Rabu, 29 Februari 2012

kebaikan senyum dan ketawa *enjoy your life








B
ismillah,
 
     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

          Haaa....aku kembali lagi yoo what up * senyum manis gila * :D nampakkan kerajinan aku untuk menaip sekarang? tapi aku sekarang dah malas nak cerita megarut dan merapu aku nak buat benda yang bermafaat dan perkongsian je lh kot..oke kali nie aku nak cerita pasal senyuman dan ketawa. semua orang tau pasal senyuman itu adalah sedekah dan senyuman itu berjangkit betapa hebatnya kuasa senyum dengan senyum dapat tambah pahala korang kn kn?  selain itu, senyum jugak banyak mafaat kepada tubuh badan kita..nak tau nah!


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 
10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 


 12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 
13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 



14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.  




Ahad, 26 Februari 2012

aku sihat

bismillah,


korang tau kan aku memang dah lama lama lama gila tak update blog kan? ala korang bukan tau pun ntah2 tak tau pn yang blog aku nie wujud. ade jugak niat nak tutup terus blog nie tapi ntah hidayah apa yang membuatkan aku kembali nak menaip aku pun tak tau. lepas abis STPM  aku dah jarang berbloging *jarang? lebih dari jarang lh tahap jerang or jering pn boleh... 

ok...


sekarang kan aku dah selalu bersenam atau dalam bahasa saskrit guardingong...(jgn cye) dan aku sekarang sedang mencuba untuk quit smoking dan mulakan gaya hidup sihat.. yeaahhh 

ade lah beberapa gambar sebab pagi tadi aku jogging dengan member2 tapi biasa aku sorang jeee...
 aku pun dah tak tau nk bebel apa sebab nampak sangat cara aku nak berblogging dah tumpul otak stuck dengan bende lain selain blogging PENUH!!! haaa.. oke.. (knapa aku nk ckap oke je nie!!)

 tengok lh gambr2 kt bawah nie aku tak hensem pun...

membebel

berkuangkongkang

ntah

ntah

comel kn? along

tengok gambar lucah dalam metro

satu apa tu? tapi yang pasti bukan 1 Malaysia tapi 1 ABU  1 kawan..haha
>_<



harimaujan

dah habis kan? dah lh..
tata.. muaahh..!!

Sabtu, 25 Februari 2012

bercinta sebelum nikah..






sekarang nie ramai yg memperkatakann tentang cinta selepas kahwin tapi bape ketul je yg buat? semua orang cakap indah yaa cinta selepas kahwin itu memang indah tersangat indah sangat kurang risiko zina.ok sekarang kita lihat pula tetang CINTA SEBELUM NIKAH...aku ada beli buku solusi yg paling latest nie edisi yg ke 41 didalam majalah nie di ruangan remaja ada tajuk yang menarik perhatian aku iaitu cinta sebelum nikah yang ditulis oleh Fatimah Syarha seorang pensyarah dan di sini ada beberapa buah fikirnya aku nyatakan kalau nk tau lebih lanjut beli lah sendiri ea? ok back to title..Ada yg kata bercinta itu boleh ada yg kata tak boleh mana satu nie??  ada yg kata bercinta dengan niat ingin menikahi itu boleh betul ke? dlm pandangan masyarakat bercinta tu sbagai komitmen sepasang manusia untuk:


*berbalas sms dengan pasangan walaupun tiada tujuan.
*selalu bergayut di telifon walaupun tiada urusan
*selalu megatur dating walaupun bukan mahram
*berpegang tangan
*membonceng motosikalatau menaiki kereta berduaan tapi teksi bertigaan dan bila bas berpuluhan
*keluar menonton wayang cerita Ombak rindu berdua-duaan.
*pergi karaoke bersama.. (hobi aku tapi dengan member!)



bercinta memang fitrah manusia tapi boleh menjadi fitnah jika tak diuruskan dengan panduan WAHYU.hakikat masyarakat meguruskan cinta mereka secara umumnya lebih menghampiri fitnah.

Islam ialah agama yg memahami fitrah.Islam menolak sistem yg cuba menghapuskan fitrah cinta seperti rahib.Islam juga megutuk fitrah cinta yang disalurkan dengan menghampiri ZINA.ini yg selalu diajar oleh media! Islam lebih-lebih lagi megutuk fitrah cinta yg diumbar dgn nafsu syahwat seperti mana yg berlaku di barat.
Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.Bercinta selepas bernikah sangat gila-gila seronok! usung ke hulu ke hilir tak de sapa nak marah..

   prof.Dr syeikh Yusuf al-Qaradawi menerangkan manhaj beliau
 "menjadi kewajipan atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yg dibawa oleh Muhammad s.a.w,para khulafa 'al rashidin serta para sahabat baginda yang memperoleh hidayah,yg telah diarahkan oleh baginda s.a.w agar megikut sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh jauh dari cara timur yang ketat dan cara barat yang terlalu bebas."


  dalam buku beliau yg bertajuk ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang BUKAN MAHRAM.


 *tidak bercampur dengan lelaki/perempuan asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan mendesak,kemaslahatan yang dibenarkan dan dengan kadar yang mencukupi.contohnya solat di masjid,menuntut ilmu,dan bantu membantu atas dasar kebajikan,kebaikandan ketakwaan......

*Wanita tidak dihalang daripada berkhidmat kepada masyarakatnya.di samping itu,wanita tersebut juga tidak boleh megabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

*merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian.(beliau memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak memandang terlalu lama.)

*berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan,tetapi tidak dalam yang meyukarkan,

*tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut,leher,tengkuk,kedua-dua belah lengan,dan betis kecuali kepada suaminya dan mahram sahaja.

*berhati-hati ketika megatur langkah dan pertuturan.

*menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang syawat.

*megelakkan diri dari berkhalwat.


Batasan pergaulan yang Islam gariskan tiada keburukan ia hanyalah kebaikan sahaja ia bukan sahaja memelihara kehormatan,bahkan turut melindungi rumah tangga yang dibina daripada punca-punca keruntuhan ,keretakkan dan kebimbangan..lebih jauh daripada itu  batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan... :D



P/S: Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum bernikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada dari segi perbuatan,percakapan, atau nawaitu.Apatah lagi apabila dilakukan cara kesunyian didalangi oleh hawa nafsu ditambah oleh godaan syaitan.. astaufirlahalzim

Jumaat, 3 Februari 2012

Biodata Rasulullah S.A.W.


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...