasangan kekasih muda berpegangan tangan megikat janji berpadu kasih pembohongan dunia yang dirancang startegi oleh syaitan laknatullah.
amek kau aku dah bermadah!!
majoriti golongan yang aku tengok macam tu adalah kaum aku sendiri iaitu MELAYU dan minoritinya adalah bangsa lain spt cina,india, dan orang asli tapi tapi yang mengelikan hati aku budak2 yang baru tingkatan 1 dah pandai berdating yang lelaki pakai spec oakley yang perempuan aww pakai shawl pasmina dan hana tajima men peluk2 pingang konon caring gila dengan awek dia yang baru akil baligh..rasa geli hati aku bertukar menjadi rasa simpati pulak sebab kalau kecik2 da pandai buat macam tu kalau dah form 5 apa yang dia berani buat kn??
satu pertanyaan mula menerpa otakku..SERAAMMM!
budak2 nie bila kita tengok nak tunjuk gempak jerit2 dlm mall cm warik (warik bermaksud beruk dalam bahasa banjar) tapi bila orang besar2 tegur,sound,cubit,lempang,terajang,pukul pasti air mata berlinang (orang2 besar dalam konteks ayat bermaksud orang yg lbih tua,tauke kedai,taiko kongsi gelap/terang dll..
walaupun mereka cerita pasal pekid*,mera*, 3 lin*, dan 360 (ehh tu cm tv3...)
nie aku amek skop yang kecil iaitu bpmall di kawasan aku belum lagi pavilion,jusco sekitar Malaysia,KB mall dan segala shopping2 mall yang ada di Malaysia nie.. aku rasa lebih kurang sama je kot dengan keadaan di tempat aku nie...
nak kongsi? meh sini..comment.........
jadi adik adik,abang abang akak akak dan diri saya sendiri janganlah tunjukkan kebodohan dan keaiban diri anda sebab orang lain meluat bila melihat tingkah kita yang mungkin tidak layak dipanggil MANUSIA...

Langgan:
Catatan (Atom)