Bau wangian tumisan bawang menusuk tajam hidung dan asap memenuhi ruangan dapur disedut laju oleh kipas eksoz jenama CKE .Hajjar sudah siap sedia dengan sebaldi cili yang sudah siap dikisar halus yang kelihatan ibarat lumpur merah dan pastinya bila tertuang di badan seminggu pijar terasa . Bawang sudah naik minyak, bau sudah semakin wangi dan sudah tiba masanya untuk cili giling bergaul bersama bawang .Kuali kawah yang sebesar dua pemeluk lelaki dewasa itu ibarat sudah bersedia menanti cili untuk dimasak likat bersama bawang.
"srreeessshhh” tuangan pertama mengunakan jug plastik. bawang menyambut mesra kumpulan pertama cili “urhh lambat kalau gini” Hajjar leter seorang diri dan kelihatan cili terpercik di pipinya yang berjerawat tapi masih manis dilihat. “Sayang! Tolong angkatkan baldi ni, berat” seorang lelaki yang tinggi dan sederhana besar itu datang apabila Hajjar memanggilnya. “ala macam ni punya banyak pun nak panggil saya ke? Nasib sayang kalau tak malas nak tolong hehehe.” Lelaki tinggi itu mengeluh manja sambil mengkekek ketawa. Terus dituang sebaldi cili giling itu dalam kuali kawah dan sekali lagi asap terhasil dari tuangan kedua itu tapi tidak sehebat asap yang terhasil dari tumisan bawang tadi. “Thanks sayang ,cium sikit.” Hajjar tersenyum manja sambil memuncungkan mulutnya tapi ditepuk dahinya oleh lelaki tinggi itu “ hahaha takde-takde cium-cium balik rumah malu kat staff .” Hajjar mencebik mulutnya dan menolak lelaki tinggi itu ke tepi dan menyuruhnya pergi . “Eleh merajuk.Yela.” Lelaki tinggi itu terus mencium pipi Hajjar dari tepi dan terus berlalu pergi,senyuman manis terus terukir dibibir Hajjar dan pipi mulus ternampak merahnya. Cili dan bawang tadi sudah mula mengelegak percikkan sudah mengotori dinding dan apron Hajjar.Gelegak yang kelihatan seperti lava gunung berapi itu mengeluarkan bau yang mencengkap hidung terus ke otak .
Suasana pagi di Resort Cinta hati kelihatan sunyi hanya bunyi cengkerik memenuhi keheningan pagi sesekali terdengar bunyi ayam berkokok menandakan kedatangan matahari dan azan subuh akan berkumandang bila-bila masa sahaja lagi. Hajjar sudah sedia dengan ikan bilis kopek di tepi tunggu masa berenang dalam lava cili.Dituang terus tanpa berfikir dua kali digaul penuh tenaga dari kanan ke kiri. Seawal 4.30 pagi Hajjar bersama suami sudah mula bangun dari mimpi untuk berjuang di dalam dapur milik mereka sendiri .Resort Cinta hati ini adalah impian sang suami yang telah menceburi bidang F&B sejak zaman sekolah lagi .
Gula melaka telah siap dipecahkan untuk dicampur bersama cili bagi menimbulkan rasa manis dan lemak dalam cili.Gula telah ditabur kini masa garam serta air asam ditabur atur.Digaul kanan ke kiri menunggu masa dipadam api.Azan subuh mula kedengaran sang suami sudah tidak kelihatan api sudah dipadamkan tinggal masa dituang kedalam dulang hidangan .Sambal tumis untuk buffer sarapan pagi di Resort Cinta hati sudah siap dihidang di dewan hanya tinggal sambal tumis Hajjar menunggu giliran. Apron sudah ditanggalkan masa untuk meninggalkan dapur dan menunaikan solat subuh.Kehidupan Hajjar dan suami semakin bahagia tidak tinggal dunia dan tetap kejar akhirat.