Ahad, 18 Mei 2014

Percaya

Percaya itu mahal
Percaya itu tiada nilai
Percaya itu celaka
Percaya itu puaka

Sekali kau bagi
Risiko kau mati
Sekali kau beri
Risiko kau berdiri

Dibuang diludah
Itu biasa
Diabai tak endah
Itu biasa
Diikut dituruti
Itu luar biasa

Manusia biasa

Sabtu, 10 Mei 2014

Setiap

Pada setiap kata hina
Dari manusia yang aku tak kenal siapa
Aku senyum bukan gembira
Aku diam

Pada setiap silap
Tak pernah lagi aku malap
Retorik pujuk kau aku senyap
Sakit aku tak pernah terungkap

Pada setiap janji
Aku tanam rasa percaya
Walau dikhianati
Aku cuba pendam lagi
Mungkin belum kau rasa simpati
Mungkin tunggu aku mati

Bukan robot

Mungkin ini nasib lelaki
Dianggap kuat kalis sunyi
Sepi cengkam takkan lari
Rindu datang senyum lagi

Aku lelaki manusia sejati
Sama dengan kau wahai puteri
Sama sahaja
Beza cuma jantina

pegodeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...