Bismillah
aku sedut asap nikmat yang terhasil dari rokok winston dan ia melalui tracea dan terus ke bronchi lalu dihembus keluar menerjah udara.
"Fuhhhhhhhh nikmat." Itu bisik hatiku terasa seperti asap itu keluar bersama tekanan dan ia terhasil dari terbakarnya tekanan dalam otak aku.
"So macam mana dengan loaded potato tu? Nak masuk dalam menu tak?" Pertanyaan Rafi tiba-tiba menerjah memotong fikiran aku yang sedang membayangkan suha sedang memasak kari kambing sambil tersenyum padaku. "Haaa boleh lah masukkan je takde hal lah kita educate orang sini makan the real American foods" jawapan aku sekadar untuk meyakinkan boss untuk menambah menu di comic cafe yang sudah setahun lebih beroperasi tanpa penambahan menu baru. "Okay deal,esok kau buat S.O.P dengan description dia terus photoshoot dengan Lima lagi menu lain aku pun yakin sebenarnya orang sini boleh makan sebab tengok nachos semua tu laju je hit target." Lega,satu masalah dah boleh bungkus tinggal lagi satu je masalah yang tinggal kalau dah settle yang lain aku boleh tapau habis.tinggal lagi sebulan je untuk aku menukar status dari single ke married,yes I'm gonna be a husband and have my own family .sebenarnya perkahwinan ini bukanlah masalah cuma makin dekat dengan tarikh tu aku mula jadi gelabah padahal semua dh 80-90% settle tinggal tunggu tarikh tu je,aku cuma gelabah bila fikir cukup ke persediaan nak menjadi seorang Suami,pendidik,pembimbing Dan ketua kepada keluarga? Aku sendiri pun kadang-kadang terumbang ambing inikan pula nak jaga anak orang yang cantik macam suha tu.
"Okay chow lah,esok kau bukak kedai kan? Jangan lambat lagi macam haritu you late one minutes I will deduct one hour from your salary hahaha" pantek betul bila dapat boss macam ni. "Okay boss aku buka awal esok siap masak breakfast untuk staff lagi kau tengok esok hahaha" seloroh aku selepas kena roasted dengan boss yang memang selalu mengunakan ayat-ayat kejam beliau.
Sepanjang perjalanan dari kelab kopi ke rumah fikiran aku melayang membayangkan hidup sebagai seorang somi(istilah yang digunakan suha Merujuk kepada Suami).bangun tidur ada orang kat sebelah,lepas mandi baju dah siap atas katil dan banyak lagi kelebihan sebagai seorang Suami.suha seorang gadis yang tak tinggi dan tak rendah sedikit kurus tapi tak lah sampai keding tapi itu semua tak penting apa yang membuat aku tertarik kat dia ialah dia seorang yang periang dan senang terhibur sebab itu juga aku gemar mengelarkan dia #mudahterhibur. Walaupun dia seorang yang mudah terhibur tetapi bila berbincang soal yang serius dia akan lebih serius daripada aku sampaikan kadang-kadang aku takut adakah dia sedang marah aku atau dia memang sedang serius perihal perbincangan aku dengannya.
Malam ini aku tak balik ke rumah mak sebab Mak pun kat JB jadi agak bosan bila Mak tiada di rumah.Aku nak tidur di Puteri indah rumah yang aku telah Sewa sejak dua bulan lepas rumah yang bakal aku dengan suha duduk sebelum aku membeli rumah nanti."Assalamualaikum" aku memberi salam walaupun aku tahu rumah itu belum berpenghuni dan semestinya tiada siapa yang akan menyahut tapi kalau ada yang menyahut confirm esok juga aku pulangkan kunci rumah tu kat owner dia balik.
On sahaja lampu aku melihat satu persatu barang yang telah aku beli,TV LED, peti ais,meja TV,set sofa dan beberapa lagi perabot serta hiasan kufi di dinding,tak pernah aku sangka aku mampu membeli ini semua dengan tunai tanpa berhutang kalau dulu yang aku tahu beli cuma kasut,baju dan keperluan untuk diri sendiri,tapi memandangkan nak bawa masuk pemaisuri hati duduk bersama aku perlukan tempat yang selesa untuknya."harap awak suka dengan teratak Sewa saya suha."
Bersambung....