Khamis, 21 Januari 2016

Jangan kerja sebab duit

Jangan kerja,belajar mahupun niaga sebab duit.
Yes memang kita perlukan duit Dan semua tu ganjaran dia duit tapi kita kena perbetulkan niat..buat kerja dengan ikhlas untuk membantu umat manusia.

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)

"Aku kerja graphic design mcm mna nk bermanfaat kt orng?"
Kau kerja graphic design,kau design logo baju kawan kau dengan ikhlas kawan kau suka dia bayar kau berdasarkan hasil kerja kau yang bagus ..
Daripada hasil kerja kau tu dah memberi manfaat kepada kawan kau bila kerja ikhlas Lillahitaala Allah lipat gandakan lagi rezeki kau.
Cuba kalau kau design sebab duit ikhlas ke tu? 80%-99% tak ikhlas..
Automatically hidup sebab duit..

Kalau belajar sebab nak dapat kerja bagus gaji bagus nanti dapat Bantu orang tua..
Niat nak Bantu orang tua tu dah biasa dah aku dengar tapi bila habis belajar gaji tak cukup mintak lagi kt Mak bapak ..Bantu ke?
Tak bro makin menyusahkan baik dulu tak payah hantar study kalau makin menyusahkan..
Perbetulkan niat belajar untuk ikhlas Lillahitaala.Bila dah ikhlas semua benda jadi smooth kalau ada dugaan tu Allah suruh kau beringat sedangkan solat pun kengkadang tak khusyuk kengkadang lupa rakaat berapa apatah lagi kehidupan..

Belajarlah untuk ikhlas dalam setiap perkerjaan sebab hari-hari kita berjanji hidupku matiku hanya untuk Allah..

Be positive..
Wallahualam

Khamis, 14 Januari 2016

Kedua daripada tiga suku

Assalamualaikum

Andai mencari yang sempurna itu kewajipan pasti tidak tuhan ciptakan kita berbeza
Tiada ego
tiada nafsu

Andai dunia ini selamanya
Pasti hidup manusia tunggang langgang
Semua ingin mencari dunia selamanya
Tiada namanya agama
Memperjuangkan nafsu semata

Kejarlah dunia
Pasti tiada kesudahan
Makin kau isi makin kau kurang
Makin kau sepi
Mati

Kejarlah akhirat
Kau akan temui persoalan demi persoalan
Makin kau hidup makin kau yakin
Kenyataan demi kenyataan
Kau temui di setiap perjalanan

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...