Ahad, 30 November 2014

Duit

Assalamualaikum


Mungkin bukan aku sorang sahaja yang sedar bahawasanya orang kaya makin kaya dan orang miskin makin tersempit terhimpit.Adakah kita yang miskin ini tidak layak untuk kaya?atau inilah nasib kita? fikir.

Pernah tak kita impikan rumah banglo 3 tingkat yang siap ada swimming pool macam rumah datuk yusof hailam mestilah pernah tapi kalau tak pernah harap berhenti baca setakat ini sahaja mungkin kau seorang manusia yang tak pernah ada impian untuk hidup senang atau kau seorang manusia yang extremis mengatakan duit takkan mampu buat kebahagiaan 100% aku katakan kau silap.

Aku besarkan konteks duit takkan mampu buat kebahagiaan.Kenapa aku kata macam tu adakah aku sekular manusia yang mempercayai kemajuan dan pemikiran 100% bergantung kepada kemahiran berfikir mengunakan otak dan akal tanpa mempedulikan agama? ouh tidak kalau macam itu aku perlu disumbat di penjara di bawah akta hasutan 1948 atas tuduhan membawa fahaman sekular.
Bagaimana duit membawa kebahagiaan adalah dengan kau perlukan duit untuk makan melainkan kau adalah seorang tarzan dan kau perlukan rumah untuk tinggal,kereta, dan segala liabiliti itu semua perlukan duit.Jadi jangan hipokrit mengatakan duit tak membawa kebahagiaan.
Jadi tujuan aku menulis artikel ini adalah untuk memperbesarkan pandangan segelintir manusia yang tak percaya pada kemampuan diri untuk bangkit hidup tinggi di dalam ekonomi dan hidup rendah dalam masyarakat maksudnya tak sombong dan berlagak.

MIND SET

Bercakap tentang mind set ini tertarik aku nak selitkan tentang satu ayat yang selalu orang melayu cakap iaitu cukup cukup makan. Walaupun niat sebenar pengunaan ayat ini adalah untuk tidak berkata riak tetapi telah disalah tafsirkan oleh segelintir manusia yang hanya cari duit untuk cukup makan.
Takkan makan sahaja? Rumah,kereta,pakaian dan duit belanja? Bukan aku nak suruh tukar cukup makan kepada terlebih makan tidak sama sekali tapi mind set kita yang telah lama duduk selesa di takuk yang sama cukup bulan dapat gaji pertengahan bulan sengkek dan perkara ini berulang selama lebih 50 tahun bila pencen kena kerja lagi tak terfikirkah?

Kita selalu didodoikan dengan kebaikan berkerja dengan kerajaan pelbagai skim persaraan,perkhimatan untuk penjawat awam dan kebergantungan kepada satu pihak yang terlampau sehinggakan mengangap kerajaan adalah segalanya dan tanpa mereka pasti kita duduk dalam hutan boleh dikatakan bodoh pemahaman itu.

Kita juga selalu dimomokan dengan ibu bapa kita yang kita kena belajar pandai pandai supaya dapat kerja yang bagus bagus di syarikat yang hebat-hebat adakah kita sedar sejak dari kecil pemikiran kita sudah di-set untuk cari duit dengan kerja tetapi tiada pendedahan dari segi aspek pengurusan kewangan,pendedahan tentang perniagaan cuba kita ubah pesan kat budak-budak yang masih sekolah agar belajar bersungguh-sungguh agar dapat buat bisnes yang besar-besar dapat beli syarikat yang hebat-hebat terapkan pemikiran berniaga itu adalah hebat salah satu kunci kejayaan dan salah satu pintu rezeki yang power.

Berapa ramai akuantan,arkitek,jurutera,doktor,pemegang-pemegang ijazah yang sudah berkerjaya tahu bagaimana pengurusan kewangan yang betul maksud aku dia tak banyak hutang dan banyak simpanan tunai? Ini sekadar anggapan sahaja sebab itu aku bertanya berapa ramai yang tahu. Kita tidak didedahkan tentang bagaimana mengurus duit dengan betul di sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi. Yang diajar adalah angka untuk mengira tetapi bukan untuk bagaimana mahu jadi kaya. Semua ini bermula dari awal iaitu sistem pendidikan di rumah ini adalah tanggungjawab ahli keluarga sendiri. Jadi mulakan dari sekarang kalau tak dipecahkan kepala manakan dapat isi otaknya.


MOTIVASI DIRI

Setiap manusia takkan sama sumber inspirasi ada yang mengidolakan manusia sebagai contoh pada diri mereka,ada yang memotivasikan diri sendiri dengan kisah orang sekeliling dan ada juga yang menginspirasikan kisah silam keluarga dan diri sendiri agar untuk berjaya di dunia dan akhirat.. Tidak kira kau kat golongan yang mana,motivasikan diri kau untuk berubah dan kikir kasi tajam pemikiran bagaimana aku nak naikkan angka pendapatan bulanan aku tidak kira bagaimana kau memotivasikan diri kau tapi pastikan kau bangunkan diri kau untuk berjaya jadi manusia paling kaya .. Dengar mungkin macam bodoh dan mustahil tapi itu lah cara kau motivasikan diri kau mungkin tak jadi orang paling kaya di dunia tapi mungkin boleh jadi di benua,negara,negeri,daerah,dun,zon atau kampung kau masih kaya lagi dari kawan kau yang hanya tahu duduk kedai kopi minum extra joss dan bersembang tentang naiknya harga minyak kerana baiknya kerajaan.

Jadi aku bukan sesiap dan aku sendiri belum ada apa-apa tapi aku percaya aku boleh sebab itu aku.
Assalamualaikum

Fahami sajak dari Robert frost ini...

The Road Not Taken

BY ROBERT FROST
Two roads diverged in a yellow wood, 
And sorry I could not travel both 
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could 
To where it bent in the undergrowth; 

Then took the other, as just as fair, 
And having perhaps the better claim, 
Because it was grassy and wanted wear; 
Though as for that the passing there 
Had worn them really about the same, 

And both that morning equally lay 
In leaves no step had trodden black. 
Oh, I kept the first for another day! 
Yet knowing how way leads on to way, 
I doubted if I should ever come back. 

I shall be telling this with a sigh 
Somewhere ages and ages hence: 
Two roads diverged in a wood, and I— 
I took the one less traveled by, 
And that has made all the difference.



Khamis, 13 November 2014

siapa aku

Assalamualaikum

Mungkin sekarang isu yang menjadi viral di media sosial dan media semasa adalah isu kenaikan harga minyak,isu saman JPJ,isu Nora Danish berpakaian ala Arab jahilliah dan pelbagai lagi isi yang mendapat tempat dikalangan masyarakat.Tetapi adakah kita sedar tiada siapa yang mengetegahkan isi tentang aku?hurrrmmm

Mungkin orang mula melupakan aku,tak apa.

Siapa aku?

Tak apa tiada siapa tahu melainkan Dia.

p/s: bosan

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...